banner

banner

Sunday, 8 June 2014

BAB 6 ASKLS

Nott’s Game Day…
Mereka semua bertolak ke Nottingham dengan menaiki bas yang telah disewa khas oleh UMIST mereka .Tak sampai 2 jam pun perjalanan ke Nottingham  .Tak semua pergi dengan bas ,ada jugak yang pergi sendiri .Kedua-dua team bola sepak pergi dengan bas ,jadi kecohlah suasana dalam bas .Qaira yang duduk dengan Nadia senyap aje , sekadar tergelak bila tengok gelagat budak-budak nih . Sya duduk dengan Lynn .Tak ramai sangat perempuan ,sebab kat UMIST memang tak ramai budak perempuan . Pukul 8.30 pagi diorang dah sampai kat Nottingham  university .Dh ramai pun orang kat sana .
Bukan ramai pun yang terlibat denga sukan ,diorang datang just untuk bagi sokongan . Ada juga yang menggunakan peluang ini  untuk berjumpa dengan kawan-kawan dari seluruh UK dan Ireland .Meriah betul , macam funfair aje .
Selepas mendaftar , team volleyball pun pergi ke tempat volleyball game bakal berlangsung .
Semua game kecuali bola sepak diadakan ‘indoor’ .
“Good luck Qaira ,” sempat lagi Qhairil berpesan sebelum berpisah .Nih semangat ,orang tersayang bagi kata-kata  semangat .
“Good luck to you too ,” balas Qaira .
Perlawanan berlangsung tak lama selepas tu . Game nih guna kalah mati . Setiap perlawanan diorang hanya bermain satu set aje . Kalau nak bermain full set , maknanya pengsan lah kitorang ,sebab kalau menang ,kena lawan dengan pasukan seterusnya pulak .Rehat sekejap je .tak disangkan team mereka dapat mara ke peringkat suku akhir .Boleh tahan juga . Tapi tak hairan laaa , sebab Fitri  , Luqman dengan Fadhil  dulu main utuk wakil sekolah .Qaira setakat nak main Antara rumah sukan je boleh lah  masa zaman sekolah dulu .
Masa suku akhir , lawan denga team UCL ,tangan Qaira terseliuh ,akiat terkena spike dari team lawan .Dia yang silap skill  masa nak sambut bola tu . Sakit sangat masa kena tu , tapi dia diamkan aje .Sebab diorang dah pun hampir menang .Terpaksalah dia tahan sakit ampai habis game .Nasib baik diorang menang ,dapat mara ke separuh akhir .
Sementara menunggu perlawanan separuh akhir ,diorang berehat sekejap  .Qaira senyap je , sebab tangan dia masih sakit . Entah kenapa ,nasib Qaira memang tak baik hari nih .Masa dia bangun nak pergi beli air , kaki dia tersadung dengan tali bag  diatas lantai . Apalagi jatuh macam nangka busuk . Tangan dia yang dah sedia sakit ,jadi bertambah sakit apabila tangannya terlipat bawah badan dia .Rasa mcam nak tercabut je sendi ,punya la sakit .Kalau tak ramai orang kat situ ..mau nya dia menangis jugak .
“Qaira , Qaira ok ke ?” tnya Fitri . Cis!!! Tangan aku rasa nak tercabut  ,dia boleh tnya ok ke tak .Tapi diorang tak tauu tangan aku memang dah sakit .
Qaira duduk sambil memegang tangan kanannya . “Sakit tangan laa, “ jawab Qaira .
“Meh…K.Lynn tengok  tangan tuh ,” kata Lynn . Dia memang pandai mengurut . Qaira menyinsing lengan bajunya .
“ Weh..lebam tangan kau ? Takkan baru jatuh terus lebam kot ,” terkejut yang lain tengok tangan Qaira dah biru campur merah sebab lebam dari pergelangan tangan  hingga ke siku .
“Uihh…Teruk nih ,” kata Lynn memegang lengan Qaira .
“Arghh!!! K.Lynn jangan tekan kuat sangat ,sakit lah ,” terjerit Qaira bila Lynn memegang lengannya .
“Macam mana boleh jadi nih ?” tanya Fitri .
“Rasanya terseliuh kena spike masa lawan UCL tadi ,”
“ Kau tak leh main dah macam nih . Suruh Nadia ganti ,” arah Fitri ,sebagai ketua pasukan .
“Nadia mana?” tanya Adi .
“Tadi dia kata nak gi tengok bola sepak ,” jawab Qaira .
“Nanti aku call dia suruh ganti Qaira ,” Fitri mengambil handphone nya dan call Nadia .
Panggilan tak berjawab .
“Budak nih tak angkat call pulak ,” kata Fitri ,bila tiga kali dia call masih tak diangkat .
“Try call budak-budak bola  ,kot-kot diorang Nampak Nadia ,” Adi memberi cadangan .
Fitri menelefon Ikmal ,juga tiada jawapan .Ada game kot .Dia call Airil pula , sebab diorang team lain-lain .Nasib baik Airil angkat call.
“Weh!!! Nadia ada situ tak?’
“Tadi ada , dia kata nak gi town dengan geng-geng Auni .”
“Laa…gi town tak cakap dengan kitorang .macam mana nih .”
“Kenapa ?”
“Qaira injured ,kitorang nak main untuk semi final dah jap lagi nih .” kata Fitri .
“Qaira injured ?Injured camna ?”
“ Tangan dia terseliuh .Teruk gak lah .Biru tangan dia . Nak gerak pun tak boleh ,kalau pegang lagi la ,menjerit-jerit ,” lebih-lebih pulak si Fitri nih .
“Habis tu ,takda orang ke nak ganti ?”
“Mana ada budak bola jarring ada game lagi .Mana ada budak perempuan lain dah ,” jawab Fitri .
“Dah tu korang nak wat macam man ?”
“Kena Tarik diri lah jawabnya . Klau tak cukuo dua orang perempuan damalm court kira disqualified .Kau dah habis game belom ?”
“Kitorang dah kalah .Tapi team Ikmal tengah main quarter  final sekarang .”
“ Takpe lah . Tapi kalau kau Nampak Nadia ,kot-kot dia tak jadi gi town ,kau suruh dia mai sini terus tau ,” pesan Fitri .
“Ok,”
Sebaik saja Airil memutuskan talian ,Qhairil yang berdiri di sebelahnya terus bertanya  .
“Qaira injure ke?”tanya Qhairil ,sempat lagi curi dengar tadi ,bila sebut nama Qaira disebut .
“Ha’ah , tangan dia terseliuh .Teruk gak Fitri kata ,” jawab Airil ,tak sedar dah muka Qhairil dah mula bimbang .Biasa la , buah hati sakit ,mesti susah hati .Airil yang sedang menonton perlawanan bola Antara UMIST dengan Southamtom Univercity  tak menyedari yang Qhairil disebelah resah semacam . Tak concentrate dah tengok perlawanan .
“Airil , aku nak masuk dalam la ,” kata Qhairil ,5 minit selepas tu .
“ Kau nak gi kat bebudak volleyball ke?” taya Airil .
“Err… aku nak gi toilet sat , pastu nak g jenguk Ayie kat snooker jap , dengan bebudak volleyball skali ,” Qhairil memberi alasan ,padahal nak gi tengok Qaira yang cedera .
Bila Qhairil sampai kat volleyball court ,dia tengok  perlawanan semi final dah pun bermula .Qaira pun turut berada dalam court  .
“Aik!!! Kata injured ,apasal main gak ,”fikir Qhairil sendiri . Dia pergi kearah Luqman dan Fadhil  yang berada di tepi gelanggang menyokong pasukan mereka .
“Man ,kata Qaira injured ?” taka da bagi salam ke dulu ,Qhairil terus tanya pasal Qaira .
“Ha’ah , tangan dia terseliuh ,” jawab Luqman .
“Habis tuh, apasal dia main gak?”
“ Fitri suggest diorang tarik diri , tapi Qaira tak nak . Dia kata rugi la , sebab diorang dah masuk semi final . Lagipun dia just jadi dummy je dalam court tu .Kau tengok la sendiri . Kalau bola datang kat dia ,orang lain tolong ambikkan .Qaira punya idea  la tuh .”
“Teruk ke tangan dia ?”
“Teruk …Biru tangan dia , lebam .Bengkak lak tuh .”
Qhairil memerhatikan Qaira dalam court , memang Qaira tak sambut pun bola  .Pasukan mereka dah ketinggalan  . Selepas berhempas pulas , mereka Berjaya merampas servis  . Tapi , tiba gilian Qaira untuk serve ,ahli yang lain seperti tak membenarkan Qaira serve . Namun Qaira berdegil . Lagipun tangan kananya yang sakit ,dia serve menggunakan tangan kiri .
Tapi masa nak serve ,tangan kanan masih diperlukan untuk memegang bola  . Qhairil yang ‘cocentrate’ tengok Qaira ,perasan yang Qaira menahan sakit .Dia rasa macam nak masuk je court hentikan perlawanan .Degil betul budak nih ,dah la sakit nak main lagi .Qaira pula , tengah menahan sakit lepas dia serve tadi ,dia tak sedar bola menghala kearah dia  . Fadhil yang berdekatan cuba menyambut bola ,sebelum kena Qaira ,tapi dia pula tak sengaja terlanggar  tangan Qaira .
“ Aduh!!!”Qaira terduduk , mata dia dah berair tahan sakit .Permainan dihentikan .Qhairil ,Luqman dan Fdhil turut menyerbu ke gelanggang .Qhairil menolak Adi ketepi untuk duduk disisi Qaira .
“Dah la tuh ,jangan main lagi lah ,” marah Qhairil ,tak tau kepada siapa . Tak sanggup dah tengok muka Qaira yang comel tu berkerut menahan sakit .
“Tapi…”
“Betul kata Ril tu Qaira . Kita Tarik diri je lah . Lagipun kita memang dah ketinggalan pun,” Fitri menyokong Qhairil .
“Apasal nih? Eh !!! Qaira ,kenapa nih ?” tiba-tiba saja Sya muncul . Dia baru je habis main scrabble .
“Qaira injured .”
“Eh!!! K.Sya dah habis scrabble erk . Ha…K.Sya la ganti Qaira  ,” sempat lagi Qaira bagi cadangan dalam sakit-sakit tu .
“Ha? Ganti apa?”
“Sya ,kau ganti Qaira main ,” Fitri menerangkan pada Sya yang masih terpinga-pinga .
“Erk , Nadia mana ?”
“Nanti lah citer . Lagipun baik kau ganti daripada Nadia . Dia langsung tak practice ,at least kau selalu main dengan kitorang ,”Fadhil bersetuju dengan cadangan tu .
Permainan disambungkan semula .Sya menggantikan tempat Qaira .Qaira dibawa ketepi gelanggang .”Apasal kau pergi main gak dah injured pun . Kan dah jadi teruk nih ,” Qhairil memarahi Qaira . Belum sempat duduk dah kena marah .
