banner

banner

Sunday, 5 October 2014

BAB 10 ASKLS

“Ding Dong!!!” Doorbell rumah Qhairil berbunyi .
“Ha…Tu Iqram dah sampai kot ,” kata Ayie .
“Oit !!! Korang tak nak pergi ke? Kalau tak nak pergi  pun , tolong la buka pintu tu dulu ,” Kata Adi , bila melihat Qaira dan Qhairil masih tercegat dekat pintu .
“Sayang… lepaslah tangan , nak buka pintu nih ,” kata Qhairil . Qaira baru tersedar yang dia belum lepaskan tangan Qhairil .Alamak, abis lah, semua orang tengok tadi dia pegang tangan Qhairil .
Eh..kejap, Qhairil panggil aku saying tadi. Aduh !!! Teruk lah kena dengan bebudak nih .Ni semua Qhairil punya pasal lah , suka sangat menyakat .Dia tak tahu yang aku nih bagai nak gila suka kat dia .Dia boleh buat- buat main jerk panggil aku sayang

Qhairil membuka pintu sebaik saja Qaira melepaskan tangannya .
“Yo geng .Sory lambat .Tunggu Aril lama sangat melabur tadi dalam toilet “ Kata Iqram .
“Weii…aku lak yang kena , kau yang lambat tadi , “ balas Aril , tidak simpan dalam hati pun dengan kata-kata Iqram .
“Jom lah pergi ,” Kata Fitri .
Iqram , Fitri dan Aril menunggu rakan –rakan lain memakai jaket  dan kasut .Qaira yang belum menanggalkan kasut tadi siap dulu dan keluar menunggu diluar bersama budak – budak rumah Iqram .
“Asal muka kau merah gila Qaira ?” Tanya Aril .
“Erk!!!” Qaira memegang pipinya ,panas .
“Kau kena buli dengan bebudah nih ke tadi ? Weh !!! Korang buli adik aku yek ,” Tanya Iqram .
“Apa lak kitorang yang buli .Kau Tanya Qhairil la apa yang dia buat kat Qaira tadi ,” jawan Nadia .
Qhairil tersengih  ,”ti makan dulu ,” that’s for us to know and for you guys to find out.”
“Weh … Jom lah korang , nanti lambat lak .Dah la nak pergi makan dulu ,” Qaira menyampuk sebelum sempat Qhairil mengarut lagi . Nanti jadi lagi panjang cerita , dia gak yang kena .

Mereka pun pergi menunggu bas untuk ke pusat Bandar Manchester .Tak sampai 10 minit menunggu , bas nombor 86 tiba . Selepas menunjukkan pass bas masing – masing  kepada diver bas , mereka terus naik ke tingkat atas , sebab kat bawah dah penuh orang .Sampai di Piccadilly bus station , perhentian bas , mereka turun berjalan kaki ke McDonald , yang terletak di Arndale .
“Qaira nak apa ?” Tanya Sya yang beratur didepan Qaira .
“Emmm…Nak  fillet o’fish  nye meal la ,” jawab Qaira .Kalau makan kat McD antara fillet o’fish dan veggie burger saja pilihan yang ada , yang lain tak boleh makan . Kalau nak makan burger ayam atau daging  banyak lagi kedai makanan segera yang halal ada di Manchester .
Qaira menghulurkan note 5 pound pada Sya .
“Takapa lah , K.Sya belanja la ari nih ,” kata Sya .
“Ye…Ye…thanks K.Saya .”
Selepas mendapatkan makanan masing-masing , mereka mencari tempat kosong untuk makan . Disebabkan tak muat satu meja , mereka pun  ‘booking ‘ la dua meja sebelah menyebelah . Masing-masing kusyuk makan ,tak sempat nak berborak .