banner

banner

Thursday, 12 June 2014

Buzy or Lazy..

Assalamualaikum...i dont know y..2 ,3 ari nih ase cam x best jerk.macam2 duk main dalam kepala nih...tu yg jadi malas nk update novel nih...siyesly ...aq nak cakap noh...aq bnci betol r, time cuti2 camnih...borink. almaklumlah..org lain nk abis degree doh..aq bru jerk abis diploma,so, time aq cuti...diorang x cuti.memeang xleh nk jumpe la cam nih..nk kumpol ramai2 cam dodulu...rindu weii...

emmm...nk upload picx r sket..


ni name diye suzi..i call diye ni Giey...


ni lak membe si Giey ...ni kalu xcilap aq budak dip Kist..
ni second time aq kuar ngan bebudak nih..tp kemesraan yg terjalin tu macam dah lame knal..
hahah...mayb aq ni ramah sangat kot...hahah...ye ke???
(tangan kat bahu mata keatas) ahahahhh




time ni kalu seingat aq la kat jeti sungai Kelantan.. alaa...kat Tesco lembah sireh tu...
kalu uolzz xkanal jugak...just Google jerk...Gerenti Haddooo..ahahha









Tuesday, 10 June 2014

BAB 9 ASKLS

Didalam bilik Qaira asyik membelek-belek album gambar , nak cari gambar Qhairil yang boleh dia letak dalam loket tu . Susah betul nak pilih , sebab smua handsem, pada pandangan mata Qaira la .Akhirnya dia mengambil gambar masa raya tahun lepas .Sayang juga nak potong , tapi nanti boleh cuci yang lain , tak apa . Gambar dia sendiri pon dia ambik gambar yang sama . Sebab tu gambar diorang sambut raya beramai-ramai masa hari raya tahun lepas . Lagipun masa tu , Qaira dan Qhairil memakai baju warna sama .
 Selepas sembahyang maghrib ,Qaira turun ke ruang tamu , menunggu housematenya yang lain bersiap . Dia duduk di sofa , tangannya bermain-main dengan loket dileher , sambil tersenyum .
“Weii…Angau yerk !” sergah Nadia .
“Hehehe…biasa lah,” jawab Qaira .
Qaira membuka loket , menunjukkan gambar dia dengan Qhairil dalam loket tu .
“Amboi…tunjuk kat Qhairil best gak nih ,” usik Nadia .
“Ha…ko jangan nak memandai cakap kat dia .”
“Korang … jom lah pergi ,” Sya yang sedang menyarung baju sejuk masuk keruang tamu .
“K.Sya , tengok nih , Qaira dah ciap letak gambar dia dengan Qhairil dah dalam loket ,”kata Nadia .
Sya hanya tersenyum sahaja melihat gambar tuh .Macam-macam lah budak sorang nih .
Mereka berjalan menuju ke rumah Qhairil .Sampai disana , Qhairil yang membuka pintu .
Ikram , Fitri dan Airil belom sampai lagi , jadi mereka masuk dulu menunggu didalam .
“Kata nak suruh aku pakaikan rantai ,” Kata Qhairil  pada Qaira yang sedang menggantungkan jaket nya . Sya dan Nadia dah masuk ke ruang tamu masa tu .
“Hehehe…aku tak confident la ko pandai pakaikan ke tak  ,” jawab Qaira , tak sangka pulak yang Qhairil masih mengingati kata-katanya didalam telefon tadi .
“Aku pandai la, tak caya erk , meh sini ,” Kata Qhairil , tangannya mencapai rantai dileher Qaira , kononnya nak bukak laa .
“Takyah la, aku dah pakai elok-elok dah ,”Kata Qaira ,memegang tangan Qhairil ,menghalangnya dari memegang rantai tu . Muka Qaira dah mu merah .Qhairil pula tersenyum nakal , seronok mengusik Qaira .