“Game kau dah habis ke Ril ?” tanya Qaira ,menukar topic .
“Dah ,” jawab Qhairil sepatah ,mengambil tempat disisi Qaira .”Tengok tangan kau ,” perintah Qhairil .Qaira menyinsing lengan bajunya perlahan-lahan ,sesekali mengerut muka bila tersentuh lengannya yang dah mula bengkak .
“Ya Allah ,teruknya .Apasal kau pegi main gak teruk camnih ,” Qhairil kembali marah .Bukan niat dia nak marah pada Qaira ,tapi dia terkejut tengok lengan Qaira yang putih tu dah jadi biru .
“Alaa..Ril,aku tengah sakit nih kau marah-marah pulak ,” bunyi macam merajuk dah suara Qaira .
“Dah letak ubat belom ?” Qhairil melembutkan suaranya .
“Tadi K.Lynn dah sapu ubat sebelum game start .”
“ Hmm..tunggu jap erk ,” Qhairil tiba-tiba bangun . “Man ,tolong tengok-tengokan si Qaira jap,” sempat lagi Qhairil berpesan sebelum berlalu . Ishh…ingat aku nih budak –budak kecik ke nak kena jaga . Dia nak gi mana pulak , baru nak bermanja-manja sikit , dia tinggalkan aku pulak . Sempat lagi Qaira mengomel dalam hati .
**********************************************
“Hai…you’re Qaira kan?” Datang pulak mamat handsome tak lama selepas Qhairil pergi .Tapi Qhairil lagi handsome la , sempat lagi Qaira membuat perbandingan dengan Qhairil . Tapi kalau tanya Qaira , memang Qhairil la , paling handsome kat mata dia ,tak ada orang lain yang boleh lawan .
“Yup,that’s my name . And you’re…?”
“ I Hakim , from UCL . I yang spike bola kena u tadi , so I mintak maaf .”
“It’s ok , biasala … kena bola dalam game .”
“But teruk gak I tengok u injured . I rasa guilty pulak ,” Hakim memerhati lengan Qaira  . Dia mengambil tempat di sebelah Qaira .
“This ? its not your fault . Nih sebab I jatuh tadi .My fault ,careless .”
“Really?” tanya Hakim meminta kepastian , memandang wajah Qaira .Cutenya budak nih .
“Yup .”
“But I still want apologize because of what I did .”
“Ok . Apologize accepted .”
“So , nice meeting you then .”
“You too . How did you know my name ?” Soal Qaira ingin tahu .
“Adalah .”
“Hmmm…I hate that kind of answer .”
“Sorry ,I ask around  . Then Reen ,budak IC bagi tau I your name .” Reen rupanya yang bagitau nama , kawan dia yang study kat Imperial College .Bukannya kawan rapat pun ,kawan melalui kawan .
Pada masa tuh ,Qhairil masuk ke dalam dewan volleyball . Nampak Qaira sedang berbual-bual dengan Hakim .
Ishh…mamat mana pulak nih .Luqman tak ada  pun , tak boleh diharap .Aku suruh jaga Qaira kejap pun tak boleh ,sempat lagi Qhairil mengutuk Luqman .Kawan Qaira kot ,Qhairil sedapkan hatinya .
“Hai …,” tegur Qhairil ,saja je kacau daun .Dia mengambil tempat disebelah kanan Qaira .Kena kepit dengan mamat-mamat handsome la pulak si Qaira nih .
“Hai ,” jawab Hakim .
“Ril , nih Hakim ,budak UCL ,” Qaira memperkenalkan Hakim kepada Qhairil . Di tangan Qhairil ada setin pepsi  .Laa… tadi keluar pergi beli air ke , bukannya nak cakap ,boleh jugak nak kirim .
“ Hai , Qhairil .Kawan Qaira ke ?” Qhairil menghulurkan tangan bersalam dengan Hakim .
“Tak lah ,.” I’m the bad guy who did this to her ,” jawab Hakim .
“Takdelah , Ril ,dia saja exaggerate . Team kita lawan team diorang masa quarter final tadi ,”Qaira menyampuk .
“Oooo…,”
“Balasan buat kat dia kot ,team kitorang kalah .Congrates anyway .”
“Thanks ,” jawab Qaira .
Qhairil kemudian mencapai  lembut tangan Qaira yang sakit ,dan meletakkan diata ribanya . Dia mengambil air tin pepsi yang dibeli tali ,dan menuam kat kawasan lebam .  Rupa-rupanya pergi beli air tin untuk tuam tangan aku ,fikir Qaira .Tak baik betul aku kutuk dia tadi ,tak sangka Qhairil melayannya sampai begitu baik sekali .
Qaira yang terkejut dengan tindakan Qhairil tak terkata . Dah lah selamba je depan Hakim dia buat macam tuh . Dia cuba mengalih tangannya ,tapi kemudian menjerit kecil menahan sakit bila tin air yang dipegang Qhairil tertekan kuat ke atas lebam di tangannya .
“Syyy…sorry..sorry … okey . Jangan la gerak –gerak tangan tuh ,” kata Qhairil memujuk Qaira , tangannya yang satu lagi memegang lembut  tapi kemas tapak tangan Qaira .”
Qhairil memandang kearah Hakim .Hakim yang memerhati gelagat mereka berdua dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Qhairil . ‘She’s of limit’ . Melepaslah dia nak kenal lebih rapat dengan gadis comel ni , dah berpunya rupanya .
“Well , I ‘ll take my leave then .Sorry again .Hope you get well soon Qaira .Take care of your girlfriend Qhairil ,” Kata Hakim dan berlalu pergi .
“Ok ,nice meeting  you .Bye ,” Qaira menjawab bagi pihak dia dan Qhairil ,melemparkan senyman manisnya pada Hakim .Tergugat jugak Hakim tengok senyuman Qaira  , tapi nak buat macam mana ,dia tak suka mrebut orang punya , bukan style dia . Qhairil sekadar tersenyum pada Hakim  , tidak bersuara .
“Heheheh…Ada ke dia cakap aku ni girlfriend kau ?” Qaira tergelak selepas Hakim pergi .Qhairil tak berkata apa-apa .
“Ril , thanks ,”  Ucap Qaira bila Qhairil tak berkata apa-apa .
“Hmmm..Qhairil tak mengangkat mukanya ,concentrate angat tuam tangan buah hatinya .
“Sakit sangat ke ?” tanya Qhairil lembut ,memerhatikan muka Qaira , yang kadang-kadang kelihatan seperti sedang menahan sakit .Tangannya yang tak memegang air tin mengusap-usap lembut tapak tangan Qaira .
“ Ok dah sikit . Sayang jugak kau kat aku yek,” kata Qaira bila Qhairil diam saja . Resah dia tengok bila Qhairil serius sangat . Qhairil mengangkat mukka memandang tajam kearah Qaira . ‘Alamak ‘ macam mana dia boleh terlepas cakap nih ,” fikir Qaira ,macam nak tampar-tampar je mulut nih .Kemudian dia kembali lega bila Qhairil tersenyum .
“Aku memang saying kat kau , tapi kau je yang tak saying aku ,” kata Qhairil . ‘Aku memang saying sesangat kat kau Qaira , kau je yang tak sedar ‘.Kata Qhairil dalam hati .
“Sapa kata , aku saying jugak la kat kau ,” jawab Qaira ,bila diingatnya Qhairil dah mula bergurau macam biasa . ‘Kau tak tahu Ril ,aku memang syang gilerr kata kau ,” Bisik hati Qaira ,boleh lagi melawak dalam jiwang .
“Bagus la…kau kan girlfriend aku .kena la sayang aku ,” kalau betul  kan best ,fikir Qhairil .
“Aduh , Ril …pelan la sikit .”
“OK…OK …sorry yek sayang .
“Waaa !!! Qhairil ,janganlah buat aku menharap macam nih . Kau tak tau ke betapa seksanya aku terpaksa simpan rasa sayang kat kau sekian lama ,”Qaira menangis dalam diam .
“Uihh…romantic siot ,” muncul Fitri tiba-tiba di hadapan mereka .
“Eh..game dah habis ke ?”
“Laa…korang berdua nih .kitorang main kat depan mata pun tak sedar dah habis ke belum.”
“Err…sapa menang ?”
“Kitorang la menang . Nasib baik ada Sya jadi penyelamat  .”
“Weh !!! Qaira sanggup main gak dalam sakit tadi korang tak nak berterima kasih  ,” Qhairil mengingatkn ,macam nak persalahkan Fitri pulak biarkan Qaira bermain juga walaupun cedera .
“Mestilah berterima kasih gak kat heroin kita hari nih .”
“ Camane tangan Qaira ?”
“Ok lah K.Sya , kurang dah sikit sakit .”
“Dah letak ubat belum .”
Qaira baru tersedar yang tangan dia masih diatas peha Qhairil .Dia cuba mengalihkan tangan nya perlahan –lahan , tapi Qhairil lebih pantas memegang jarinya , tak membenarkan dia bergerak . Nasib baik yang lain tak usik pun pasal tu , diorang buat tak tahu je .
“ Aku baru je tuam tangan dia , nanti letak ubatlah . Mana first aid ?”
“Ada kat tepi tu tadi .”
“Kau takada game ke Ril ?” tanya Nasruddin .
“Team aku dah kalah .Team Ikmal tengah lawan lagi tadi .”
“Eh…K.Sya ,scrabble camane ?”
“Dah ada kat sini , maknanya dah out la .”
“Ooo…korang bila final volleyball ? Lawan team mana ?”
“Jap lagi , lawan team tuan rumah .”
Mereka semua berehat sementara menunggu perlawanan akhir .Tangan Qaira dah pun berbalut .Sakit pun makin kurang , tapi tak boleh bergerak sangat , kalau tak ,rasa sakit balik .
“Qhairil . kau tak gi tengok bola ke?” tanya Qaira pada Qhairil  bila perlawanan akhir bermula dan yang lain dah masuk court ,kecuali Luqman dengan Nasruddin .
“Takpe laa . Ramai dah penyokong bola . Sini takda supporter pun,”
“Ayie menang tak?”
“Kalah gak .”
Pasukan volleyball mereka kalah dengan Nottingham Univercity  . Tapi kira ok lah dapat tempat kedua .Dapat jugak piala . Berbaloi jugak lah Qaira main dalam sakit .Pasukan bola sepak mereka yang satu lagi Berjaya menewaskan Warwick Univercity  untuk menjadi juara .
“Makan jom , lapar la .” Pelajar-pelajar Nottingham  Univercity ada membuka gerai menjual makanan ,jadi senang lah mereka yang datang nak membeli makanan .Mereka mengambil beg dan jaket mereka untuk beredar  . Disebabkan tangan Qaira yang tak boleh sangat  bergerak , nak pakai jaket pun susah , kena orang lain tolong pakaikan .Beg dia pula Qhairil tolong bawakan . Gentlemen jugak Qhairil nih .

