banner

banner

Sunday, 8 June 2014

BAB 6 ASKLS

Nott’s Game Day…
Mereka semua bertolak ke Nottingham dengan menaiki bas yang telah disewa khas oleh UMIST mereka .Tak sampai 2 jam pun perjalanan ke Nottingham  .Tak semua pergi dengan bas ,ada jugak yang pergi sendiri .Kedua-dua team bola sepak pergi dengan bas ,jadi kecohlah suasana dalam bas .Qaira yang duduk dengan Nadia senyap aje , sekadar tergelak bila tengok gelagat budak-budak nih . Sya duduk dengan Lynn .Tak ramai sangat perempuan ,sebab kat UMIST memang tak ramai budak perempuan . Pukul 8.30 pagi diorang dah sampai kat Nottingham  university .Dh ramai pun orang kat sana .
Bukan ramai pun yang terlibat denga sukan ,diorang datang just untuk bagi sokongan . Ada juga yang menggunakan peluang ini  untuk berjumpa dengan kawan-kawan dari seluruh UK dan Ireland .Meriah betul , macam funfair aje .
Selepas mendaftar , team volleyball pun pergi ke tempat volleyball game bakal berlangsung .
Semua game kecuali bola sepak diadakan ‘indoor’ .
“Good luck Qaira ,” sempat lagi Qhairil berpesan sebelum berpisah .Nih semangat ,orang tersayang bagi kata-kata  semangat .
“Good luck to you too ,” balas Qaira .
Perlawanan berlangsung tak lama selepas tu . Game nih guna kalah mati . Setiap perlawanan diorang hanya bermain satu set aje . Kalau nak bermain full set , maknanya pengsan lah kitorang ,sebab kalau menang ,kena lawan dengan pasukan seterusnya pulak .Rehat sekejap je .tak disangkan team mereka dapat mara ke peringkat suku akhir .Boleh tahan juga . Tapi tak hairan laaa , sebab Fitri  , Luqman dengan Fadhil  dulu main utuk wakil sekolah .Qaira setakat nak main Antara rumah sukan je boleh lah  masa zaman sekolah dulu .
Masa suku akhir , lawan denga team UCL ,tangan Qaira terseliuh ,akiat terkena spike dari team lawan .Dia yang silap skill  masa nak sambut bola tu . Sakit sangat masa kena tu , tapi dia diamkan aje .Sebab diorang dah pun hampir menang .Terpaksalah dia tahan sakit ampai habis game .Nasib baik diorang menang ,dapat mara ke separuh akhir .
Sementara menunggu perlawanan separuh akhir ,diorang berehat sekejap  .Qaira senyap je , sebab tangan dia masih sakit . Entah kenapa ,nasib Qaira memang tak baik hari nih .Masa dia bangun nak pergi beli air , kaki dia tersadung dengan tali bag  diatas lantai . Apalagi jatuh macam nangka busuk . Tangan dia yang dah sedia sakit ,jadi bertambah sakit apabila tangannya terlipat bawah badan dia .Rasa mcam nak tercabut je sendi ,punya la sakit .Kalau tak ramai orang kat situ ..mau nya dia menangis jugak .
“Qaira , Qaira ok ke ?” tnya Fitri . Cis!!! Tangan aku rasa nak tercabut  ,dia boleh tnya ok ke tak .Tapi diorang tak tauu tangan aku memang dah sakit .
Qaira duduk sambil memegang tangan kanannya . “Sakit tangan laa, “ jawab Qaira .
“Meh…K.Lynn tengok  tangan tuh ,” kata Lynn . Dia memang pandai mengurut . Qaira menyinsing lengan bajunya .
“ Weh..lebam tangan kau ? Takkan baru jatuh terus lebam kot ,” terkejut yang lain tengok tangan Qaira dah biru campur merah sebab lebam dari pergelangan tangan  hingga ke siku .
“Uihh…Teruk nih ,” kata Lynn memegang lengan Qaira .
“Arghh!!! K.Lynn jangan tekan kuat sangat ,sakit lah ,” terjerit Qaira bila Lynn memegang lengannya .
“Macam mana boleh jadi nih ?” tanya Fitri .
“Rasanya terseliuh kena spike masa lawan UCL tadi ,”
“ Kau tak leh main dah macam nih . Suruh Nadia ganti ,” arah Fitri ,sebagai ketua pasukan .
“Nadia mana?” tanya Adi .
“Tadi dia kata nak gi tengok bola sepak ,” jawab Qaira .
“Nanti aku call dia suruh ganti Qaira ,” Fitri mengambil handphone nya dan call Nadia .
Panggilan tak berjawab .
