Assalamulaiku uolls ...Ya Allah ..bersepahnye aq punye belok nih...almaklumlaa..bz sesangat..nk update pon xde mase.Skunk ni ok sket sebab baru abis LI. nk ckap pasal dunia study nih sampai esk pom belom tentu abis, dah tu bile mse pulak aq nk update ASKLS nih.HEHEHEH....orite aq nk update ASKLS ni dulu, jap lg aq story kat uollz pasal aq LI kt TNB Seremban baru2 nih ...ok ..
"Qhairil , nak sket aiskrim tu ," dengan tak malunya Qaira minta aiskrim sundae dengan Qhairil .Alahh , kalau malu memang tak dapat la .
"Nah ! " Qhairil menyuakan sudu berisi aiskrim ke mulut Qaira , tanpa berfkir panjang Qaira telan je Aiskrim tu. Bila dia perasan Qhairil senyum je tengok dia , barulah Qaira tersedar dengan perbuatan dia tadi .Ya Allah ...malunya .Macam manalah denan selambernya dia boleh makan bila Qhairil suap.Macam couple la pulak ,hahaah,feeling kejap .
"Abis comot ," Kata Qhairil , dengan selamber dia lap sisa aiskrim yang ada di mulut Qaira dengan jarinya .Terkejut gileer Qaira dibuatnya .
"Kata kat aku , kau pon sama , makan comot , eheheh" gelak Qhaira , cuba menghilangkan debaran di dada .
"Ye ke ?" tanya Qhairil lalu mengambil tisu mengelap mulutnya .
"Ada lagi laa ," kata Qaira .
" Mana ?" tanya Qhairil balik Kali ni Qaira pulak yang mengambil tisu di tangan Qhairil dan mengelap aiskrim di dagu Qhairil .
"Ya Allah bahagianya hari nih ," bisik Qhairil dalam hati .
Sya yang perasan gelagat Qhairil dan Qaira tersenyum sendiri , tapi dia tak tegur pon .Biarlah diorang berdua .Budak-budak lain yang duduk meja lagi satu tak sedar . Nadia dan Aril yang duduk semeja pun tak sedar sebab tengah syok menyembang .
"Weii ...Sya , awat hang senyum sesorang nih ?" tegur Iqram , terperan yang Sya senyum sesorang .
"Ha?" Takde ape la...saja je ," jawab Sya ,bila pertanyaan Iqram menyebabkan semua memandang kearahnya .
"Ha...ni mesti teringat kat boyfriend dia la tu ?" usik Qaira .Hampeh punya budak , aku bukan main lagi tak usik dia dengan Qhairil tadi , alih-alih dia pulak pekena aku balik , ngomel Sya sendiri .
"Lama tak nampak bf kau Sya ?" Tanya Aril pulak . Diorang bukan kenal sangat dengan Rezzuan , tapi pernah lah jumpa kalau si Rezzuan turun Manchester berjumpa dengan Sya .
"Dia sibuk sekarang ni , aku pon da lama gak tak gi kat dia ,"
"Tak rindu ke ?" Usik Fitri , mentang -mentang la buah hati dia belajar kat Manchester jugak , senang nak jumpa , universiti je yang lain .
"Tak rindu apanya ...bergayut je memanjang ," kata Qaira ,sengaja mengenakan Sya , padahal bukan selalu pun bergayut , seminggu sekali je pun , cuma akhir-akhir ni je jarang da bergayut .
"Biasala , nama pun bf kan .Tak macam orang tu ,dah ada depan mata tp still tak nak mengaku ," Sya membalas pula , menyindir Qaira.
"Ye ke ?" Sapa tuh ? Weii... dah lambat nih , jom la kita gerak gi panggung ,"kata Qaira ,cepat-cepat dia tukar topik bila dia dapat tangkap yang Sya nak kenakan dia balik .
"Ha...pandai dia , tau pun takut ," gelak Sya , tapi dia tak memanjangkan cerita , tak apa lain hari ada lagi .
Mereka pun berjalan menuju ke iMAX mall yang terletak di hadapan Arndale .Sampai di kaunter tiket , Adi mengutip student card dan duit tiket .Adi dan Qhairil yang yang beratur membeli tiket , yang lain tunggu kat tepi sambil selfie dan melihat poster-poster movie.Selesai membeli tiket , mereka menaiki escalator untuk ketingkat 5 .Sambil tu sempat diorang membahagikan tiket dan student card masing-masing .
"Ni kau punya Qaira ,"Qhairil menghulurkan tiket dan student card Qaira .
"Aik , apasal bagi balik duit , tak ada tukar ke ?" tanya Qaira , bila duitnya dipulangkan balik .
"Tak apa lah , aku belanja kau hari ni ," jawab Qhairil .
"EErkk...takpe ke nih , dah la kau dah bagi aku present , sekarang ni belanja aku wayang lagi ," kata Qaira serba salah pula .
"Petang tadi kan kau suruh aku belanja ," kata Qhairil .
"Alaa...tu aku main-main je laa."
"Takpe , lain kali kau belanja aku pulak ." kata Qhairil memujuk .
" Hmmm... ok lah , aku belanja kau popcorn ngan air yerk ."
"Ok , tapi kita share lah ,tak abis kang .Baru je lepas makan tadi .
"Ok."
ok uollz...just for today...iollz da mals nak type,manuscript dah ade..just malas nk type kat blog nih...oh ye..td i janji nak story pasal i punye LI kn...tp asenye skunk ni malas dah...tengok la mlm ni ke...i update yerk...bye..