banner

banner

Sunday, 8 June 2014

BAB 1 ASKLS

“Qaira ,apa yang hang duk melepak lagi tuh?tak mau pi kelas ke?”
Qaira yang tengah syok tengok kartun wonderpets berpaling kearah Nadia.
“Hehehe…aku malas laa… nak pegi…kau tolong amikkan notes untuk aku yerr….love you Nadia”
“Emmm…Kau tu memang laa…malas pegi kelas…aku  gak jadi kuli amik kau punya notes…lepas tu time exam kau pulak yang score lebih…mana adil macam ni…,”kata Nadia sekadar bergurau.Budak Qaira ni memang otak geliga.Kelas tak pegi ,tapi bila exam  tak pernah down dia punya result.Sebab tu aku jelouse sangat dengan  budak sorang ni.Qaira dan Nadia pelajar tahun dua kat University of Manchester Institute of Square & Technology , atau lebih dikenali sebagai UMIST.Qaira  ambik couse Electrical & Electronics Engineering manakala Nadia ambik couse Electronics Engineering.Walaupun couse lain-lain,tetpi dibawah department yang sama,jadi banyak kelas mereka yang sama.Nadia lebih tua dari Qaira ,sebab Qaira buat accelerated A level dulu,jadi jimat laa masa setahun
“Alaa…kau kan baik…okey…okey… aku masak hari ni…cakap jerr kau nak makan apa?”
“Emmm…lau macam tu…aku rasa nak makan asam pedas laa”.
“okey…K.Sya pun suka gak makan asam pedas”,sorang lagi housemate diorang  Sya,dalam tahun akhir Chemical Engineering. Walaupun paling tua antara mereka bertiga, Sya laa yang paling kecik.Mereka betiga menyewa rumah di Old Trafford ,10 minit saja dari UMIST,dengan bas.Kebanyakan pelajar Malaysia sewa rumah kat situ.Lagi murah dan selesa dari tinggal di Resident Hall yang disediakan oleh UMIST.Lagipun banyak kedai  makanan halal  di Old Trafford,senang nak beli makanan.
“K.Sya mana?”tanya Nadia.
“Dah pegi UMIST…biasa laa…best student.he…he…hee..,”jawab Qaira selamba.
“Haihh…dua-dua housemate aku ni best student,aku jugak la…cukup-cukup maka jerr,”fikir Nadia dalam hati.
Sya memang rajin,study aja kerja dia…Qaira pulak,nak kata rajin sagat study tak jugak,tapi dia bersyukur sebab mempunyai otak yang intelligent,senang aja nak faham apa yang dia belajar.lepas tu,ingatan pulak bagus .Nadia bukannya tak pandai  , kalau tak, macam mana dia boleh sambung study kat UK nih. Masalahnya ,dia tak serius .Dulu masa SPM duduk kat hostel,jadi waktu study teratur. Masa A Level Qaira dan Nadia  study kat Beardino School di Scotland .Disitu laa mereka mula kenal dan rapat ,sebab mereka berdua saja student dari Malaysia. Tapi bila masuk University,pelajaran Nadia mula merosot,kawan ramai di Manchester ,duduk pulak kat rumah sewa,taka da orang nak control.Tambahan pulak dia memang cantik,ramai peminat, bukan setakat orang Malaysia saja Mat Salleh  pun ada yang admirer kat dia.
Qaira ada juga nasihatkan dia ,tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telingan kiri. Qaira dah tak tahu nak buat macam mana. Takkan nak kurung anak orang dalam bilik pulak.Nadia dah besar panjang .Dia dah boleh fikir sendiri.
************************
Tak lama selepas  Nadia keluar ,Qaira naik ke bilik .Ada assignment yang perlu disiapkan.
“Yabedabeduuuuuuuuuuuuu!!!!”,jerit Qaira ,happy bila semua assignment dah siap . Suka benar budak nih menjerit.
“Ohmakkau!!!”menjerit Qaira sambil melompat-lompat kegelian bila handphone dalam poketnya vibrate.
“Hello!!!” jawab Qaira ,agak marah sebab tak pasal-pasal dia terkejut bila handphone dia vibrate tadi, nasib baik tak ada heart attack.
“Tak leh kuat lagi ke  cakap tuh?”perli suara disebelah sana.
“He…he…he…padan muka.Apasal?”
“Kat mane tuh?”
“Umah laa,kat mana tuh?”tanya Qaira pulak.
“UMIST ,biasalaa…pelajar contoh.Nak balik dah ni. Baru abis class.Sayang  masak apa ari nih..lapar laa.”
“Nak masak asam pedas laaa ari nih.”
“wauu..bestnya,dah lama tak makan asam pedas nih.”
“yang lain-lain nak join gak ke? lau tak ,nak masak lebih nih.”
“A’ah,diorang ada skali nih..semua dah kebulur,masak je la bebanyak.Kiteorang tolong abis kan”.
“Okies”.
Qaira keluar ke kedai  yang tak jauh dari rumahnya.Nasib baik laa…dekat,senang nak beli barang .Kedai tu milik orang Pakistan,jadi senang nak dapatkan bekalan  makanan yang halal.Beli ayam ,ikan dan daging pun kat situ.Buah-buahan pun banyak dan murah pulak tuh.