*****************************************
Nadia kembali dari bandar Nottingham sebelum upacara penutup bermula .Dia terkejut tengok Qaira cedera .Telefon dia kehabisan bateri  ,sebab tu tak dapat duhubungi . Selepas habis acara penyampaian hadiah ,mereka bertolak balik ke Manchester . Kali ni , senyap je suasana dalam bas , berbeza dengan pagi tadi . Mana tidaknya ,semua keletihan , ramai yang tertidur dalam perjalanan balik  .Qhairil yang sengaja mengambil tempat disebelah tempat duduk Qaira  dan dia tak tidur pun sepanjang perjalanan  . Asyik dia perhatikan Qaira yang lena tidur ,sampai dia sendiri lupa nak tidur walaupun keletihan  .Nadia balik bersam Auni dan kawan-kawannya yang menyewa kereta ke Nottingham .



BAB 5 ASKLS

“ Weh!!! Adi kau dah masak belom?” tanya Qhairil yang baru baik dari latihan bola sepak . Adi sedang tengook tv di riang tamu . Ayie seperti biasa pergi Lanchester .
“Dah , camne dengan  practice hari ni ?”  tanya Adi .
“Biasa je ,” jawab Qhairil .
“Aku ada practice volleyball malam nih , kau nak ikut tak ?”Tanya Adi .
“ Malas..laa ,” jawab Qhairil ringkas . “ Aku nak naik mandi  la . Jap lagi aku turun makan .” Qhairil menuju ke tangga untuk naik kebiliknya , tiba-tiba telefon berbunyi .
“Hello ,”
“Hello , Ril , Adi ada yak ?” tanya Qaira .
“ Cari Adi wat apa , aku kan ada .” jawab Qhairil ,memang dia cam suara Qaira di sebelah sana .
“Tak mau la cakap dengan kau , aku nak cakp nga Adi .”
“Kenapa cari Adi ?” tanya Qhairil ,tak puas hati .
“Adalah…sibok la kau nih .Bodyguard  dia ke?”
“ Ha’ah , mak dia pesan kat aku suruh jaga dia ,” jawab Qhairil,sengaja melengah-lengahkan masa . Tak puas lagi dengar suara Qaira .
“Mak dia percaya kat kau ?”
“ Mestilah , akukan baik , berbudi bahasa , bertanggungjawab .Memang boleh buat calon menantu laa ,” kata Qhairil ,naik  lif tekan sendiri .
“ Heehehheheh…Kau nak jadi menantu family Adi ke ? Nak ngorat kakak Adi ye k,” gelak Qaira .
“ Laaa… apa pulak , jadi menantu parents Adi  . Jadi menantu Mustafa laa ,” jawab Qhairil ,sempat lagi bagi hint kat Qaira .
“ Heheheh…ye ke? patut laa , jumpa bapak aku kat airport hari tuh ,bukan main sopan lagi yek .”
“Biasalah , nak ngorat anak dia , mestilah ambik hati parents  dia dulu ,” kata Qhairil .Qaira , aku serius nih …bukan main –main  ,bisik Qhairil dalam hati .
“Heheh…kau jangan , bapak aku garang tau ,” gelak Qaira  ,disangka Qhairil begurau .
“Denga aku , bapak kau tak garang punya .Sebab aku kan bakal menantu mitahli .”
“ Dah lah …layan kau nih sampai esok pon belom tentu habis . Adi mana? tanya Qaira ,menukar topick ,bila Qhairil semakin melalut .
“ Ye laa…tak pe..orang dah tak sudi nak bercakap dengan kita ,” Qhairil buat-buat merajuk .”Adi !!! Qaira nak cakap .”
Adi  bangun menuju  kearah telefon . Qhairil masuk keruang tamu dan duduk di atas sofa .
Sebaik sahaja Adi selesai bercakap dengan Qaira , tak sempat lagi Adi nak duduk dia dah bertanya ,” Apasal Qaira cari kau ?”tanya Qhairil .
Adi senyum , jelouse la tuh .
“ Laa…aku tanya nih , kau senyum –senyum pulak .Apasal Qaira call tadi ?” tanya Qhairil ,tak puas hati bila Adi tak menjawab soalannya .
“Dia nak confirmkan practice malam nih kol berapa .”
“Aik ..Apasal Qaira lak yang nak kena confirmkan ?” Qhairil masih tak puas hati ,apa pulak kena mengena dengan Qaira .
“ Laa…dia kan main gak ,” jawab Qhairil .
“Qaira main gak…macam mana dia boleh main gak ?” tanya Qhairil tak faham .
“Vollyball main mix team  la. Qaira dengan Lynn main untuk team kitorang . Nadia lak jadi reserve , tapi dia tak mau main ,just nak cukupkan girl dalam team aje .”
“Ooo…macam tuh , “ Kata Qharil .Dia tak tau pulak yang Qaira pun join gak game nih .Ishhh…Jelouse laa camnih ,Adi dapat peluang habiskan masa dengan Qaira .
“Wehh..tadi bukan kau kata nak pergi mandi ke?” Adi mengingatkan Qhairil ,bila dia melihat Qhairil termenung atas sofa .
“Eh ..Ha’ah , aku lupa ,” Qhairil bangun menuju ke atas .Adi mengeleng-ngelengkan kepalanya dengan gelaagat Qhairil .Kalau suka t uterus terang je laa…,tak adalah pening macam nih .Malamnya Adi sedang bersiap nak keluar  untuk practice ,bila Qhairil masuk kebiliknya .
“Weh!!! Aku ikutlah ,bosan gak duduk kat umah sorang-sorang ,” kata Qhairil .
Adi menhan gelaknya , dia tau sebab apa  Qhairil  tukar fikiran . Kalau Qaira tak call tadi ,mesti dia tak nak ikut .
“ Tadi kau cakap penat practice ,” Adi sengaja nak menguji Qhairil .
“ Err… tak laa penat sangat . Lepas mandi tadi ,rasa segar pulak .Duk umah pun tak tau nak buat apa .Baik aku gi kacau korang practice ,” Qhairil memberi alasan .
“Dahlah tu Ril , tak yah bagi alasan laa . Ingat aku tak tau ke ,kau nak ikut sebab si Qaira pun ada ,” kata Adi .
“Heheheh…biasalah…dimana ada heroin , disitu lah ada heronya ,” jawab Qhairil ,bila Adi dapat mengagak kenapa dia nak ikut jugak .Memang tak boleh berahsia dengan Adi nih ,tau aje dia aku nak jumpa Qaira . Adi gelak saja .
“Jelouse lah aku ,kau boleh spent time dengan Qaira ,” kata Qhairil .
“ Tak apa ,kau boleh tolong tengok kan dia bagi pihak kau ,” kata Adi  sambil gelak .
“Jangan tengok lebih-lebih lak , dia aku punya dah ,” serius je bunyi nada suara Qhairil memberi amaran .
Terkejut gak Adi bila mendengar kata-kata Qhairil ,sebab jarang Qhairil mengaku macam tu , selalunya dia mengaku sambil melawak .

“ Relex-relex …kau jangan bimbang la, aku tak kan ambik kau punya buah hati tu ,” kata Adi ,sambil menenangkan Qhairil  .