“Tadi kau jugak yang suruh aku tolong pakaikan .Aku tak nak la mungkir janji ,” balas Qhairil ,tangan kirinya pula cuba memegang rantai dileher Qaira , sebab tangan kanannya dipegang oleh Qaira .
“Qhairil … .” Qaira menghalang sebelah lagi tangan Qhairil .Dia nak larikan diri ke ruang tamu tak boleh , sebab Qhairil menghalang laluan .
“Weii…korang ni dah takde tempat lain ke nak bercinta erk…kat koridor ni jugak korang bercinta cintun, Ayie yang turun dari tangga tersengih melihat Qaira dan Qhairil .
“Ha?” Tanya Qhairil dan Qaira serentak , baru tersedar dengan kehadiran Ayie .

“Kenapa ni?” Tanya Adi , muncul dipintu ruang tamu diikuti oleh Nadia dan K.Sya .Semua mata memandang kearah Qaira dan Qhairil .

Sunday, 8 June 2014

WRITING WHATEVER I WANT WRITE

Orite uollzz..for too nite, ayrin just nk apdate sampai bab 8 jerk ye..bab 9.akan menyusul ..mybe esk kot..tngok atas kerajinan ayrin la ..actually ayrin just menulis time ade mood jerk..hehe..
lepas nih, ayrin nk decorate this blog bg cantik2..eheh.. bye uollz..


ohh...lupe lak..
Ayrin nk share ngan uollz..1 video lagu nih..ayrin suke sangat..orite..enjoyyy...wathcing this video..


BAB 8 ASKLS

Masa cuti banyak dihabiskan masa untuk study , sebab sebaik saja habis cuti , akan bermulanya  final exam .Kadang-kadang bila Qaira rasa stress dengan study , dia pergi mengacau  budak-budak rumah Ikmal . Tapi takda lah selalu pi kacau bebudak tuh , sebab kesemua budak umah tuh dah final year . Kalau nak pergi kacau umah Qhairil , dia segan gi sorang-sorang .Nadia lak banyak habiskan masa dirumah Auni daripada rumah sendiri .
Cuti tamat , exam pun bermula . Ada yang habis awal exam da nada yang habis lewat . semuanya bergantung pada cource yang diambil pada semester ni.Qhairil dan Adi dah habis awal-awal lagi , sebab diorang tak ambil banyak papper tuk semester nih. Qaira dan Nadia paling last habis exam .
************************************************
“Yeahhhh!!!” Merdeka ,” jerit Qaira sebaik saja keluar dari dewan exam . Dia menunggu Nadia yang sedang menyimpan alat tulis dalam bag .
Dalam bas , Qaira banyak duk termenung saja , teringat soalan exam tadi .Nadia pulak sibun bermain game dalam handphonenya . Macam manalah resut nanti erk , fikir Qaira sendiri . Target memanglah nak dapatkan first class . First year dia dah dapat second upper , harap-harap tahun ni ada kemajuanlah . Dia pun dah berusaha sebaik mungkin . Sekarang hanya tawakal dan berserah kepada Allah .

********************************************************
Sampai di rumah , sebaik saja masuk ke ruang  tamu …
“SURPRISE!!!”
“Arghh!!!”  jerit Qaira sambil lompat  kerana terkejut . Sya , Ikmal ,Fitri , Airil , Ayie , Qhairil dan Adi semua berada di ruang tamu . Qhairil dan Ikmal masing-masing memegang gitar .
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Qaira
Happy birthday to you
Beramai-ramai mereka menyanyi lagu selamat hari jadi untuk Qaira yang jatuh pada hari itu , iaitu pada 3 december . Terharu dengan rakan-rakannya , rasa nak menangis pun ada , rasa sangat dihargai .
“Thank you , korang ,” kata Qaira sebaik saja habiskan lagu .Sya dan Nadia memeluk Qaira .
“Nak peluk gak ,” Kata Ikmal .
“Mai la peluk , lau nak rasa penumbuk aku ,” kata Qaira sambil menunjukkan buku lima , tergelak .