*****************************************
Sedang Qaira mengacau asam pedas kat atas dapur ,terdengar pintu umah dibuka dan suara orang berbual.
“Qaira ,dah siap masak belom?lapar nih,Ikram terus masuk kedapur,buat macam umah sendiri jerr”.
“Oit!!!,bukannya nak bagi salam dulu,”kata Qaira.
“Assalamualaikum Cik Qaira saying..Dah siap masak ke?”
“Waalaikumsalam abang Ikram.Nak siap dah ni,kau balik dengan Nadia ke?”tanya Qaira.
“Tak lah,jumpa Sya tadi on the way mai sini.”
“Abang Fit dengan Airil ada sekali ke?”Ikram,Fitri dan Airil ,pelajar tahun akhir ,tapi course lain-lain.Ikram couse Electronics Engineering,Fitri dengan Airil couse Mechanical Engineering.Semuanya di UMIST.Fitri senior Qaira dan Nadia masa A Level dulu,Ikram dan Airil buat A Level kat Bath.
Mereka bertiga duduk satu rumah,Ikram dan Fitri memang berkawan sejak kecil lagi.Qaira dah anggap mereka ni macam abang sendiri,rumah pun dekat jerr.Memang rapat laa..Qaira dengan diorang,terutama Ikram sebab satu kepala.Kalau ada problem ,kat diorang laa Qaira mengadu,selain K.Sya dan Nadia.
Mereka bertiga nie kadang-kadang over proactive dengan Qaira.Ada skali tu ,ada mamat mana tah kacau budak Qaira nih, siap dapat warning dari budak bertiga ni.Dengan Nadia diorang taka da laa proactive sangat ,maybe sebab Qaira paling muda kot ,perangai pun macam budak-budak.K.Sya lak dah ada buah hati  ,jadi tak ada laa mereka proactive sangat dengan K.Sya.
“Weii!!! Nak pegi main bowling tak malam ni?”tanya Ikram.
“Boleh gak ,lama dah tak main bowling .err…budak umah Qhairil kau tak ajak skali ke?Ramai-ramai lagi best.”tanya Qaira.Ikmal sengih jerr bila Qaira sebut nama Qhairil.Memang dia dah lama tahu yang Qaira suka kat Qhairil.Qaira minat kat Qhairil sejak A Level lagi.Dia kenal Qhairil melalui Fitri ,masa Nott’s Game di Notthingham University.Nott’s Game ni acara tahunan untuk pelajar –pelajar Malaysia di UK. Ada bola sepak, bola jarring,dan indoor games.Kiranya time ni laa student-student dari Malaysia berkumpul.Qhairil ni junior Fitri masa sekolah menengah dulu.
“Eleh!!! padahal nakajak Qhairil jerr.”usik Ikram.
“uihh!!! kena la cover sket .kau nih , kan obvious  sangat kalau aku ajak Qhairil sorang jer.Malu laa”.Jawab Qaira selamba.
“Banyak lah cekadak kaukau . niah dah masak ke belom?Aku dah lapar gila nih.”
“Dah siaplaa nih.Kau makanlah dulu .Ajak bebudak tuh semmua makan .Aku nak naik sembahyang kejap. Nanti aku call Qhairil dia nak join ke tak..he…he….he…
Qaira ke  ruang tamu .Fitri dan Airil sedang berbaring menonton tv.Rumah Qaira dah jadi rumah nombor dua diorang .Lebih tepat lagi,dapur nombor dua diorang , sebab K.Sya dan Qaira rajim memasak.Duit dapur budak-budak umah Ikram bagi kat Qaira , sebab diorang selalu makan kat situ .
“Abang Fit , Airil  , makan . K.Sya mana?”
“Dia kata tadi nak naik sembahyang.”
“Ooo…ok , gi ambik makanan kat dapur  ,Ikmal perabih tu kang , he…he…he…aku pun nak naik sembahyang jap yek .”
Selepas  sembahyang maghrib , Qaira masuk ke bilik K.Sya . Takde ketuk  pintu pun ,buat cam bilik sendiri jerr.K.Sya sedang melipat tudung diatas katil , Qaira melompat keatas katil Sya .
“K.Sya , join tak main bowling ?”
“ofcouselaa… join . Dah lama tak enjoy nih.” jawab Sya .
“Qaira nak ajak budak-budak umah Qhairil skali laa…ramai-ramai lagi best  kan.”
“Eleh..macam laa..kita tak tau yang dia nak ajak Qhairil ,”ejek Sya.