BAB 4 ASKLS

Selepas peristiwa hari tu, Qaira dan Qhairil berlagak macam biasa je . Macam takde apa-apa  berlaku .Padahal masing-masing masih teringat peristiwa tu , tapi didiamkan saja . Qaira sangka Qhairil dah lupakan perkara itu , meati dia ingat tu benda biasa jerr , dia tak sedar yang Qhairil selalu memerhatinya . Qhairil pu la , bila melihat Qaira berlagak macam  biasa saja , dia pun tak nak ungkit laa pekara tu , dia je yang perasan lebih-lebih hari tu kot . Padahal dia tak tahu yang Qaira hari-hari asyik tengok gambar Qhiril ,siap frame dan simpan bawah bantal lagi .
“ Qaira , teman aku gi Arndale jap,” ajak Nadia selepas habis class . Arndale  ni tempat shopping complex dekat tengah-tengah bandar Manchester . Dekat jerr dengan UMIST mereka . Jalan kaki pun boleh , kalau malas , naik bas pun boleh . Lagipun mereka pakai guna pas untuk naik bas , beli untuk satu semester atau setahun terus .Lebih jimat daripada nak bayar setiap kali nak naik . Lagipun mereka banyak menggunakan perkhidmatan bas  kalau nak kemana-mana ,berbaloi laa pakai pas .
“Boleh gak ,” jawab Qaira .
Sedang mereka berjalan –jalan  di Arndale ,telefon Qaira berbunyi .Qaira mengeluarkan telefon dari jaketnya . Nama Ikmal terpampang di skrin .
“ Hello…Qaira Akira bercakap…,”
“ Weh..kau kat mana tuh ?”
“ Aku tengah shopping kat Arndale dengan Nadia ,” jawab Qaira .
“ Kitorang nak gi makan kat Rusholmes   , nak ikut?”
Rusholmes dekat je dengan UMIST mereka  . Disitu banyak terdapat makanan halal . Samaada restaurant ataupun fast food .
“Jap ,nak tanya Nadia ,” Qaira berpaling kearah Nadia meminta persetujuan . Kemudian kembali menyambung perbualannya dengan Ikmal .”Boleh gak join .korang kat mana tu?”
“Kta UMIST lagi ,baru lepas sembahyang jumaat ,” jawab Ikmal .
“Err…Qhairil ada skali ke?” tanya Qaira ,tak habis –habis dengan  Qhairil.
“Takde..dia tak datang UMIST hari ni .Adi je ada . Kiorang tunggu kau kat sana yek . Nak gerak dah ni.
“Ok..nanti aku call K.Sya ajak dia skali .Tadi dia ada kat library ,” kata Qaira ,sedikit hampa kerana Qhairil tak ada bersama .
“Ok ..Bye..,” Ikmal memutuskan talian .
Sampai kat  Rusholmes ,Ikmal ,Fitri , Airil dan Adi dah menunggu mereka kat bus stop .Sya pun dah ada sama . Mereka pun menuju ke salah sebuah fast food yang terdapat di situ .
“Weh !!! korang pergi tak Nott’s Game nanti ?” tanya Fitri pada bebudak perempuan .
“Pergi la,” jawab Nadia .
“ Korang ada main apa-apa game tak ?”
“ K.Sya main scrabble . Aku dengan Nadia jadi tukang sorak jerr,” jawab Qaira .
“Nak masuk volleyball tak? Mix team ,jom la join ,”ajak Fitri .
“Aku tak terror laa ,” jawab Qaira .
“ Tak nak laa ,” kata Nadia pula .
“ Alaaa…main suka-suka je .Jom laa…pompuan tak cukuo nih .At least kena ada 3 orang pompuan dalam satu team terasuk reserve . Tapi dalam court kena ada 2 orang je  ,”Fitrti cuba memujuk Qaira dan Nadia turut serta dalam team mereka .
“Ermmm…siapa lagi yang join ?” tanya Qaira ,mula minat .
“ Aku , Adi , Luqman , Fadhil , Nas dengan Lynn ,” jawab Fitri . Luqman dan Fadhil nih junior mereka ,budak first year , Nas dengan Lynn pula adik beradik , dua –dua buat master kat Manchester .
“ K.Lynn main gak yek .Hmm…boleh laa . Tapi aku tak pandai sangat tau, sikit-sikit tu boleh laa. Main biasa –biasa je boleh la,”Qaira bersetuju menyertai team mereka . Lagipun best jugak , dah lama tak bersukan ni .
“Nadia?” tanya Fitri pada Nadia pula .
“ Aku tak nak la ,” kata Nadia ,dia memang tak minat dengan sukan .
“Kau tak payah main takpe  ,just jadi reserve je .Bolehlah,” pujuk Fitri kat Nadia pula .
“Hmmm…ok . Jadi reserve je tau . Aku tak nak main ,” kata Nadia .
“Ok ..set . Nanti aku bagi nama kat Farid .” Farid merupakan president Malaysian Student Society kat UMIST diorang .
“Ikmal denga Airil , korang main bola sepak yek?” tanya Qaira pada Ikmal .
“ ye laa…aku kan striker paling hebat kat Manchester nih ,” jawab Ikmal , sempat lagi puji diri sendiri .
“ Ceh !!! perasan . Qhairil dengan Ayie pegi tak Adi ,” tanya Qaira pada Adi .Nak tanya pasal Qhairil sebenarnya ,tapi kena lah cover sikit ,tnya kedua-dua housemate Adi .
“Pergi  , Qhairil main bola sepak gak ,Ayie lak main snooker ,” jawab Adi .
“Ooo…weii , Ikmal ,Airil dengan Qhairil mana satu paling terror main bola ,”tanya Qaira .
“ Mestilah aku ,” jawab Ikmal .Sebab aku main first team .Qhairil dengan  Airil main second team  je.
UMIST sent dua team bola je ,” Ikmal berlagak . Airil gelak saja ,tak kecik ati pun bila Ikmal kutuk dia .
Qaira mencebikkan mukanya kepada Ikmal .
“Bila nak practice Fit? dah lama tak main volleyball nih ,” tanya Qaira .
“Aku nak book court  kat Old Trafford nye Leisure Center malam esok . Senang sikit , dekat denga rumah .Lagipun semua duduk kat Old Trafford .” jawab Fitri .
“ Malam esk? Aku dah janji dengan Auni nak gi tengok wayang , lagipun aku reserve je kan ,so tak payah practice la yek ,” kata Nadia .
“Takpe laa. Qaira boleh tak ? Budak-budak lain aku dah tanya ,diorang ok je ,”tanya Fitri .
“Aku boleh je ,” jawab Qaira .
“Sya , jom la skali .
“Boleh gak ,” jawab Sya  . “Adi ,ajak la Qhairil dengan Ayie skali ,nanti semangat sikit orang tu nak main ,” sempat lagi Sya menyakat Qaira . Satu cubitan singgah kat lengan Sya yang duduk disebelah Qaira .
“Aik?!!! kenapa nih? Kita takde sebut nama sesape pon ,” usik Sya ,tergelak .Yang lain turut tergelak sama bila pipi Qaira mula merah . Dia bangun dari tempat duduknya  . Korang nih , tengok tuh ,kan Qaira dah mengajuk ,” kata Fitri . “Dah la , Qhairil takada nak pujuk ,” sambung  Fitri ,turut mengusik ,ingatkan nak tolong tadi .
“Mana ada mengajuk , kita nak gi basuh tangan la,” jawab Qaira .


BAB 3 ASKLS

Setengah jam kemudian , didalam bilik Qaira….
Qaira sedang berbaring diatas katilnya . Tangannya memegang novel ‘ Temukanku dengan cinta’ ,tapi matanya menghadap kea rah siling rumah.
“Ha!!!menung apa tu?” jerkah Sya tiba-tiba . Terkejut Qaira dibuatnya , novel yang dipegangnya tercampak ke lantai .
“Ishh…apa lah K.Sya ni ,terkejut  kita ,Qaira menggosok dadanya terperanjat .
“Kita masuk bilik dia tak sedar langsung . Apa yang best sangat kat siling tu , ada muka Qhairil ke?”
“Mana ada kita teringat kat dia . Banyak lagi benda lain kita nak fikir lah ,” dalih Qaira ,sebab memang dia tengah fikirkan Qhairil pun sebenarnya .
“ Aik ,biasabya kalau degar je nama Qhairil ,dia yang beria-ria cakap rindu la , nak mimpi Qhairil la , Qhairil handsome la , Qhairil kiut la , ni pasal malam nih lain pulak .”
“Errr…saja je ,” Qairah sengeh macam kerang busuk ,tak tau nak kata apa .
“ Ha!!! muka dah merah tu ,nih  mesti ada apa-apa .You better tell me what happen between you and Qhairil lepas balik main bowling tadi ,” Sya cuba korek rahsia ,senang je nak tau kalau budak Qaira nih ada sembunyikan ssuatu ,nanti merahlah pipi dia .
“Takde apa-apa laa…,”jawab Qaira .
“Boleh cay eke takde apa-apa  . Then apasa l korang pelik semacam je tadi ?”
“Mana ada pelik , kitirang biasa je la ,” jawab Qaira .
“Baik citer , kalau ta kita geetek kang ,” ugut K.Sya .
“ Alaa…takde apa laa..nak citer K.Sya.”
”Tak yah tipu kita laa …kita kenal sangat dah ngan Qaira nih ,baik citer ,” Sya mula menggeletek Qaira .
“Aaaa…jangan la K.Sya . OK…OK…kita citer ,” Akhirnya Qaira mengalah .
“ I knew there’s something happen . Ha , citer la.”
“Takde laa , tadi on the way balik ,ada anjing kn . K.Sya tau la kanyang kita akut anjing .” cerita Qaira.
“Hmm…ok …go on ,” nak ketawa dia tengok pipi Qaira yang dah mu la naik merah ,tapi ditahankan ,nanti lau dah merajuk taknak citer lak budak nih .
“Lepas tuh  ,Qaira terpegang tangan dia ,” sambung Qaira .Sebab Qaira takut sangat ,biasakan kalau K.Sya ada, Qaira pegang tangan KSya .Tapi tadi ,tinggal kitorang berdua je ,so  Qaira tak sedar yang Qaira terpegang tangan dia ,”laju Qaira jelaskan .
“Itu je?” tanya Sya . “I think there’s more to the story .Kalau tak ,takkan la korang malu-malu kucing tadi .”
“Err…lepas tuh Qaira lupa nak lepas kan tangan dia  , sampai lah depan umah  .”
“Uihh..romantiknya ,” Kata K.Sya, akhirnya tergelak , tak dapat menahan ketawanya . Kelakar budak berdua nih . Takkan pegang tangan tak sedar kot , tak logic langsung  . Qaira  tak puas hati bila Sya gelakkan dia .”K.Sya jangan bagitau budak-budak lain tau..kalau tak..siap lah K.Sya ,” ugut Qaira .
“Heehhe…kita nak bagitau sapa gak . Tapi , tak tau laa , kalau Qhairil yang citerr kat orang lain ,”
Apsal lak dia nak gi citer kat orang lak . Nothing happen . Kita yang pegi pegang  tangan dia , bukan dia yang pegang tangan kita . Lagipun tak sengaja ,”kata Qaira . Berapa kali nak cakap tak sengaja ntah .
“Qaira yang pegang , tapi Qhairil tak lepaskan , betol tak?”
“Alaa…dia kesiankan kita je kot .Yelah…kitakan penakut ,” kata Qaira .
“Heheheh…ngaku pon penakut,” gelak K.Sya .Malam  nih nak tidur mimpikan Qhairil la tuh ,” usik Sya .
Memang kita hari-hari mimpikan dia pun ,” jawab Qaira , lega bila K.Sya dah tak mengorek rahsia lagi . Lagipun dia sendiri tak pasti dengan apa yang terjadi di depan pintu rumah dia tadi .Aku  je yang fikir lebih-lebih ,entah-entah Qhairil dah lupakan kejadian tadi kot .
****************************************************
Di ruang tamu rumah Qhairil…
Adi sedang leka bermain PS4  sementara Qhairil pula bermain gitar . Adi bercakap sesuatu kepada Qhairil , tapi taka da respone dari Qhairil .Dia berpaling kearah Qhairil dan tersenyum . Parah dah budak sorang nih . Apa taknya ,Qhairil sedang memetik gitar dan tersenyum sorang diri .Adi tengah gelakkan dia pun tak sedar .Adi mencapai  bantal dan melemparkan kearah Qhairil .
“Weh…Apa nih?” marah Qhairil . Kacau daun je laa kau nih , dia tengah syok jiwang teringat kat Qaira . Masih terasa lagi tangan Qaira yang memegang  erat tangannya . Masih terbayang lagi senyuman Qaira bila mengucapkan terima kasih padanya tadi .
“Parah dah kau nih ,” kata Adi ,sambil menghabiskan sisa gelaknya .
“Apa yang yang parah ni,” Qhairil tak faham .
“ Berangan je keje,”
“ Mana ada berangan .Ake tengah concentrate main gita nih.” dalih Qhairil .
“ Blahlaa…concentrate main gitar konon .Tersenyum-senyum sorang diri. Dah berapa kali aku panggil kau tak dengar . Pintu tu jugak laa kau tenung ,” kata Adi .
Qhairil hanya tersengih , da taka da alasan nak bagi .Takkan nak bagitau yang dia sedang teringatkan Qaira kot . Lagipun , belom tentu Qaira teringat kat dia ,jangan-jangan tengah syok tidur .
“Apa jadi kau dengan Qaira tadi ?” tanya Adi , bila  dia tengok Qhairil tersengih jerr.
“ Jadi apa erk ?” tanya Qhairil ,buat-buat tak faham .
“ Ekelee… buat-buat tak faham .Balik main bowling tadi , apa jadi?”
“ Tak ada jadi apa-apa pun , kan dah cakap tadi .Kitorang lalu jalan jauh sebab si Qaira tu takut anjing .” jawab Qhairil . Tapi dia tak dapat menahan senyuman di bibirnya bila menyebut nama Qaira .
“ Takde apa –apa konon . Tapi duk senyum  sorang- sorang . Suka hati kau la Ril ,” kata Adi .