“Birthday girl , cepatlah potong kek tuh , aku dah terliur dari tadi lagi ,” kata Airil tak sabar-sabar .
“Ok…lagu nih ditujukan khas untuk birthday girl kita ,” kata Nadia , mula menyanyikan lagu Happy Birthday yang dipopularkan oleh Click Five .
Hey you
I know I’m in the wrong
Time flies 
When you’re having fun
You wake up
Another year is gone
You’re twenty-one
I guess you wanna know
Why I’m on the phone
It’s been a day or so
I know it’s kind of late
But Happy Birthday
Yeah yeah whoa
I know you hate me
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it’s kinda late
But Happy Birthday
So hard
When you’re far away
It’s lame but I forgot the date
I won’t make the same mistake
I’m so to blame
So now you know
Don’t hang up the phone
I wish I was at home
I know it’s way too late
But Happy Birthday
Yeah yeah whoa
I know you hate me
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it’s kinda late
But Happy Birthday
It’s not that I don’t care
You know I’ll make it up to you
If I could, I’d be there
Yeah yeah whoa
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it’s kind of lame
But Happy Birthday
Yeah yeah whoa
I know you hate me
Yeah yeah whoa
Well I miss you, too
Yeah yeah I know
I know it’s kind of late
But Happy Birthday 
To you