Sehari klau tak sebut nama Qhairil memnag tak senang budak Qaira nih.memang angau tahap kronik.Tapi kat umah jerr laa,kalau kat luar baik punya dia cover . Memang  Qaira dan Qhairil ada digossipkan ,masa tahun pertama dulu . Sekrang gossip tuh da kurang .Mula-mula tuh memang Qaira hairan gak , macam mana laa..bleh timbul gossip tuh ,sebab K.Sya dan Nadia tak pecahkan  rahsia pun . Budak-budah umah Ikmal tau pun lepas gossip tu keluar . Nak kata ada orang perasan dia selalu curi-curi pandang Qhairil , dia rasa naik punya cover. Sampai sekarang dia tak taw macam mana gossip tuh bleh timbul , sampai kawan dia kat Birmingham pun taw . Masa tengah hangat gossip tuh ,memang segan laa nak jumpa dengan Qhairil , nak cakap dengan Qhairil pun muka merah gila dah . tapi mamat tuh kuat gak blashing dia ,telinga siap naik merah lagi lau kena usik . Sekarang ni kawan-kawan rapat jerr yang still usik lagi dia dengan Qhairil . Dia pun dah baik dengan Qhairil , sebagai kawan laa. Dengan budak-budak umah Qhairil yang lain pun dia baik gak . Semakin lama dia kenal Qhairil semakin bertambah suka  pada Qhairil .
“He…he…he…baru best nak main lau sumber inspirasi ada .Lagipun , ari nih blom jumpa di lagi , sebab kita tak gi UMIST tadi …tak tahan ,kangen banget sih,” kata Qaira dalm loghat Indonesia .
“Yelaa…kita punya inspirasi duk jauh , dia depan mata jerr.Hah!!! sapa suruh tak gi class ari nih , monteng jer keje dia ,”kata Sya .
“ He…he…he…alahh..Qhairil class pagi ari nih , Qaira  class petang , tak bleh jumpa gak  ,”
Qaira memang dah hafal jadual Qhairil ,tahun dua Mechanical Engineering .
“Eleh , sumber inspirasi jauh konon .Cam la jauh pun Leeds tuh . Dah laa tiap –tiap ari bergayut telefon . Pas tuh slalu lak tuh orang Leeds turun Manchaster ,tak pun orang Manchester  tu rajin jerr naik gi Leeds ,” sakat Qaira pulak . Boyfriend Sya study kat Leeds.
“Biasalaa..hidup bercouple..haa..ha..ha..Qaira tu , cepat la tackle Qhairil . Nak tunggu sampai bila?”
“Erk…apa cakap kita nak coule dengan dia . Kita just suka jerr kat dia , buat ape nak tackle,”dalih Qaira .
Sya tau pendirian Qaira ,dia takkan mulakan langkah pertama .Nampak jerr selamba da happy go lucky budak nih, tapi pemalu sebenarnya .
“Ikut  suka Qaira laa…nanti kalau ada orang lain tackle Qhairil tu baru gigit jari ,”gertak Sya.
“Alaa…kita tak nak tackle dia ,tapi kita tak nak orang lain tackle dia ,”Qaira tak dapat bayangkan kalau Qhairil ada awek lain , mesti sedih gila.
“Laa..abis tuh takkan dia nak single sampai bebila .Dah la..Qaira masak apa? Cam best jerr bau nih ,”Sya tukar topic bila Nampak muka Qaira sedih semacam dah .
“Asam pedas  , gi la makan dulu dengan bebudak tu. Kita nak call Qhairil  dengan Nadia jap ,”Qira bangun dari katil Sya .
“Aik? kat bawah tak leh nak call ke?”
“Tak mau laa . Nanti korang usik .He…he…he…Yeaa…nak cal Qhairil . Dah 18 jam tak dengar suara dia nih . Tak tahan  dah rindu ,hehehe ,”kata Qaira sambil gelak . Belakang berani la cakap dik , bila usik kat depan mula laa muka cam ketam  kena bakar , bisik Sya dalam hati .
Qaira masuk ke bili dan mencapai  handphone . Dia mendail nombor handphone Qhairil yang memang dia hafal . Memang segala tentang Qhairil dia dah hafal .Jantung dup dap dup dap .Padahal macam tak biasa dia call Qhairil . Tapi setiap kali dia cal memang cam tu gak .