Sambung bermain PS4 . Susah sangat nak mengaku . Qhairil kembali menyambung angannya sambil memetik gitar .

BAB 2 ASKL

 Di rumah Qhairil …
Habis sahaja bercakap dengan Qaira  ,Qharil turun kebawah sambil menyanyi-nyanyi . Seronok je dapat dengar suara Qaira , dah la kejap lagi boleh tengok muka dia yang comel tu ,geram rasa macam nak cubit-cubit pipi Qaira . Tapi dia tak pernah buat lagi laa , tunggu laa satu hari nanti  ,dapat gak dia cubit pipi budak tu.
“Hah , apasal happy jer nih ,tadi badmood bukan main lagi ,” tegur Adi bila tengok Qhairil tersengih –sengih  macam kerang busuk . Tadi punya laa badmood bila balik dari UMIST .Adi  dengan Qhairil satu course  ,tapi Adi lagi muda dari Qhairil , sebab dia pun buat accelerated A Lavel ,sama macam Qaira . Tapi diorang memang kamceng gila laa , walaupun Qhairil lebih tua dari Adi .
“Weh !!! Main bowling jom . Qaira call tadi ajak main bowling .Ikmal and the geng ada gak .”
“Patutlaa… happy semacam jerr ,buah hati pengarang jantung call ,” usik Adi .
Adi tau yang Qhairil sukakan Qaira ,kalau Qhairil tak cakap pun dia boleh teka.Masalahnya mamat nih ego tinggi sangat  ,suruh tackle tak mau . Tapi cemburu bukan main . Masa first year  dulu ,ada budak  Warwick University nak tackle Qaira  , masa kat Warwick Games .Qhairil bagitaw kat budak tu , Qaira awek dia  ,dengan sokongan Ikmal dan budak-budak umah dia . Tak pasal-pasal timbul gossip diorang berdua ,tappi Qaira tak tau langsung hal ni .Mesti dia musykil macam mana tetiba gossip dia ngan Qhairil .
Sebenarnya Adi pun dapat rasa gak yang Qaira pun sukakan Qhairil .Sebab kadang-kadang dia terperasan yang Qaira selalu pandang Qhairil , tapi dia aka da laa bagitahu Qhairil  . Takut dia tersalah tafsir , manalah tau kebetulan je Qaira pandang Qhairil pada masa tu . Tapi firasat dia kuat mengatakan bahawa mereka suka sama suka .  Cuma Adi fikir Qaira takkan mulakan langkah pertama ,mungkin malu . Susah la ,sorang pemalu,sorang lagi ego tinggi . Kalau macam ni ,sampai bebila pun takkan jadi diorang berdua ni .
“Apa yang kau menung  lagi tu , jom la pegi,” gesa Qhairil bila dia tengok Adi  masih relax atas sofa .
“Nak gi sekarang ke?”
“Ye la..Nak gi makan dulu ,Qaira cakap dia masak asam pedas . Kalau dia masak memang best laa…Jom laa..aku lapar ni.Cepatlah,” tak sabar-sabar si Qhairil nih .
“Kau tuh klu Qaira masak semua best . Ok laa….oklaaa…Kejap aku nak tukar seluar ,takkan nak main bowling nak pakai kain kot .
15 minit kemudian  Qhairil dan Adi berjalan ke rumah Qaira yang tak jauh dari situ .Dalam 5 minit je jalan kaki . Rumah Ikmal pun dekat-dekat situ gak .
Qaira dan yang lain sedang makan kat ruag tamu sambil berborak .Airil dah masuk round ketiga  ,tak padan dengan badan kurus tapi kuat makan . Baru je Qaira nak menyuap nasi kemulut , doorbell berbunyi . Cepat –cepat dia bangun dan berlari ke pintu  depan . Yang lain-lain gelak saje dengan gelagat Qaira , tak sabar nak jumpa Qhairil lah tuh .
“Assalamualaikum ,”
“Waalaikumsalam ,korang berdua jer ke ?” tanya Qaira sementara Qhairil dan Adi gantung jaket mereka .
“Abih tu nak ajak sapa lagi , kan aku da cakap tadi yang Ayie pegi Lancaster ,” kata Qhairil .
“Hehehe , lupa lak ,” Qaira mnggaru kepala malu , tengok Qhairil lupa segala benda .
“Kitorang tengah makan nih , jom laa join sekali ,”
“Boleh gak , Qhairil ni dah kebulur ,tak sabar-sabar nak datang sini tadi , nak makan masakan kau ,” Sempat lagi Adi mengusik Qhairil .Kena siku sekali dengan Qhairil . Adi gelak saja dan Qaira pulak buat-buat tak dengar .Selalunya macam tu la taktik Qaira kalu orang usik dia dengan Qhairil ,buat-buat tak dengar , tapi kalau eruk sangat kena usik , merah menyala jugak la muka  . Tension gak Qaira sebab kalau malu  obvious sangat muka dia merah , bukan boleh control blushing nih .
****************************************
Pukul 8 lebih mereka bergerak ke Megabowl , 15 minit je jalan kaki dari rumah Qaira .Seperti  biasa , kalau ada Ikmal and the geng  ,riuhlaa..keadaan .Qhairil pun tumpang sama . Adi banyak gelak saja dari bercakap .K.Sya pun tak banyak cakap . Yang jadi mangsa buli diorang seperti biasa ,Qaira lah .
Kat tempat bowling diorang book dua line ,tak ramai sangat orang malam nih . Diorang guna student card , dapat discount . Memang banyak tempat boleh guna student card , dapat discount . Tengok wayang pundapat halfprice kalau ada student card . Kat kedaikedai pun banyak boleh guna student card untuk dapatkan discount .
Qhairil dan K.Sya memang terror gila main bowling . Yang lain-lain tuh  boleh laa ,cukup makan .Qaira menang sorak jerr . Habis semua orang dia sokong , tapi sokong Qhairil lebih laa .Alasan dia sebab markah Qhairil paling tinggi .
“Strike!!! yehhh,” gembiranya Qaira bila semua pinnya jatuh , baru strike yang pertama .
Qhairil turut tepuk tangan  sambil tersenyum melihat gelagat Qaira . Suka dia tengok Qaira yang sentiasa riang ria tuh , kalau dengan Qaira memang dia rasa macam nak senyum je memanjang . Dah budak tuh ceria memanjang  , berjangkit gak . Tapi ,walaupun  perangai  macam budak-budak  ,dia tau Qaira Serius kalau belajar dan focus dengan cita-citanya . Kiranya time study , dia study betol-betol  , takada laa main-main .
Balik dari main bowling , Qhairil ambik peluang berjalan dengan Qaira  bila dia tengok Sya dan Fitri tengah asyik berborak di depan . Ikmal , Adi dan Airil tengah bercerita tentang keputusan bola sepak EPL . Dia dan Qaira berjalan paling belakang .
“Kau balik tak raya nih?” tanya Qhairil .
“Tak baliklah , beraya dengan diorang .Bila lagi . Kau balik tak?”
“Aku tak balik gak,”
“Summer ni pun aku tak balik ,” jawab Qaira .
“Ha?!! Apa dia ? Telinga aku silap dengar ke? kau tak balik summer ?” tanya Qhairil tak percaya .
“ Alaa…Nyampah betul laa. Apasal semua orang tak caya bila aku kata aku tak balik time summer .
“Yelaa..muka kau tak balik summer ,” Qhairil gelak ,masih tak percaya .Mana taknya ,dia tau Qaira sejak  A Level tak pernah miss balik cuti summer . Telefon kat Malaysia pun hampir tiap-tiap hari , dia tau Sya dan Nadia selalu usik Qaira anak manja .Jadi tak percaya lah  bila Qaira cakap yang dia tak balik ,cuti 3 bulan tuh .
“Betul . ingat nak gi jejalan laa summer nih . Lagipun Ikmal and the geng dengan K.Sya balik lambat Malaysia . Nak spent time dengan dioranglah . Next sem diorang dah takada  , hilang tempat aku nak bermanja ,” sdih je bunyi suara Qaira . Sebab dia memang rapat dengan budak-budak tuh . Nanti baik Malaysia bukan senang nak jumap , ada  duduk utara , ada duduk selata  ada duduk kat timur .
Rasa cemburu tiba-tiba muncuk dalam diri Qhairil . Dia tak sangka Qaira sanggup tak balik Malaysia semata-mata nak bersama dengan Ikmal ,Airil ,Fitri dan Sya .Dengan Sya tak kisah sangat , takkan dia nak jelous jugak dengan Sya . Fitri pulak dah ada buah hati ,tak perlu bimbang jugak . Tapi Ikmal dengan Airil still single , 3 bulan lak tuh ,lama .Macam-macam boleh jadi .
“Ishh…tak bleh jadi nih .” keluh Qhairil dalam hati .
“Weh!” jerit Qaira .Terkejut Qhairil dibuatnya .
“Apa?”
“Penat aku cakap dengan kau , bukannya kau nak dengar . Takpe lah , tak mau layan aku ,” Qaira buat-buat merajuk  dan melajukan langkahnya untuk mengejar  yang lain yang dah jauh kedepan .
“Weii..Qaira , tunggu,”jerit Qhairil , ambil menarik jaket Qaira .Membuatkan Qaira berhenti  . Terkejut Qaira  bila Qhairil menariknya , dia main-main saja merajuk .
“Sorry laa , aku tengah fikir  benda lain tadi ,” Kata Qhairil .Fikir pasal kau jugak ,”kata Qhairil dalam hati .
“Apa kau cakap tadi ?”tanya Qhairil .
“Entah , dah lupa ,” jawab Qaira ,saja menyakat Qhairil .
“Alaa..cik Qaira sayangg , jangan lah camtu . Cakaplah .” pujuk Qhairil . Ishh!! Lemah lutut Qaira bila Qhairil panggil dia saying . Walaupun Ikaal ,Fitri dan Airil memang selalu panggil dia saying ,bagi dia tu perkara biasa je , tapi bila Qhairil yang panggil  , lainlah pulak .
“ Aku tanya , kau balik tak summer nih ?”
“Aku pun tak balik ,” jawab Qhairil .Sebenarnya  dia belum buat keputusan sebelum ni samaada nakbalik Malaysia atau tak , tapi bila tau Qaira tak balik , spontan dia buat keputusan . Nak jaga Qaira punya pasal .
