banner

banner

Sunday, 8 June 2014

BAB 4 ASKLS

Selepas peristiwa hari tu, Qaira dan Qhairil berlagak macam biasa je . Macam takde apa-apa  berlaku .Padahal masing-masing masih teringat peristiwa tu , tapi didiamkan saja . Qaira sangka Qhairil dah lupakan perkara itu , meati dia ingat tu benda biasa jerr , dia tak sedar yang Qhairil selalu memerhatinya . Qhairil pu la , bila melihat Qaira berlagak macam  biasa saja , dia pun tak nak ungkit laa pekara tu , dia je yang perasan lebih-lebih hari tu kot . Padahal dia tak tahu yang Qaira hari-hari asyik tengok gambar Qhiril ,siap frame dan simpan bawah bantal lagi .
“ Qaira , teman aku gi Arndale jap,” ajak Nadia selepas habis class . Arndale  ni tempat shopping complex dekat tengah-tengah bandar Manchester . Dekat jerr dengan UMIST mereka . Jalan kaki pun boleh , kalau malas , naik bas pun boleh . Lagipun mereka pakai guna pas untuk naik bas , beli untuk satu semester atau setahun terus .Lebih jimat daripada nak bayar setiap kali nak naik . Lagipun mereka banyak menggunakan perkhidmatan bas  kalau nak kemana-mana ,berbaloi laa pakai pas .
“Boleh gak ,” jawab Qaira .
Sedang mereka berjalan –jalan  di Arndale ,telefon Qaira berbunyi .Qaira mengeluarkan telefon dari jaketnya . Nama Ikmal terpampang di skrin .
“ Hello…Qaira Akira bercakap…,”
“ Weh..kau kat mana tuh ?”
“ Aku tengah shopping kat Arndale dengan Nadia ,” jawab Qaira .
“ Kitorang nak gi makan kat Rusholmes   , nak ikut?”
Rusholmes dekat je dengan UMIST mereka  . Disitu banyak terdapat makanan halal . Samaada restaurant ataupun fast food .
“Jap ,nak tanya Nadia ,” Qaira berpaling kearah Nadia meminta persetujuan . Kemudian kembali menyambung perbualannya dengan Ikmal .”Boleh gak join .korang kat mana tu?”
“Kta UMIST lagi ,baru lepas sembahyang jumaat ,” jawab Ikmal .
“Err…Qhairil ada skali ke?” tanya Qaira ,tak habis –habis dengan  Qhairil.
“Takde..dia tak datang UMIST hari ni .Adi je ada . Kiorang tunggu kau kat sana yek . Nak gerak dah ni.
“Ok..nanti aku call K.Sya ajak dia skali .Tadi dia ada kat library ,” kata Qaira ,sedikit hampa kerana Qhairil tak ada bersama .
“Ok ..Bye..,” Ikmal memutuskan talian .
Sampai kat  Rusholmes ,Ikmal ,Fitri , Airil dan Adi dah menunggu mereka kat bus stop .Sya pun dah ada sama . Mereka pun menuju ke salah sebuah fast food yang terdapat di situ .
“Weh !!! korang pergi tak Nott’s Game nanti ?” tanya Fitri pada bebudak perempuan .
“Pergi la,” jawab Nadia .
“ Korang ada main apa-apa game tak ?”
“ K.Sya main scrabble . Aku dengan Nadia jadi tukang sorak jerr,” jawab Qaira .
“Nak masuk volleyball tak? Mix team ,jom la join ,”ajak Fitri .
“Aku tak terror laa ,” jawab Qaira .
“ Tak nak laa ,” kata Nadia pula .
“ Alaaa…main suka-suka je .Jom laa…pompuan tak cukuo nih .At least kena ada 3 orang pompuan dalam satu team terasuk reserve . Tapi dalam court kena ada 2 orang je  ,”Fitrti cuba memujuk Qaira dan Nadia turut serta dalam team mereka .
“Ermmm…siapa lagi yang join ?” tanya Qaira ,mula minat .
“ Aku , Adi , Luqman , Fadhil , Nas dengan Lynn ,” jawab Fitri . Luqman dan Fadhil nih junior mereka ,budak first year , Nas dengan Lynn pula adik beradik , dua –dua buat master kat Manchester .
“ K.Lynn main gak yek .Hmm…boleh laa . Tapi aku tak pandai sangat tau, sikit-sikit tu boleh laa. Main biasa –biasa je boleh la,”Qaira bersetuju menyertai team mereka . Lagipun best jugak , dah lama tak bersukan ni .
“Nadia?” tanya Fitri pada Nadia pula .
“ Aku tak nak la ,” kata Nadia ,dia memang tak minat dengan sukan .
“Kau tak payah main takpe  ,just jadi reserve je .Bolehlah,” pujuk Fitri kat Nadia pula .
“Hmmm…ok . Jadi reserve je tau . Aku tak nak main ,” kata Nadia .
“Ok ..set . Nanti aku bagi nama kat Farid .” Farid merupakan president Malaysian Student Society kat UMIST diorang .
“Ikmal denga Airil , korang main bola sepak yek?” tanya Qaira pada Ikmal .
“ ye laa…aku kan striker paling hebat kat Manchester nih ,” jawab Ikmal , sempat lagi puji diri sendiri .
“ Ceh !!! perasan . Qhairil dengan Ayie pegi tak Adi ,” tanya Qaira pada Adi .Nak tanya pasal Qhairil sebenarnya ,tapi kena lah cover sikit ,tnya kedua-dua housemate Adi .
“Pergi  , Qhairil main bola sepak gak ,Ayie lak main snooker ,” jawab Adi .
“Ooo…weii , Ikmal ,Airil dengan Qhairil mana satu paling terror main bola ,”tanya Qaira .
“ Mestilah aku ,” jawab Ikmal .Sebab aku main first team .Qhairil dengan  Airil main second team  je.
UMIST sent dua team bola je ,” Ikmal berlagak . Airil gelak saja ,tak kecik ati pun bila Ikmal kutuk dia .
Qaira mencebikkan mukanya kepada Ikmal .
“Bila nak practice Fit? dah lama tak main volleyball nih ,” tanya Qaira .
“Aku nak book court  kat Old Trafford nye Leisure Center malam esok . Senang sikit , dekat denga rumah .Lagipun semua duduk kat Old Trafford .” jawab Fitri .
“ Malam esk? Aku dah janji dengan Auni nak gi tengok wayang , lagipun aku reserve je kan ,so tak payah practice la yek ,” kata Nadia .
“Takpe laa. Qaira boleh tak ? Budak-budak lain aku dah tanya ,diorang ok je ,”tanya Fitri .
“Aku boleh je ,” jawab Qaira .
“Sya , jom la skali .
“Boleh gak ,” jawab Sya  . “Adi ,ajak la Qhairil dengan Ayie skali ,nanti semangat sikit orang tu nak main ,” sempat lagi Sya menyakat Qaira . Satu cubitan singgah kat lengan Sya yang duduk disebelah Qaira .
“Aik?!!! kenapa nih? Kita takde sebut nama sesape pon ,” usik Sya ,tergelak .Yang lain turut tergelak sama bila pipi Qaira mula merah . Dia bangun dari tempat duduknya  . Korang nih , tengok tuh ,kan Qaira dah mengajuk ,” kata Fitri . “Dah la , Qhairil takada nak pujuk ,” sambung  Fitri ,turut mengusik ,ingatkan nak tolong tadi .
“Mana ada mengajuk , kita nak gi basuh tangan la,” jawab Qaira .


No comments:

Post a Comment