Nadia menyanyi sambil diiringi petikan gitar oleh Qhairil dan Ikmal . Yang lain kemudiannya menjadi backup singing Nadia  saja .
Qaira senyum saja , dia membahagikan kek pada rakan-rakannya .
“Aku nak birthday girl tolong suapkan ,” Kata Qhairil bila Qaira menghulurkan kek kepadanya .
“Mengada betul ….makan sendiri la …orang lain takda pun suruh suap-suapkan ,” balas Qaira .
“Alaa…aku tengah main gitar nih…macam mana nak makan …kau tolong la suapkan ,”
“Ek..elehh…nak suap-suap lak .. cam budak kecik . Ye lah. Nah ,” Qaira pun menyuapkan kek ke mulut Qhairil .
“Amboi, main suap-suap pulak  korang sekarang ni yek,” usik Adi , cameraman tak rasmi diorang . Dia sempat merakam adegan tadi dalam digicam . Kawan-kawan yang lain mulalah buat macam-macam sound effect usik mereka berdua .
“Kau nak aku suap jugak ke ?”tanya Qaira kat Adi , kononnya nak cover malu la .
“Ishh , tak nak la …tak pasal-pasal balik umah kang kena bantai dengan housemate aku sorang tuh .” kata Adi disambut gelak ketawa yang lain . Qhairil hanya tersengih saja , Qaira pulak , mulalah malu-malu kucing . Kucing pun tak malu cam dia .
“Malam  nih korang ada buat apa erk? Jom main bowling ke , wayang ke , nak straight balik otak yang dah bersimpang siur nih ,” cadang Fitri .
“Yeahh… birthday girl belanja ,” kata Nadia .
“Ha?! Jangan lah korang , bankrupt la aku . Patutnya , korang lah kena belanja aku ,” kata Qaira .
Bukannya kedekut , tapi akhir bulan macam nih , mana ada duit .
“ Suruh lah abang Ril kau yang belanja ,” usik Nadia .
“Abang Ril…belanja,” kata Qaira ,memandang Qhairil sambil tergelak  , tapi dalam hati berdebar-debar gak tunggu responsedari Qhairil .
“Alahai , cair aku dengar bila dia panggil aku abang  , bestnya ,” bisik Qhairil dalam hati .
“ Boleh , boleh , tapi dengan satu syarat lah .”
“Apa dia?”
“Cium pipi abang dulu,” kata Qhairil , sambil meniru gaya Hairul Azreen dalam cerita Setia Hujung Nyawa .
Semua tergelak , Qaira pula merah muka , tak sangka Qhairil boleh bergurau begitu .
“Tunggu aku kawin dengan kau dulu lah, baru boleh aku cium pipi kau ,” jawab Qaira , tak mahu mengalah .
“Amin…” jawab Qhairil , sambil menraup keduabelah tangannya ke muka , macam baru habis berdoa .
“Jadi kau kena kawin dengan aku dululah baru boleh aku belanja ,” Qhairil membalas .
“Eleh, tak nak belanja tuh cakap lah , saja bagi alasan macam-macam ,” Qaira buat-buat merajuk , gabra dia bila Qhairil masuk citer bab kawin kawin nih , melalut tah kemana budak sorang tuh .
“Alaa…sian kat adik akak  nih …takapa lah , meh sini K.Sya belanja Qaira malam nih ,” Sya menyampuk .
“Takpa lah Sya , aku belanja dia , nanti dia merajuk kang , tak lena tidur aku mlam nih ,”kata Qhairil , tersengih saja .
“Tak kiralah sapa nak belanja … kita nak tengok citer apa nih ,jom tengok jadual wayang dulu ,” sampuk Ikmal . Dia mencapai remote sky .Sky nih macam astro jugak lah , sky ni channel kat UK , dan menekan channel interaktif untuk melihat wayang .
“Qaira , malam nih kitorang bagi penghormatan kat kau untuk pilih citer apa nak tengok .” kata Fitri .
“Hmm…nak tengok citer ringan-ringan je la , baru ringan sket kepala otak . Bak sini remote tuh .”Qaira mengambil remote dari tangan Ikmal, dan membaca sinopsi s cerita-cerita yang sedang ditayangkan di panggung  wayang .