“Budak nih tak angkat call pulak ,” kata Fitri ,bila tiga kali dia call masih tak diangkat .
“Try call budak-budak bola  ,kot-kot diorang Nampak Nadia ,” Adi memberi cadangan .
Fitri menelefon Ikmal ,juga tiada jawapan .Ada game kot .Dia call Airil pula , sebab diorang team lain-lain .Nasib baik Airil angkat call.
“Weh!!! Nadia ada situ tak?’
“Tadi ada , dia kata nak gi town dengan geng-geng Auni .”
“Laa…gi town tak cakap dengan kitorang .macam mana nih .”
“Kenapa ?”
“Qaira injured ,kitorang nak main untuk semi final dah jap lagi nih .” kata Fitri .
“Qaira injured ?Injured camna ?”
“ Tangan dia terseliuh .Teruk gak lah .Biru tangan dia . Nak gerak pun tak boleh ,kalau pegang lagi la ,menjerit-jerit ,” lebih-lebih pulak si Fitri nih .
“Habis tu ,takda orang ke nak ganti ?”
“Mana ada budak bola jarring ada game lagi .Mana ada budak perempuan lain dah ,” jawab Fitri .
“Dah tu korang nak wat macam man ?”
“Kena Tarik diri lah jawabnya . Klau tak cukuo dua orang perempuan damalm court kira disqualified .Kau dah habis game belom ?”
“Kitorang dah kalah .Tapi team Ikmal tengah main quarter  final sekarang .”
“ Takpe lah . Tapi kalau kau Nampak Nadia ,kot-kot dia tak jadi gi town ,kau suruh dia mai sini terus tau ,” pesan Fitri .
“Ok,”
Sebaik saja Airil memutuskan talian ,Qhairil yang berdiri di sebelahnya terus bertanya  .
“Qaira injure ke?”tanya Qhairil ,sempat lagi curi dengar tadi ,bila sebut nama Qaira disebut .
“Ha’ah , tangan dia terseliuh .Teruk gak Fitri kata ,” jawab Airil ,tak sedar dah muka Qhairil dah mula bimbang .Biasa la , buah hati sakit ,mesti susah hati .Airil yang sedang menonton perlawanan bola Antara UMIST dengan Southamtom Univercity  tak menyedari yang Qhairil disebelah resah semacam . Tak concentrate dah tengok perlawanan .
“Airil , aku nak masuk dalam la ,” kata Qhairil ,5 minit selepas tu .
“ Kau nak gi kat bebudak volleyball ke?” taya Airil .
“Err… aku nak gi toilet sat , pastu nak g jenguk Ayie kat snooker jap , dengan bebudak volleyball skali ,” Qhairil memberi alasan ,padahal nak gi tengok Qaira yang cedera .
Bila Qhairil sampai kat volleyball court ,dia tengok  perlawanan semi final dah pun bermula .Qaira pun turut berada dalam court  .
“Aik!!! Kata injured ,apasal main gak ,”fikir Qhairil sendiri . Dia pergi kearah Luqman dan Fadhil  yang berada di tepi gelanggang menyokong pasukan mereka .
“Man ,kata Qaira injured ?” taka da bagi salam ke dulu ,Qhairil terus tanya pasal Qaira .
“Ha’ah , tangan dia terseliuh ,” jawab Luqman .
“Habis tuh, apasal dia main gak?”
“ Fitri suggest diorang tarik diri , tapi Qaira tak nak . Dia kata rugi la , sebab diorang dah masuk semi final . Lagipun dia just jadi dummy je dalam court tu .Kau tengok la sendiri . Kalau bola datang kat dia ,orang lain tolong ambikkan .Qaira punya idea  la tuh .”
“Teruk ke tangan dia ?”
“Teruk …Biru tangan dia , lebam .Bengkak lak tuh .”
Qhairil memerhatikan Qaira dalam court , memang Qaira tak sambut pun bola  .Pasukan mereka dah ketinggalan  . Selepas berhempas pulas , mereka Berjaya merampas servis  . Tapi , tiba gilian Qaira untuk serve ,ahli yang lain seperti tak membenarkan Qaira serve . Namun Qaira berdegil . Lagipun tangan kananya yang sakit ,dia serve menggunakan tangan kiri .
Tapi masa nak serve ,tangan kanan masih diperlukan untuk memegang bola  . Qhairil yang ‘cocentrate’ tengok Qaira ,perasan yang Qaira menahan sakit .Dia rasa macam nak masuk je court hentikan perlawanan .Degil betul budak nih ,dah la sakit nak main lagi .Qaira pula , tengah menahan sakit lepas dia serve tadi ,dia tak sedar bola menghala kearah dia  . Fadhil yang berdekatan cuba menyambut bola ,sebelum kena Qaira ,tapi dia pula tak sengaja terlanggar  tangan Qaira .