“Ooo..kau pun tak balik yek . Best laa , lagi ramai lagi best ,”Qaira menjerit kesukaan bla dapat tau yang Qhairil pun tak balik . Kalau tak merana lah 3 bulan sebba tak boleh tengok muka Qhairil .Tapi bukan jerit betul-betul , jerit dalm kepala dia jer laa .
“Tapi kan boleh caya ke kau tak balik nih ? Lambat lagi summer holiday nih . Nanti kang tetiba ada yang beli tiket balik ,” duga Qhairil ,nak memastikan samaada Qaira betul-betul tak balik summer ni .
“Betul laa, tengok la nanti . Aku siap bet lagi dengan K.Sya and 3 stoogies tuh . Kalau aku kalah, aku kena belanja diorang . Kalau tak , diorang kena belanja aku . Mana boleh kalah bet tuh ,”budak Qaira ni memang pantang dicabar .
“Ooo…cam tuh ke? Aku pun nak join la cam nih .Sanggup ke ?”
“ Boleh jer..yeaaa…bestnye..ramai yang kena belanja aku …tak leh share tau .” kata Qaira bertepuk tangan , yakin je dia boleh menang .
“Ok ..set.”
Mereka melintasi padang untuk ke kawasan perumahan mereka . Yang lain sudah pun sampai keseberang padang sana . Taktau lau saada mereka berjalan laju , ataupun Qaira dan Qhairil yang  jalan perlahan . Tiba-tiba terdengar anjing menyalak . Qaira mula memandang sekeliling , dan merapatkan dirinya pada Qhairil . Qhairil yang sedar Qaira tiba-tiba diam melihat kea rah Qaira dan tersenyum saja melihat gelagat Qaira , penakut rupanya budak ni . Langkah Qaira semakin perlahan . Dia masih memandang sekeliling  mencari-cari dimana bunyi anjing menyalak tu , kalau kat kawasan rumah rang takpa la ,takut anjing liar . Bila mereka sampai ketengah padang  , kelihatan beberapa ekor anjing ditepi padang .
“Qhairil , kita lalu jalan lain laaa,” kata Qaira .
“ Alaaa… anjiing pun takut ke,” kata Qhairil .Dia baru saja nak sambung mengusik Qaira ,bila tiba-tiba dia rasa tangannya dipegang . Tak jadi dia nak mengusik , kasihan pulak tengok si Qaira nih yang tetiba Nampak panic , kedua-dua tangannya Qaira memegang erat tangan Qhairil .
“Qaira ,” panggil Qhairil lembut . Qaira tak berpaling , matanya memerhati anjing-anjing tadi .
“Qaira ,” panggil Qhairil sekali lagi ,baru lah Qaira berpaling kearah Qhairil . Nampak mukanya yang takut , tak sampai hati pula Qhairil melihatnya .
“Jangan takut , anjing tu tak kacau kita laa .” pujuk Qhairil  . Qaira masih diam .
“Qaira ,Qhairil ada ni .Jangan takut ok .”
“Kita lalu jalan lain lah ,”Qaira merayu .
“Ok…ok… kita lalu jalan lain ,”kata Qairil , menarik tangan Qaira rapat ke sisinya dan mula berjalan kearah hujung padang  , jauh dari anjing-anjing tadi . Mereka tak berkata apa-apa sehinggalah mereka keluar dari kawasan padang . Qaira berpaling ke belakang , dan mengeluh lega bila melihat anjing-anjing tadi tidak mengekori mereka .
Mereka diam saja sehingga sampai didepan pintu rumah Qaira . Kemudian Qaira tersedar yang tangannya masih memeluk tangan Qhairil . Segera dia melepakan tangan Qhairil , pipinya terasa panas  , nasib baik lah gelap , kalau ta mesti Nampak muka dia merah .
“ Ko nak singgah dulu ke?” tanya Qaira , akhirnya baru Qaira  bersuara  bila mereka sampai didepan pintu rumah Qaira . Dia tak pandang pun muka Qhairil , malu lagi dengan kejadian tadi . Qaira buat-buat sibuk mencari kunci rumah .
“Bunyi macam tak nak ajak jer..Patutnya buat lah air ke, apa ke .Aku dah jadi hero selamatkan kau hari ni .,” Qhairil cuba buat lawak ,dia tahu yang Qaira masih segan .
“ Ekelee…hero konon ,bukannya kau gi lawan anjing-anjing tu tadi ,”Qaira membalas .
“Ooo…tak kenang budi erk. Jari aku cam nak patah kau pegang tadi . Kalau aku takada tadi mau nanggis sesorang kat tengah padang tadi.”
“Yelah…yelah…En.Qhairil Ikwan . Terima kasiih sebab dah jadi hero selamatkan hamba yang kerdil ini daripada anjing-anjing tadi . Jasa mu akan ku kenang sehinggan hujung nyawa ok ,” akkhirnya Qaira turut gelak , menghilangkan rasa janggal Antara mereka .
“ Kasih diterima Cik Qaira  Aqira . Hehehe…rasa macam jawab akad nikah pulak ,” kata Qhairil , makin seronok pulak mengusik Qaira .
“Ishh…apahal Qhiril nih ,flirt aku ke ? Saja buat aku perasan ,” bisik hati Qaira  ,tapi sebab dia nak cover  dia mencubit lengan Qhairil . “Gatal ,” marah Qaira , sambil tergelak .
“Adoii.. kau nih , tak habis-habis nak cederakan aku  ,” kata Qhairil , padahal bukan sakit punsaja nak kenakan si Qaira ni .
“ Elehh..tadi kata hero , baru kena cubit sikit dah sakit .”
“It’s ok..kau punya pasal , sakit macam mana sekalipun aku sanggup .
“Qhairil ,” panggil Qaira .serius pulak suaranya. “Terima kasih erk,” ucap Qaira .
“Qhairil memandang Qaira , Nampak yang Qaira ikhlas mengucapkan terima kasih . Qhairil terkedu pula , hilang semua yang nak dikatakan tadi bila melihat senyuman di bibir Qaira . Manisnya uka dia . Menghadap muka Qaira sehari suntuk pun dia tak kisah .Lama mereka berpandangan .Qaira terpaku dengan renungan mata Qhairil .Qhairil pula bagai terpukau dengan wajah Qaira .Mereka tercegat didepan pintu rumah Qaira , tak tau berapa lama .
Tiba-tiba pintu ruma terbuka ,mengembalikan Qhairil dan Qaira dialam nyata .Kedua-duanya tersipu malu dan berpaling muka kearah pintu .
“Balik dah korang , ingatkn dah kena kidnap tadi .”kata Ikmal .
“Err..er..Aaaa…,”Qaira tak tau nak kata apa ,otak dia dah macam beku pula kena panahan  mata Qhairil tadi .
“Nih ..kenapa gagap-gagap nih ,ha…ni mesti ada apa-apa nih . Korang hilang kemana tadi erk?” Ikamal mula erasan yang ada sesuatu yang terjadi Antara Qaira dan Qhairil ,sebab Nampak lain macam je mereka berdua .
“Err..tak..err…kitorang lalu  jalan jauh tadi .Ada anjing ,Si Qaira ni takut ,”Qhairil pun tergagap-gagp nak bagi alasan .
“Ha’ah..ada anjing tadi . Korang la , jalan laju sangat , tak tunggu kitorang , takut la ..aku dengan Qhairil je tadi . Aku ajak la Qhairil lalu jalan lain ,” Qaira menyokong kata-kata Qhairil .
“ Yang korang tercegat lagi tu apasal , ta mau masuk ke?” tanya Ikmal , macam dia pulak tuan rumah .Qhairil dan Qaira masih tak berganjak bagai tersedar dari mimpi ,dan menikut Ikmal masuk ke dalam rumah . K.Sya ,Fitri ,Airil dan Adi sedang melepak diruang tamu sambil menonton tv .
“Nih ha..balik dah orang bercinta ,” kata Ikmal .
“Korang gi dating mana nih ? Berjanggut kitorang tunggu baru sampai ,” kata Adi .
“Korang la jalan laju sangat , tinggal kitorang ,” kata Qaira .
“Jalan laju apa nya, korang la jalan romantic sangat ,tak larat la kitorang nak tunggu .
“Kitorang dah lama sampai ha…Sya siap buat air lagi ni ,” Fitri menunjukkan mug ditangannya yang masih berasap ,berisi hot chocolate .
“Kitorang lalu jalan jauh tadi .Ada anjing, si Qaira ni takut ,” Qhairil memberi  alasan .
“Qaira , kenapa pipi merah menyala tuh . Sejuk sangat ke kat luar ? Tulah , siapa suruh duk kat luar lama-lama ,”Sya pun tumpang sekaki mengusik . Alamak !!! kantoi .Diorang nampak ke kitorang tercegat depan rumah tadi .
Qaira dah takada idea nak jawab , kalau tak laju je dia . Debar didada bertentang mata dengan Qhairil tadi belum hilang lagi , sekarang kena serang pulak denga bebudak nih . Kalau otak dia tengah celar boleh gak dia melawan ,nih dia pun blurr.
“Oit !!! dah la tu korang ,”Qhairil pun dah tak tau nak jawab apa ,jadi nak cover , dia marah balik diorang .
Qaira pun dah tak dapat jawab. Kalau tak laju je dia jawab balik .”Qaira rasa taka pa yang aku rasa tadi erk?” sempat lagi Qhairil fikir pasal tadi .
“Hehehe…ada orang marah kita kacau buah hati dia,” kata Airil .
“Yang korang tercegat je tuh kenapa? tak mau duduk ke? tak puas lagi dating yek ?” usik Fitri  bila melihat Qhairil dan Qaira still berdiri kat pintu ruang tamu .
“Err..aku nak naik atas jap erk ,” Qaira cuba melarikan diri ,sebab dia dah tak tau nak buat apa dah . Otak dia masih takleh nak proses apa yang terjadi tadi  , campur pulak dengan usikan bebudak nih .
“Ishh…Qaira nih , tinggal aku sorang kat bawah ., ngomel Qhairil sendiri bila Qaira berlari menaiki tangga ke atas . Dia dah boleh berlari kemana  , jadi dia tersengih-sengih saja macam kerang busuk ,usika-usikan bebudak tuh ,dia buat tak dengar .
Bila Qaira turun beberapa minit kemudian , mereka dah berhenti  mengusik  . Qaira sengaja duduk jauh dari Qhairil  , tapi pandangan mereka sempat bertemu .