“Citer antoo la Qaira ,” kata Fitri , sengaja mengusik , dia tahu takkannya budak Qaira tuh nak tengok citer hantu . Penakut .
“Tak nak lah citer antoo . Kalau korang nak tengok citer antoo korang gi la tengok , biar Qaira tengok citer lain sesorang ,”Kata Qaira .
“Alahai…merajuk lagi adik kesanyangan kita nih . Ril, cepatlah pujuk  ,” kata Airil .Ishh…budak-budak nih tak habis-habis nak mengusik aku , mentang –mentang lah birthday aku hari ni , ngomel Qaira sendiri .
“Pergilah korang tengok citer hantu , aku gi dating dengan Qaira tengok citer lain , kan Qaira kan ?” Qhairil mengeyit matanya pada Qaira . Gedebuk!!! Habis  hati , jantung , buah pinggang  Qaira tergolek  jatuh atas karpet . Apa aku nak jawab nih , fikir Qaira . Ikut hati memang lah nak pergi dengan Qhairil , tapi apa kata kawan-kawan lain nanti . Lagipun , Qhairil ni bukannya betul pun , selalu dah dia buat main-main cam tuh .
“Ooo…kau nak bolot birthday girl sesorang yek ?” usik Nadia .
“Apa salahnya bagi la aku can dating berdua dengan Qaira lak ,” jawab Qhairil selamba  , melihat reaksi Qaira .
“ Tapi kalau nan jadi gossip kang , orang ingat aku nih awek kau lak , jatuh la saham kau kan,” Qaira pulak cuba nak menguji Qhairil .
“Alaa…memang orang dah gossip pun . Dah alang-alang orang gossip , kau jadi awek aku terus la senang .”
Qaira tak tau nak cakap apa . Biar betul Qhairil ni . Ynag lain-lain dah mula senyum –senyum , menunggu reaksi Qaira . Qaira menekan remote di tangannya , matanya hanya memandang kea rah skrin tv  , gabra sebenarnya , tak tau nakcakap apa .
“Kita tengok citer ni  lah ,” kata Qaira , lari topic .
“Kau ajak  kitorang ke Qhairil sorang ni ?” Fitri meminta kepastian .
“Laaa…kita tengok ramai-ramai la  cam biasa .” jawab Qaira .
“Taka pa lah , ada orang tak sudi kelaur dengan aku ,” kata Qhairil , buat-buat merajuk . dia pun tak tau macam mana tadi dengan selamba badak je dia boleh offer Qaira jadi awek dia .Mesti Qaira ingat dia main-mainkan Qaira . Hai cik Qaira , kalau la kau tau perasaan aku , bisik Qhairil  sendiri .
“Alaa…Ril sayang , kita duk sesame lah nanti , boleh la , kan ,kan,kan, kan?” berapa banyak kali ‘kan’ la budak ni .
“Yelah , nasib baik kau panggil aku sayang , apa saja pun boleh , hehehhe,” jawab Qhairil , nakal je .
“So nak gi kol berapa ni ? Nak makan dulu ke or makan kat luar ?”
“Makan kat luar la ,” kata Airil .
“Gi McD dah la . Lapo dah ni ,” Ayie bersuara .
“Weh !!! Lapo ? Bukan kau dah makan dekat separuh kek tadi ?” tanya Qhairil .
“ Tuh appetizer je , eheheheh ,” makan bukan main banyak lagi , tapi badan tu stil kering kontang .
“Oraits , pas maghrib kang kita keluar la . Tunggu kat ummah aku la ,” cadang Qhairil , sebab rumah dia yang paling dekat dengan bus stop .
“Ok set.”
Budak-budak lelaki pun beredar dari umah Qaira , tapi sempat Qhairil menghulurkan satu bungkusan untuk Qaira .
“Happy birthday Qaira , nih hadiah dari budak-budak umah aku ,” kata Qhairil . Adi yang terdengar kata-kata Qhairil hanya tersenyum  , tapi tak berkata apa-apa .Dia tau hadiah tu dari Qhairil sorang je , dia dengan Ayie takada share pun . Apalah Qhairil nih , macam tu pun nak cover ke .
