Didalam bilik Qaira asyik membelek-belek album gambar , nak cari gambar
Qhairil yang boleh dia letak dalam loket tu . Susah betul nak pilih , sebab
smua handsem, pada pandangan mata Qaira la .Akhirnya dia mengambil gambar masa
raya tahun lepas .Sayang juga nak potong , tapi nanti boleh cuci yang lain ,
tak apa . Gambar dia sendiri pon dia ambik gambar yang sama . Sebab tu gambar
diorang sambut raya beramai-ramai masa hari raya tahun lepas . Lagipun masa tu
, Qaira dan Qhairil memakai baju warna sama .
Selepas sembahyang maghrib ,Qaira
turun ke ruang tamu , menunggu housematenya yang lain bersiap . Dia duduk di
sofa , tangannya bermain-main dengan loket dileher , sambil tersenyum .
“Weii…Angau yerk !” sergah Nadia .
“Hehehe…biasa lah,” jawab Qaira .
Qaira membuka loket , menunjukkan gambar dia dengan Qhairil dalam loket
tu .
“Amboi…tunjuk kat Qhairil best gak nih ,” usik Nadia .
“Ha…ko jangan nak memandai cakap kat dia .”
“Korang … jom lah pergi ,” Sya yang sedang menyarung baju sejuk masuk
keruang tamu .
“K.Sya , tengok nih , Qaira dah ciap letak gambar dia dengan Qhairil dah
dalam loket ,”kata Nadia .
Sya hanya tersenyum sahaja melihat gambar tuh .Macam-macam lah budak
sorang nih .
Mereka berjalan menuju ke rumah Qhairil .Sampai disana , Qhairil yang
membuka pintu .
Ikram , Fitri dan Airil belom sampai lagi , jadi mereka masuk dulu
menunggu didalam .
“Kata nak suruh aku pakaikan rantai ,” Kata Qhairil pada Qaira yang sedang menggantungkan jaket
nya . Sya dan Nadia dah masuk ke ruang tamu masa tu .
“Hehehe…aku tak confident la ko pandai pakaikan ke tak ,” jawab Qaira , tak sangka pulak yang
Qhairil masih mengingati kata-katanya didalam telefon tadi .
“Aku pandai la, tak caya erk , meh sini ,” Kata Qhairil , tangannya
mencapai rantai dileher Qaira , kononnya nak bukak laa .
“Takyah la, aku dah pakai elok-elok dah ,”Kata Qaira ,memegang tangan
Qhairil ,menghalangnya dari memegang rantai tu . Muka Qaira dah mu merah
.Qhairil pula tersenyum nakal , seronok mengusik Qaira .
“Tadi kau jugak yang suruh aku tolong pakaikan .Aku tak nak la mungkir
janji ,” balas Qhairil ,tangan kirinya pula cuba memegang rantai dileher Qaira
, sebab tangan kanannya dipegang oleh Qaira .
“Qhairil … .” Qaira menghalang sebelah lagi tangan Qhairil .Dia nak
larikan diri ke ruang tamu tak boleh , sebab Qhairil menghalang laluan .
“Weii…korang ni dah takde tempat lain ke nak bercinta erk…kat koridor ni
jugak korang bercinta cintun, Ayie yang turun dari tangga tersengih melihat
Qaira dan Qhairil .
“Ha?” Tanya Qhairil dan Qaira serentak , baru tersedar dengan kehadiran
Ayie .
“Kenapa ni?” Tanya Adi , muncul dipintu ruang tamu diikuti oleh Nadia
dan K.Sya .Semua mata memandang kearah Qaira dan Qhairil .