“ Aduh!!!”Qaira terduduk , mata dia dah berair tahan sakit .Permainan dihentikan .Qhairil ,Luqman dan Fdhil turut menyerbu ke gelanggang .Qhairil menolak Adi ketepi untuk duduk disisi Qaira .
“Dah la tuh ,jangan main lagi lah ,” marah Qhairil ,tak tau kepada siapa . Tak sanggup dah tengok muka Qaira yang comel tu berkerut menahan sakit .
“Tapi…”
“Betul kata Ril tu Qaira . Kita Tarik diri je lah . Lagipun kita memang dah ketinggalan pun,” Fitri menyokong Qhairil .
“Apasal nih? Eh !!! Qaira ,kenapa nih ?” tiba-tiba saja Sya muncul . Dia baru je habis main scrabble .
“Qaira injured .”
“Eh!!! K.Sya dah habis scrabble erk . Ha…K.Sya la ganti Qaira  ,” sempat lagi Qaira bagi cadangan dalam sakit-sakit tu .
“Ha? Ganti apa?”
“Sya ,kau ganti Qaira main ,” Fitri menerangkan pada Sya yang masih terpinga-pinga .
“Erk , Nadia mana ?”
“Nanti lah citer . Lagipun baik kau ganti daripada Nadia . Dia langsung tak practice ,at least kau selalu main dengan kitorang ,”Fadhil bersetuju dengan cadangan tu .
Permainan disambungkan semula .Sya menggantikan tempat Qaira .Qaira dibawa ketepi gelanggang .”Apasal kau pergi main gak dah injured pun . Kan dah jadi teruk nih ,” Qhairil memarahi Qaira . Belum sempat duduk dah kena marah .
“Game kau dah habis ke Ril ?” tanya Qaira ,menukar topic .
“Dah ,” jawab Qhairil sepatah ,mengambil tempat disisi Qaira .”Tengok tangan kau ,” perintah Qhairil .Qaira menyinsing lengan bajunya perlahan-lahan ,sesekali mengerut muka bila tersentuh lengannya yang dah mula bengkak .
“Ya Allah ,teruknya .Apasal kau pegi main gak teruk camnih ,” Qhairil kembali marah .Bukan niat dia nak marah pada Qaira ,tapi dia terkejut tengok lengan Qaira yang putih tu dah jadi biru .
“Alaa..Ril,aku tengah sakit nih kau marah-marah pulak ,” bunyi macam merajuk dah suara Qaira .
“Dah letak ubat belom ?” Qhairil melembutkan suaranya .
“Tadi K.Lynn dah sapu ubat sebelum game start .”
“ Hmm..tunggu jap erk ,” Qhairil tiba-tiba bangun . “Man ,tolong tengok-tengokan si Qaira jap,” sempat lagi Qhairil berpesan sebelum berlalu . Ishh…ingat aku nih budak –budak kecik ke nak kena jaga . Dia nak gi mana pulak , baru nak bermanja-manja sikit , dia tinggalkan aku pulak . Sempat lagi Qaira mengomel dalam hati .
**********************************************
“Hai…you’re Qaira kan?” Datang pulak mamat handsome tak lama selepas Qhairil pergi .Tapi Qhairil lagi handsome la , sempat lagi Qaira membuat perbandingan dengan Qhairil . Tapi kalau tanya Qaira , memang Qhairil la , paling handsome kat mata dia ,tak ada orang lain yang boleh lawan .
“Yup,that’s my name . And you’re…?”
“ I Hakim , from UCL . I yang spike bola kena u tadi , so I mintak maaf .”
“It’s ok , biasala … kena bola dalam game .”
“But teruk gak I tengok u injured . I rasa guilty pulak ,” Hakim memerhati lengan Qaira  . Dia mengambil tempat di sebelah Qaira .
“This ? its not your fault . Nih sebab I jatuh tadi .My fault ,careless .”
“Really?” tanya Hakim meminta kepastian , memandang wajah Qaira .Cutenya budak nih .
“Yup .”
“But I still want apologize because of what I did .”
“Ok . Apologize accepted .”
“So , nice meeting you then .”
“You too . How did you know my name ?” Soal Qaira ingin tahu .
“Adalah .”
“Hmmm…I hate that kind of answer .”
“Sorry ,I ask around  . Then Reen ,budak IC bagi tau I your name .” Reen rupanya yang bagitau nama , kawan dia yang study kat Imperial College .Bukannya kawan rapat pun ,kawan melalui kawan .