“Thanks ,” jawab Qaira ,menghadiahkan seyman manis kepada Qhairil .”Ishh….tiap kali dia tersenyum , makin jatuh cinta lah aku kat dia ,” bisik Qhairil dalam hati . Sehari  tak tengok Qaira senyum , rasa macam tak lengkap hidup dia .
******************************************
Sebaik semuanya beredar , Nadia dan Sya menerpa kearah Qaira .
“ Ha …Qhairil bagi apa?” tanya Nadia tak sabar .” Bukan Qhairil sorang la yang bagi ,budak-budak umah dia la . Terharunya ,” kata Qaira , memeluk bag kertas yang berisi hadiah dari Qhairil . Biarlah hadiah tu diorang share , tapi at least ada jugak something dari Qhairil . Kalaulah Qaira tau hadiah tu khas dari Qhairil untuk dia , memang angau la .
“Tak kisah lah tuh , bukak la ,” gesa Nadia lagi .
Kecik je hadiah tu, tapi balut cantik la . Siap ada riben lagi . Sekeping kad kecil disertakan sekali dengan hadiah tu .
Happy Birthday
to a very special person
QAIRA AKIRA MUSTAFA .
Qaira dengan hati-hati  membuka balutan hadiah tersebut .
“Aduihh …Lemah lembut buka hadiah ,” keluh K.Sya , yang juga tak sabar nak tengok hadiah  yang diberi oleh budak –budah umah Qhairil .
“Uih..mestilah ,  special nih , mana bileh bukak camtuh jerk ,” kata Qaira .
Berdebar-debar  dia nak tengok hadiah apa hadiah yang di kasik oleh bebudak umah Qhairil . Balutan dibuka . Qaira memgang kotak bewarna purple violet , kecik je lebih kurang sebesar tapak tangan Qaira . Dia menarik nafas panjang dan membuka kotak tersebut  . Seutas rantai emas putih , beserta loket  yang berbentuk hati tergantung pada rantai tersebut .
“Uih..dapat rantai emas putih , “ Kata Nadia .Sya pun turut sama tersenyum .
Qaira diam sahaja , mengambil rantai dari kotak dan meletakkan diatas tapak tangannya . Dia membelek-belek loket yang boleh dibuka untuk diletakkan gambar . Dibahagian belakang loket tersebut terukir nama  ‘QAIRA’ .
“Pakailah terus , Qaira ,” Kata Sya , bila dilihat Qaira diam saja . Terkejut kot , dapat rantai dari Qhairirl . Ops…Dari bebudak umah Qhairil .
“Pkai terus ? emm…Nak letak gambar dululah dalam loket nih . Yea…yea..yea…nak letak gambar Qhairil , heheehhe…”Kata Qaira ,bersuara jugak akhirnya .
“Satu gambar Qhairil , dan satu lagi Qambar Qaira yek ,” usik Sya .
“Mestilah , takkan nak letak gambar K.Sya pulak ,” jawab Qaira . “Nak cari gambar la.”kata Qaira , tak sabar-sabar nak letak gambar Qhairil dalam loket tu . Dia berlari naik kebiliknya . Tapi sebeum dia mencari gambar , dia sempat call Qhairil .
“Hello  birthday girl ,” jawab Qhairil .
“Thanks . Cantik sangat rantai nih .Siapa yang pilih ?”
“Mestilah aku yang pilih . Yang lain mana pandai pilih . “
“Ooo…nih mesti dah biasa beli rantai tuk awek-awek yek ?”
“Mana lak aku ada awek-awek . sorang je la awek .”
“Sorang je awek?” tanya Qaira , bila masa pulak mamat  nih ada awek .setahu dia manalah Qhairil ada awek , dia dah korek rahsia dengan Ikmal .
“Laaa…kau la awek aku , heheeh ,” jawab Qhairil .
“Yelah tu . Tapi , thanks yek .Cakap kat Adi dengan Ayie sekali , thanks .”
Berapa kali nak thanks  daa..”
“Hehehe…”Qaira gelak je .
“Kau dah pakai ke rantai tuh ?”
“Belum lagi , nak suruh kau tolong pakaikan ,” gurau Qaira .
“Boleh je  , no hal punya . Jap lagi jumpa aku pakaikan untuk  kau ,” kata Qhairil .
“Wei…Oklah , jap lagi jumpa . Bye .”
“Assalamualaikum .”
“Waalaikumsalam . Bye .”jawab Qhairil .