Tanpa sebab mereka masing-masing tersenyum  , sebelum mengalih pandangan kearah lain .Mereka tak sedar yang Sya dan Adi perasan dengan kelakuan mereka  ,tapi didiamkan saja .

BAB 1 ASKLS

“Qaira ,apa yang hang duk melepak lagi tuh?tak mau pi kelas ke?”
Qaira yang tengah syok tengok kartun wonderpets berpaling kearah Nadia.
“Hehehe…aku malas laa… nak pegi…kau tolong amikkan notes untuk aku yerr….love you Nadia”
“Emmm…Kau tu memang laa…malas pegi kelas…aku  gak jadi kuli amik kau punya notes…lepas tu time exam kau pulak yang score lebih…mana adil macam ni…,”kata Nadia sekadar bergurau.Budak Qaira ni memang otak geliga.Kelas tak pegi ,tapi bila exam  tak pernah down dia punya result.Sebab tu aku jelouse sangat dengan  budak sorang ni.Qaira dan Nadia pelajar tahun dua kat University of Manchester Institute of Square & Technology , atau lebih dikenali sebagai UMIST.Qaira  ambik couse Electrical & Electronics Engineering manakala Nadia ambik couse Electronics Engineering.Walaupun couse lain-lain,tetpi dibawah department yang sama,jadi banyak kelas mereka yang sama.Nadia lebih tua dari Qaira ,sebab Qaira buat accelerated A level dulu,jadi jimat laa masa setahun
“Alaa…kau kan baik…okey…okey… aku masak hari ni…cakap jerr kau nak makan apa?”
“Emmm…lau macam tu…aku rasa nak makan asam pedas laa”.
“okey…K.Sya pun suka gak makan asam pedas”,sorang lagi housemate diorang  Sya,dalam tahun akhir Chemical Engineering. Walaupun paling tua antara mereka bertiga, Sya laa yang paling kecik.Mereka betiga menyewa rumah di Old Trafford ,10 minit saja dari UMIST,dengan bas.Kebanyakan pelajar Malaysia sewa rumah kat situ.Lagi murah dan selesa dari tinggal di Resident Hall yang disediakan oleh UMIST.Lagipun banyak kedai  makanan halal  di Old Trafford,senang nak beli makanan.
“K.Sya mana?”tanya Nadia.
“Dah pegi UMIST…biasa laa…best student.he…he…hee..,”jawab Qaira selamba.
“Haihh…dua-dua housemate aku ni best student,aku jugak la…cukup-cukup maka jerr,”fikir Nadia dalam hati.
Sya memang rajin,study aja kerja dia…Qaira pulak,nak kata rajin sagat study tak jugak,tapi dia bersyukur sebab mempunyai otak yang intelligent,senang aja nak faham apa yang dia belajar.lepas tu,ingatan pulak bagus .Nadia bukannya tak pandai  , kalau tak, macam mana dia boleh sambung study kat UK nih. Masalahnya ,dia tak serius .Dulu masa SPM duduk kat hostel,jadi waktu study teratur. Masa A Level Qaira dan Nadia  study kat Beardino School di Scotland .Disitu laa mereka mula kenal dan rapat ,sebab mereka berdua saja student dari Malaysia. Tapi bila masuk University,pelajaran Nadia mula merosot,kawan ramai di Manchester ,duduk pulak kat rumah sewa,taka da orang nak control.Tambahan pulak dia memang cantik,ramai peminat, bukan setakat orang Malaysia saja Mat Salleh  pun ada yang admirer kat dia.
Qaira ada juga nasihatkan dia ,tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telingan kiri. Qaira dah tak tahu nak buat macam mana. Takkan nak kurung anak orang dalam bilik pulak.Nadia dah besar panjang .Dia dah boleh fikir sendiri.
************************
Tak lama selepas  Nadia keluar ,Qaira naik ke bilik .Ada assignment yang perlu disiapkan.
“Yabedabeduuuuuuuuuuuuu!!!!”,jerit Qaira ,happy bila semua assignment dah siap . Suka benar budak nih menjerit.
“Ohmakkau!!!”menjerit Qaira sambil melompat-lompat kegelian bila handphone dalam poketnya vibrate.
“Hello!!!” jawab Qaira ,agak marah sebab tak pasal-pasal dia terkejut bila handphone dia vibrate tadi, nasib baik tak ada heart attack.
“Tak leh kuat lagi ke  cakap tuh?”perli suara disebelah sana.
“He…he…he…padan muka.Apasal?”
“Kat mane tuh?”
“Umah laa,kat mana tuh?”tanya Qaira pulak.
“UMIST ,biasalaa…pelajar contoh.Nak balik dah ni. Baru abis class.Sayang  masak apa ari nih..lapar laa.”
“Nak masak asam pedas laaa ari nih.”
“wauu..bestnya,dah lama tak makan asam pedas nih.”
“yang lain-lain nak join gak ke? lau tak ,nak masak lebih nih.”
“A’ah,diorang ada skali nih..semua dah kebulur,masak je la bebanyak.Kiteorang tolong abis kan”.
“Okies”.
Qaira keluar ke kedai  yang tak jauh dari rumahnya.Nasib baik laa…dekat,senang nak beli barang .Kedai tu milik orang Pakistan,jadi senang nak dapatkan bekalan  makanan yang halal.Beli ayam ,ikan dan daging pun kat situ.Buah-buahan pun banyak dan murah pulak tuh.