“Hello,”jawab Qhairil lepas satu deringan saja .
“Hello , cepatnya kau jawab.Bertapa kat handphone ke?”
“Laa…aku dah taw kau nak call  aku kana da psikik power ,” jawab Qhairil .
“He…he…he…sebab kau da ada psiki k power ,takyah laa aku cakap reason aku call kau . Mesti kau da taw kan?”
“Alamak Qaira , telephatic line tak clear laa.Jadik kau kena asik taw gak laa kat aku . Lain kali laa aku tunjuk power psikik aku kat kau .”
“Eleh , weiii…bowling jom ,”kata Qaira ,straight to the point .
“Bila?”
“Jap lagi ,dalam kol 8 lebih nak gerak . Jom laa ,ajak Adi dengan Ayie .”
“Ayie takde ,gi Lanchester .Nanti aku try tanya Adi .Sapa lagi yang join?”
“Aku ,Kak Sya ngan 3 stoogies,” jawab Qaira ,dia yang bagi nama untuk Ikmal ,Fitri dan Airil 3 stoogies .
“Kau nih ,takleh berpisah ngan bodyguard kau 3 ornag tuh . Bila aku nak berdua jerr ngan kau nih,”cair jap Qaira bila dengar Qhairil kata begitu .,tapi dia just anggap yang Qhairil bergurau je .
“ Kau nih , tak romantic langsung ajak aku dating kat tempat bowling jerk .Ajak laa aku dating kat panggung wayang  ke , Hard Rock café ke , takpun koman-koman ajak la aku gi jejalan kat Trafford Center  ,baru laa aku nak dating ngan kau ,”balas Qaira gelak .
 Dia memang  suka gelak . Qhairil , kalau kau ajak aku dating kat kedai Kashmir pun aku ikut ,bisik Qaira dalam hati je laa.
“Okeylaa..nanti kita gi dating tengok wayang kat  Square yek  Cik Qaira . Best sket tengok wayang berdua ,dah la gelap dalam cinema ,”balas Qhairil .
“Cis , gatal . So , kau nak join tak nih?”
“Nak gatal sikit pon tak boleh .he…he…he.Nak laa …bosan gak nih tak tau nak wat apa .Tak larat aku nak ngadap muka Adi  je memanjang .”
“Kalau kau nak makan , datang la awal sket ,aku masak banyak ari nih ,”pelawa Qaira .
“Kau masak apa ari nih?”
“Asam pedas ngan nasi putih je.”
“Uihh..best nih. Aku blom makan lagi nih . Lagi 5 saat aku sampai. Tunggu aku kat depan pintu yek .”
”Okies!!! I’ll be waiting for you…hehehe,” gelak mereka sama -sama .
Kemudian Qaira mendail nombor handphone Nadia .
“ Hello.”
“Hello ,Nadia ,kau nak join tak bebudak nih main bowling?” Blaik la cepat sket .Aku dah masak asam pedas special kat kau nih ,” satu nafas je Qaira bercakap .
“Hmmm….malas laa..aku ada kat umah Auni nih .Aku tidor kat sini malam nih “
“Oklaa ,”Qaira meletak handphone ,dan turun kebawah .

Auni tinggal di Cheetham Hill , satu lagi penempatan pelajar Malaysia , kalau dari Old Trafford kena bertukar bas kat bandar untuk kesana .Nadia selalu lepak rumah Auni kat sana . Qaira pun kenal dengan Auni  dan kawan-kawannya , tapi tak ada laa rapat sangat  .Nadia sejak akhir-akhir ni rapat dengan Auni .Memang laa Auni tu happening sikit , sebab tu laa Nadia suka berkawan dengan dia kot . Qaira memang laa happy go lucky ,tapi kurang sikit bersosial ,lagi suka duk kat rumah .Takpun , melepak dengan budak-budak umah Ikmal.Budak-budak umah Ikmal pun memang suka lepak kat umah ,kadang-kadang je keluar main bowling atau tengok wayang takpun main snooker bila hujung minggu . Kalau tak ,selalunya mereka berkumpul tengok tv , main gitar , atau main kad ,samaada kat umah Qaira atau Ikmal . Qhairil dan Adi pun selalu gak lepak kat umah Ikmal .Ayie jarang ada kat umah hujung minggu , sebab family dia ada kat Lanchester ,jadi dia selalu ke sana .

No comments:

Post a Comment