Pada masa tuh ,Qhairil masuk ke dalam dewan volleyball . Nampak Qaira sedang berbual-bual dengan Hakim .
Ishh…mamat mana pulak nih .Luqman tak ada  pun , tak boleh diharap .Aku suruh jaga Qaira kejap pun tak boleh ,sempat lagi Qhairil mengutuk Luqman .Kawan Qaira kot ,Qhairil sedapkan hatinya .
“Hai …,” tegur Qhairil ,saja je kacau daun .Dia mengambil tempat disebelah kanan Qaira .Kena kepit dengan mamat-mamat handsome la pulak si Qaira nih .
“Hai ,” jawab Hakim .
“Ril , nih Hakim ,budak UCL ,” Qaira memperkenalkan Hakim kepada Qhairil . Di tangan Qhairil ada setin pepsi  .Laa… tadi keluar pergi beli air ke , bukannya nak cakap ,boleh jugak nak kirim .
“ Hai , Qhairil .Kawan Qaira ke ?” Qhairil menghulurkan tangan bersalam dengan Hakim .
“Tak lah ,.” I’m the bad guy who did this to her ,” jawab Hakim .
“Takdelah , Ril ,dia saja exaggerate . Team kita lawan team diorang masa quarter final tadi ,”Qaira menyampuk .
“Oooo…,”
“Balasan buat kat dia kot ,team kitorang kalah .Congrates anyway .”
“Thanks ,” jawab Qaira .
Qhairil kemudian mencapai  lembut tangan Qaira yang sakit ,dan meletakkan diata ribanya . Dia mengambil air tin pepsi yang dibeli tali ,dan menuam kat kawasan lebam .  Rupa-rupanya pergi beli air tin untuk tuam tangan aku ,fikir Qaira .Tak baik betul aku kutuk dia tadi ,tak sangka Qhairil melayannya sampai begitu baik sekali .
Qaira yang terkejut dengan tindakan Qhairil tak terkata . Dah lah selamba je depan Hakim dia buat macam tuh . Dia cuba mengalih tangannya ,tapi kemudian menjerit kecil menahan sakit bila tin air yang dipegang Qhairil tertekan kuat ke atas lebam di tangannya .
“Syyy…sorry..sorry … okey . Jangan la gerak –gerak tangan tuh ,” kata Qhairil memujuk Qaira , tangannya yang satu lagi memegang lembut  tapi kemas tapak tangan Qaira .”
Qhairil memandang kearah Hakim .Hakim yang memerhati gelagat mereka berdua dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Qhairil . ‘She’s of limit’ . Melepaslah dia nak kenal lebih rapat dengan gadis comel ni , dah berpunya rupanya .
“Well , I ‘ll take my leave then .Sorry again .Hope you get well soon Qaira .Take care of your girlfriend Qhairil ,” Kata Hakim dan berlalu pergi .
“Ok ,nice meeting  you .Bye ,” Qaira menjawab bagi pihak dia dan Qhairil ,melemparkan senyman manisnya pada Hakim .Tergugat jugak Hakim tengok senyuman Qaira  , tapi nak buat macam mana ,dia tak suka mrebut orang punya , bukan style dia . Qhairil sekadar tersenyum pada Hakim  , tidak bersuara .
“Heheheh…Ada ke dia cakap aku ni girlfriend kau ?” Qaira tergelak selepas Hakim pergi .Qhairil tak berkata apa-apa .
“Ril , thanks ,”  Ucap Qaira bila Qhairil tak berkata apa-apa .
“Hmmm..Qhairil tak mengangkat mukanya ,concentrate angat tuam tangan buah hatinya .
“Sakit sangat ke ?” tanya Qhairil lembut ,memerhatikan muka Qaira , yang kadang-kadang kelihatan seperti sedang menahan sakit .Tangannya yang tak memegang air tin mengusap-usap lembut tapak tangan Qaira .
“ Ok dah sikit . Sayang jugak kau kat aku yek,” kata Qaira bila Qhairil diam saja . Resah dia tengok bila Qhairil serius sangat . Qhairil mengangkat mukka memandang tajam kearah Qaira . ‘Alamak ‘ macam mana dia boleh terlepas cakap nih ,” fikir Qaira ,macam nak tampar-tampar je mulut nih .Kemudian dia kembali lega bila Qhairil tersenyum .
“Aku memang saying kat kau , tapi kau je yang tak saying aku ,” kata Qhairil . ‘Aku memang saying sesangat kat kau Qaira , kau je yang tak sedar ‘.Kata Qhairil dalam hati .