*****************************************
Sedang Qaira mengacau asam pedas kat atas dapur ,terdengar pintu umah dibuka dan suara orang berbual.
“Qaira ,dah siap masak belom?lapar nih,Ikram terus masuk kedapur,buat macam umah sendiri jerr”.
“Oit!!!,bukannya nak bagi salam dulu,”kata Qaira.
“Assalamualaikum Cik Qaira saying..Dah siap masak ke?”
“Waalaikumsalam abang Ikram.Nak siap dah ni,kau balik dengan Nadia ke?”tanya Qaira.
“Tak lah,jumpa Sya tadi on the way mai sini.”
“Abang Fit dengan Airil ada sekali ke?”Ikram,Fitri dan Airil ,pelajar tahun akhir ,tapi course lain-lain.Ikram couse Electronics Engineering,Fitri dengan Airil couse Mechanical Engineering.Semuanya di UMIST.Fitri senior Qaira dan Nadia masa A Level dulu,Ikram dan Airil buat A Level kat Bath.
Mereka bertiga duduk satu rumah,Ikram dan Fitri memang berkawan sejak kecil lagi.Qaira dah anggap mereka ni macam abang sendiri,rumah pun dekat jerr.Memang rapat laa..Qaira dengan diorang,terutama Ikram sebab satu kepala.Kalau ada problem ,kat diorang laa Qaira mengadu,selain K.Sya dan Nadia.
Mereka bertiga nie kadang-kadang over proactive dengan Qaira.Ada skali tu ,ada mamat mana tah kacau budak Qaira nih, siap dapat warning dari budak bertiga ni.Dengan Nadia diorang taka da laa proactive sangat ,maybe sebab Qaira paling muda kot ,perangai pun macam budak-budak.K.Sya lak dah ada buah hati  ,jadi tak ada laa mereka proactive sangat dengan K.Sya.
“Weii!!! Nak pegi main bowling tak malam ni?”tanya Ikram.
“Boleh gak ,lama dah tak main bowling .err…budak umah Qhairil kau tak ajak skali ke?Ramai-ramai lagi best.”tanya Qaira.Ikmal sengih jerr bila Qaira sebut nama Qhairil.Memang dia dah lama tahu yang Qaira suka kat Qhairil.Qaira minat kat Qhairil sejak A Level lagi.Dia kenal Qhairil melalui Fitri ,masa Nott’s Game di Notthingham University.Nott’s Game ni acara tahunan untuk pelajar –pelajar Malaysia di UK. Ada bola sepak, bola jarring,dan indoor games.Kiranya time ni laa student-student dari Malaysia berkumpul.Qhairil ni junior Fitri masa sekolah menengah dulu.
“Eleh!!! padahal nakajak Qhairil jerr.”usik Ikram.
“uihh!!! kena la cover sket .kau nih , kan obvious  sangat kalau aku ajak Qhairil sorang jer.Malu laa”.Jawab Qaira selamba.
“Banyak lah cekadak kaukau . niah dah masak ke belom?Aku dah lapar gila nih.”
“Dah siaplaa nih.Kau makanlah dulu .Ajak bebudak tuh semmua makan .Aku nak naik sembahyang kejap. Nanti aku call Qhairil dia nak join ke tak..he…he….he…
Qaira ke  ruang tamu .Fitri dan Airil sedang berbaring menonton tv.Rumah Qaira dah jadi rumah nombor dua diorang .Lebih tepat lagi,dapur nombor dua diorang , sebab K.Sya dan Qaira rajim memasak.Duit dapur budak-budak umah Ikram bagi kat Qaira , sebab diorang selalu makan kat situ .
“Abang Fit , Airil  , makan . K.Sya mana?”
“Dia kata tadi nak naik sembahyang.”
“Ooo…ok , gi ambik makanan kat dapur  ,Ikmal perabih tu kang , he…he…he…aku pun nak naik sembahyang jap yek .”
Selepas  sembahyang maghrib , Qaira masuk ke bilik K.Sya . Takde ketuk  pintu pun ,buat cam bilik sendiri jerr.K.Sya sedang melipat tudung diatas katil , Qaira melompat keatas katil Sya .
“K.Sya , join tak main bowling ?”
“ofcouselaa… join . Dah lama tak enjoy nih.” jawab Sya .
“Qaira nak ajak budak-budak umah Qhairil skali laa…ramai-ramai lagi best  kan.”
“Eleh..macam laa..kita tak tau yang dia nak ajak Qhairil ,”ejek Sya.
Sehari klau tak sebut nama Qhairil memnag tak senang budak Qaira nih.memang angau tahap kronik.Tapi kat umah jerr laa,kalau kat luar baik punya dia cover . Memang  Qaira dan Qhairil ada digossipkan ,masa tahun pertama dulu . Sekrang gossip tuh da kurang .Mula-mula tuh memang Qaira hairan gak , macam mana laa..bleh timbul gossip tuh ,sebab K.Sya dan Nadia tak pecahkan  rahsia pun . Budak-budah umah Ikmal tau pun lepas gossip tu keluar . Nak kata ada orang perasan dia selalu curi-curi pandang Qhairil , dia rasa naik punya cover. Sampai sekarang dia tak taw macam mana gossip tuh bleh timbul , sampai kawan dia kat Birmingham pun taw . Masa tengah hangat gossip tuh ,memang segan laa nak jumpa dengan Qhairil , nak cakap dengan Qhairil pun muka merah gila dah . tapi mamat tuh kuat gak blashing dia ,telinga siap naik merah lagi lau kena usik . Sekarang ni kawan-kawan rapat jerr yang still usik lagi dia dengan Qhairil . Dia pun dah baik dengan Qhairil , sebagai kawan laa. Dengan budak-budak umah Qhairil yang lain pun dia baik gak . Semakin lama dia kenal Qhairil semakin bertambah suka  pada Qhairil .
“He…he…he…baru best nak main lau sumber inspirasi ada .Lagipun , ari nih blom jumpa di lagi , sebab kita tak gi UMIST tadi …tak tahan ,kangen banget sih,” kata Qaira dalm loghat Indonesia .
“Yelaa…kita punya inspirasi duk jauh , dia depan mata jerr.Hah!!! sapa suruh tak gi class ari nih , monteng jer keje dia ,”kata Sya .
“ He…he…he…alahh..Qhairil class pagi ari nih , Qaira  class petang , tak bleh jumpa gak  ,”
Qaira memang dah hafal jadual Qhairil ,tahun dua Mechanical Engineering .
“Eleh , sumber inspirasi jauh konon .Cam la jauh pun Leeds tuh . Dah laa tiap –tiap ari bergayut telefon . Pas tuh slalu lak tuh orang Leeds turun Manchaster ,tak pun orang Manchester  tu rajin jerr naik gi Leeds ,” sakat Qaira pulak . Boyfriend Sya study kat Leeds.
“Biasalaa..hidup bercouple..haa..ha..ha..Qaira tu , cepat la tackle Qhairil . Nak tunggu sampai bila?”
“Erk…apa cakap kita nak coule dengan dia . Kita just suka jerr kat dia , buat ape nak tackle,”dalih Qaira .
Sya tau pendirian Qaira ,dia takkan mulakan langkah pertama .Nampak jerr selamba da happy go lucky budak nih, tapi pemalu sebenarnya .
“Ikut  suka Qaira laa…nanti kalau ada orang lain tackle Qhairil tu baru gigit jari ,”gertak Sya.
“Alaa…kita tak nak tackle dia ,tapi kita tak nak orang lain tackle dia ,”Qaira tak dapat bayangkan kalau Qhairil ada awek lain , mesti sedih gila.
“Laa..abis tuh takkan dia nak single sampai bebila .Dah la..Qaira masak apa? Cam best jerr bau nih ,”Sya tukar topic bila Nampak muka Qaira sedih semacam dah .
“Asam pedas  , gi la makan dulu dengan bebudak tu. Kita nak call Qhairil  dengan Nadia jap ,”Qira bangun dari katil Sya .
“Aik? kat bawah tak leh nak call ke?”
“Tak mau laa . Nanti korang usik .He…he…he…Yeaa…nak cal Qhairil . Dah 18 jam tak dengar suara dia nih . Tak tahan  dah rindu ,hehehe ,”kata Qaira sambil gelak . Belakang berani la cakap dik , bila usik kat depan mula laa muka cam ketam  kena bakar , bisik Sya dalam hati .
Qaira masuk ke bili dan mencapai  handphone . Dia mendail nombor handphone Qhairil yang memang dia hafal . Memang segala tentang Qhairil dia dah hafal .Jantung dup dap dup dap .Padahal macam tak biasa dia call Qhairil . Tapi setiap kali dia cal memang cam tu gak .
“Hello,”jawab Qhairil lepas satu deringan saja .
“Hello , cepatnya kau jawab.Bertapa kat handphone ke?”
“Laa…aku dah taw kau nak call  aku kana da psikik power ,” jawab Qhairil .
“He…he…he…sebab kau da ada psiki k power ,takyah laa aku cakap reason aku call kau . Mesti kau da taw kan?”
“Alamak Qaira , telephatic line tak clear laa.Jadik kau kena asik taw gak laa kat aku . Lain kali laa aku tunjuk power psikik aku kat kau .”
“Eleh , weiii…bowling jom ,”kata Qaira ,straight to the point .
“Bila?”
“Jap lagi ,dalam kol 8 lebih nak gerak . Jom laa ,ajak Adi dengan Ayie .”
“Ayie takde ,gi Lanchester .Nanti aku try tanya Adi .Sapa lagi yang join?”
“Aku ,Kak Sya ngan 3 stoogies,” jawab Qaira ,dia yang bagi nama untuk Ikmal ,Fitri dan Airil 3 stoogies .
“Kau nih ,takleh berpisah ngan bodyguard kau 3 ornag tuh . Bila aku nak berdua jerr ngan kau nih,”cair jap Qaira bila dengar Qhairil kata begitu .,tapi dia just anggap yang Qhairil bergurau je .
“ Kau nih , tak romantic langsung ajak aku dating kat tempat bowling jerk .Ajak laa aku dating kat panggung wayang  ke , Hard Rock cafĂ© ke , takpun koman-koman ajak la aku gi jejalan kat Trafford Center  ,baru laa aku nak dating ngan kau ,”balas Qaira gelak .
 Dia memang  suka gelak . Qhairil , kalau kau ajak aku dating kat kedai Kashmir pun aku ikut ,bisik Qaira dalam hati je laa.
“Okeylaa..nanti kita gi dating tengok wayang kat  Square yek  Cik Qaira . Best sket tengok wayang berdua ,dah la gelap dalam cinema ,”balas Qhairil .
“Cis , gatal . So , kau nak join tak nih?”
“Nak gatal sikit pon tak boleh .he…he…he.Nak laa …bosan gak nih tak tau nak wat apa .Tak larat aku nak ngadap muka Adi  je memanjang .”
“Kalau kau nak makan , datang la awal sket ,aku masak banyak ari nih ,”pelawa Qaira .
“Kau masak apa ari nih?”
“Asam pedas ngan nasi putih je.”
“Uihh..best nih. Aku blom makan lagi nih . Lagi 5 saat aku sampai. Tunggu aku kat depan pintu yek .”
”Okies!!! I’ll be waiting for you…hehehe,” gelak mereka sama -sama .
Kemudian Qaira mendail nombor handphone Nadia .
“ Hello.”
“Hello ,Nadia ,kau nak join tak bebudak nih main bowling?” Blaik la cepat sket .Aku dah masak asam pedas special kat kau nih ,” satu nafas je Qaira bercakap .
“Hmmm….malas laa..aku ada kat umah Auni nih .Aku tidor kat sini malam nih “
“Oklaa ,”Qaira meletak handphone ,dan turun kebawah .

Auni tinggal di Cheetham Hill , satu lagi penempatan pelajar Malaysia , kalau dari Old Trafford kena bertukar bas kat bandar untuk kesana .Nadia selalu lepak rumah Auni kat sana . Qaira pun kenal dengan Auni  dan kawan-kawannya , tapi tak ada laa rapat sangat  .Nadia sejak akhir-akhir ni rapat dengan Auni .Memang laa Auni tu happening sikit , sebab tu laa Nadia suka berkawan dengan dia kot . Qaira memang laa happy go lucky ,tapi kurang sikit bersosial ,lagi suka duk kat rumah .Takpun , melepak dengan budak-budak umah Ikmal.Budak-budak umah Ikmal pun memang suka lepak kat umah ,kadang-kadang je keluar main bowling atau tengok wayang takpun main snooker bila hujung minggu . Kalau tak ,selalunya mereka berkumpul tengok tv , main gitar , atau main kad ,samaada kat umah Qaira atau Ikmal . Qhairil dan Adi pun selalu gak lepak kat umah Ikmal .Ayie jarang ada kat umah hujung minggu , sebab family dia ada kat Lanchester ,jadi dia selalu ke sana .

For the starting

Assalamualaikum uollz..hye..actually this is second blog for this novel...first blog ayrin dah lupe email n password..so, 100% cannot buka la blog tu.So , ayrin dah cri altenative lain , then ayrin buka blog lain .So 100% ayrin kena type balik start dri Bab 1 balik...tp nasib baik la ayrin ade buat salinan ..so , xyah la menaip bebanyak sngt...

        OKIES ..special for upllz.. ayrin persembahkan the first novel from ayrin ..."AKU SUKA KAU LA ...SENGAL!!!
   Ayrin hope uollzz like it..

Byee..