BAB 7 ASKLS

Pantas masa berlalu ,  bulan Ramadhan menjelma lagi .  Kebetulan bulan puasa jatuh musim sejuk , jadi tak terasa sangat la berpuasa . Mana taknya , Maghrib masuk lebih kurang pukul 4 petang  .Kalau ada class atau lab petang , student terpaksa lah berbuka didalam class atau lab aje . Pelajar tahun akhir pula sudah sibuk menyiapkan draf pertama final year project mereka . Qaira pula dah start sibuk mengumpul notesyang tertinggal dan paper-paper exam semester lepas sebelum cuti winter menjelang  ,sebab sebaik sahaja cuti mereka ada exam final . Jadi masing-masing sibuk sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar . Mereka dah mula jarang keluar beramai-ramai atau berkumpul macam biasa.
Dalam masa yang sama , Qaira amat bimbang dengan Nadia yang dah semakin jarang balik rumah .Dia nak menasihatkan , tapi rasa macam tak layak pulak nak bagi nasihat sebab Nadia lebih tua dari dia .Jadi dia minta tolong dengan K.Sya  untuk nasihatkan Nadia . Malangnya nasihat K.Sya ibaratkan masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .
Cuti musim sejuk bermula  sebaik saja sebelum raya . Jadi seronok lah meraka nak beraya  sakan ,boleh tenangkan otak yang sedang stress dengan study  . Qaira ,Sya dan Nadia bercadang nak buat rumah terbuka pada hari raya kedua nanti . Buat ala kadar je . Mereka bercadang nak buat rending daging , nasi himpit , roti jala , kek , pudding  dan kuih-kuih raya sikit –sikit . Hari raya pertama mereka  dah bercadang nk pergi serbu open house dengan kawan-kawan lain .
*********************************************
Dipagi raya , Qaira dan Nadia dah siap berbaju kurung menyerbu bilik K.Sya sambil menyanyi lagu raya . Habis lagu raya mereka bantai  . Sya masih menilik mukanya dicermin .
“K.Sya , dah cantik dah tu , jom lah , Ikmal dah call tadi ,cakap diorang tunggu kat umah ,” Qaira tak sabar-sabar nak pergi beraya .
“Alaa…K.Sya orang tuh bukan nak sangat pergi beraya , padahal tak sabar nak jumpa dengan Qhairil ,” usik Nadia .
“ Mestilah , dah 2 hari tak jumpa nih . Jumoa hari tu pun kejap je , tak sempat nak sembang dengan dia .”
“K.Sya , abang Harris  tak turun Manchester ke?” Nadia bertanyakan tentang pakwe K.Sya  .
“ Entah , dia cakap nak turun beraya di London , sebab sepupu dia ada di London .Dia ada gak ajak  K.Sya  beraya kat London ,tapi malas lah , bukan ramai sangat kawan kat sana .tak best la , beraya dengan orang yang tak kenal .”
“Yeahh…sokong K.Sya . Lepas nih , tak leh dah beraya dengan K.Sya . Alaa…Nanti K.Sya dengan abang Harris ,tiap-tiap tahun boleh beraya bersama kan ? kan? kan? “ malu-malu Sya diusik Qaira  begitu .
“Korang dah call Malaysia belom?” Sya mengubah topik .
“Tuh mata Qaira dah benggak lepas menangis tuh , mestilah dah call ,” kata Nadia .
“ Ha!!! Bengkak ke mata kita ? ye ke ? Alaa…Malulah nak jumpa Qhairil nanti ,” kata Qaira lalu menerpa kearah cermin didalam bilik Sya .
“Oit!!! Dah-dah lah tu , adi ni saja daj dekat  seratus juta kali dah kau sebut nama Qhairil , dah tak larat aku nak dengar ,”
“ Dah lah tu , korang .Jom la  , kita gerak ,” Sya Nampak manis ila berbaju kurung warna krim , mengajak Nadia dan Qaira pergi .
**********************************************
Mereka berjalan meuju kerumah Ikmal  .  Bila hampir sampai kerumah Ikmal , mereka ternampak Qhairil dan Adi  menuju kearah yang sama . Ayie mesti lah beraya dengan family dia .
“ Ya Allah , handsomenya Qhairil ,” kata Qaira .
“Dah seratus juta satu kali dah kau sebut nama Qhairil ,” Kata Nadia , tergelak .
“Machonya dia hari nih ,” kata Qaira lagi .
“Oit!!! Udah la tuh , dah cair taik telinga aku dengar nih .”
“Eleh…nanti denpan Qhairil , senyap lah tu Nad ,” kata K.Sya .
“Assalamualaikum korang  , selamat hari raya ,” sapa Qhairil bila mereka bertembung di depan rumah Ikmal .
“ Selamat hari raya ,” Adi pun turut sama .
“ Waalaikumsalam . Selamat hari raya .”
“Cun kau hari nih Sya , boleh wat calon menantu nih , heheheh ,” sempat lagi Adi puji Sya .
Tersipu-sipu Sya bila Adi memuji .