“Sapa kata , aku saying jugak la kat kau ,” jawab Qaira ,bila diingatnya Qhairil dah mula bergurau macam biasa . ‘Kau tak tahu Ril ,aku memang syang gilerr kata kau ,” Bisik hati Qaira ,boleh lagi melawak dalam jiwang .
“Bagus la…kau kan girlfriend aku .kena la sayang aku ,” kalau betul  kan best ,fikir Qhairil .
“Aduh , Ril …pelan la sikit .”
“OK…OK …sorry yek sayang .
“Waaa !!! Qhairil ,janganlah buat aku menharap macam nih . Kau tak tau ke betapa seksanya aku terpaksa simpan rasa sayang kat kau sekian lama ,”Qaira menangis dalam diam .
“Uihh…romantic siot ,” muncul Fitri tiba-tiba di hadapan mereka .
“Eh..game dah habis ke ?”
“Laa…korang berdua nih .kitorang main kat depan mata pun tak sedar dah habis ke belum.”
“Err…sapa menang ?”
“Kitorang la menang . Nasib baik ada Sya jadi penyelamat  .”
“Weh !!! Qaira sanggup main gak dalam sakit tadi korang tak nak berterima kasih  ,” Qhairil mengingatkn ,macam nak persalahkan Fitri pulak biarkan Qaira bermain juga walaupun cedera .
“Mestilah berterima kasih gak kat heroin kita hari nih .”
“ Camane tangan Qaira ?”
“Ok lah K.Sya , kurang dah sikit sakit .”
“Dah letak ubat belum .”
Qaira baru tersedar yang tangan dia masih diatas peha Qhairil .Dia cuba mengalihkan tangan nya perlahan –lahan , tapi Qhairil lebih pantas memegang jarinya , tak membenarkan dia bergerak . Nasib baik yang lain tak usik pun pasal tu , diorang buat tak tahu je .
“ Aku baru je tuam tangan dia , nanti letak ubatlah . Mana first aid ?”
“Ada kat tepi tu tadi .”
“Kau takada game ke Ril ?” tanya Nasruddin .
“Team aku dah kalah .Team Ikmal tengah lawan lagi tadi .”
“Eh…K.Sya ,scrabble camane ?”
“Dah ada kat sini , maknanya dah out la .”
“Ooo…korang bila final volleyball ? Lawan team mana ?”
“Jap lagi , lawan team tuan rumah .”
Mereka semua berehat sementara menunggu perlawanan akhir .Tangan Qaira dah pun berbalut .Sakit pun makin kurang , tapi tak boleh bergerak sangat , kalau tak ,rasa sakit balik .
“Qhairil . kau tak gi tengok bola ke?” tanya Qaira pada Qhairil  bila perlawanan akhir bermula dan yang lain dah masuk court ,kecuali Luqman dengan Nasruddin .
“Takpe laa . Ramai dah penyokong bola . Sini takda supporter pun,”
“Ayie menang tak?”
“Kalah gak .”
Pasukan volleyball mereka kalah dengan Nottingham Univercity  . Tapi kira ok lah dapat tempat kedua .Dapat jugak piala . Berbaloi jugak lah Qaira main dalam sakit .Pasukan bola sepak mereka yang satu lagi Berjaya menewaskan Warwick Univercity  untuk menjadi juara .
“Makan jom , lapar la .” Pelajar-pelajar Nottingham  Univercity ada membuka gerai menjual makanan ,jadi senang lah mereka yang datang nak membeli makanan .Mereka mengambil beg dan jaket mereka untuk beredar  . Disebabkan tangan Qaira yang tak boleh sangat  bergerak , nak pakai jaket pun susah , kena orang lain tolong pakaikan .Beg dia pula Qhairil tolong bawakan . Gentlemen jugak Qhairil nih .

*****************************************
Nadia kembali dari bandar Nottingham sebelum upacara penutup bermula .Dia terkejut tengok Qaira cedera .Telefon dia kehabisan bateri  ,sebab tu tak dapat duhubungi . Selepas habis acara penyampaian hadiah ,mereka bertolak balik ke Manchester . Kali ni , senyap je suasana dalam bas , berbeza dengan pagi tadi . Mana tidaknya ,semua keletihan , ramai yang tertidur dalam perjalanan balik  .Qhairil yang sengaja mengambil tempat disebelah tempat duduk Qaira  dan dia tak tidur pun sepanjang perjalanan  . Asyik dia perhatikan Qaira yang lena tidur ,sampai dia sendiri lupa nak tidur walaupun keletihan  .Nadia balik bersam Auni dan kawan-kawannya yang menyewa kereta ke Nottingham .



No comments:

Post a Comment