“ Weh!!! K.Sya je ke yang cun ? habis aku nih tak cun ke ? Tak leh gak ke wat calon menantu ?” tanya Qaira , sekadar bergurau .
“ Aku tak berani nak puji kau . Nanti kang ada yang mengamuk ,’ jawab Adi selamber .
“Weh…baru pagi tadi kau minta maaf dengan aku , nih da start wat balik yek ,” Qhairil menyiku Adi , tapi sempat dielak ,sambil  gelak .
“Apasal kau pulak yang marah nih . Aku ada mantion nama kau ke? “ tanya Adi kepada Qhairil , perangkapnya meengena .
“Oooo….kenakan aku yek ,” kata Qhairil , silap dia jugak termasuk perangkap . Dia mengetuk pintu rumah Ikmal .Fitri yang berbaju melayu biru membuka pintu .
“ Weh … masuk dululah , Ikmal tengah call parents dia .”
“Selamat hari raya ,”
“Selamat hari raya .”
Mereka menggantung jaket dan masuk duduk diruang tamu .Airil berbaju melayu putih  , sedang melepak di atas sofa.
“Hmmm….Ada orang pakai baju sepasang la. Dalam diam korang berpakt erk ? Hehehe…”
sakat Nadia bila menyedari yang baju Qaira sama warna dengan Qhairil ,warna purple violet .Kebetulan mereka duduk sebelah-menyebelah .
Qaira dan Qhairil berpandangan ,kemudian masin-masing tersenyum .
“ Kebetulan la ,” jawab Qhairil dan Qaira serentak .
“Hehehe…dah la pakai baju berpakat sama warna , cakap pun berpakat jugak ke ,” sakat Nadia ,yang lain ikut sama ketawa .
“Apa yang korang duk bising-bising kat bawah nih , sampaikan kat atas pun boleh dengar , kacau je aku nak jiwang-jiwang dengan family aku ,” Ikmal  turun kebawah .
“Kita ada pengantin hari nih ,” jawab Nadia , pantas melarikan diri dari cubitan Qaira .
“Pengantin? Sapa kahwin nih ?” lembap pulak si Ikmal nih .
“ Kau tak perasan ke yang kita ada dua merpati sejoli  , pakai baju sama warna hari nih ?”
Qaira yang duduk disebelah Qhairil tadi melarikan diri .Dia duduk disebelah Sya ,tapi sempat lagi curi pandang kat Qhairil yang tersenyum .Hmmm…dia suka ke aku pakai baju sama warna dengan dia nih .
Kalau boleh ambil gambar dengan Qhairil kan best , dah lah pakai baju sama warna  . Tapi malu la pulak nak cakap kat dia . Macam mana nak buat erk ,tak ada  idea pulak pagi-pagi ni .
“Ooo…Selamat pengantin baru …opss…tersilap …selamat hari raya …heheheh..”
“Korang…jom ambik gambar dulu sebelum pergi beraya ,” cadang Fitri .
“Nih yang sayang Fitri nih , tau-tau aja aku nak ambik gambar dengan Qhairil ,hehehe…,” bisik Qaira sendiri .
Mereka pun mulalah berposing sakan dengan baju tradisional Malaysia . Dapat jugak Qaira bergambar dengan Qhairil berdua . Tapi dengan Ikmal ,Fitri , Airil dan Adi pun dia ada gambar berdua gak . Biasalah taktik nak cover .
Selepas habis sesi fotografi ,diorang pun serbu rumah terbuka di sekitar Old Trafford . Mula-mula sekali diorang serbu umah Lynn dan Nasruddin .Kenyang makan rending hari nih .Hampir setiap rumah yag mereka pergi masak rendang . Banyak jugak open house di kawasan umah mereka . Bukan saja open house student UMIST mereka serbu , dari university –universiti lain kat Manchester pun mereka serbu . Setiap rumah yang mereka pergi tuh sempatlah Qaira , Sya dan Nadia menjemput ke open house kat umah diorang pada hari raya kedua .
Memandangkan siang yang pendek ,mereka tidak sempat pergi ke open house di kawasan lain . Open house di Old Transfford pun dah tak terkejar . Lagipun malam nanti , Qaira , Sya dan Nadia kena bersedia untuk openhouse kat umah mereka pulak . Nasib baik barang-barang dah beli . Kalau tak kelam kabut jugak la .
Habis beraya , semua kepenatan ,perut pun dah kenyang. Yang lelaki dah balik kerumah masiing-masing , kemudian membuta . Kononya memula janji nak tolong budak-budak umah Qaira memasak , tapi semua lesap .

*******************************************
Di rumah Qaira , semuanya sedang bertunkus lumus menyediakan hidangan open house esoknya . Wlaupun penat ,tapi seronok .Sya sibuk masak rendang . Qaira pula pudding dan kek . Biakut raya banyak dah , family diorang hantar dari Malaysia  . Nadia pula masak nasi himpit , kemudian tolong Qaira dan Sya . Roti jala dan kuah kari diorang  nak masak pagi esok . So, kna bangun awallah . Tapi bahan –bahan dah sedia siap-siap . Tunggu esook masak saja .
Sedang diorang masak , Ikmal ,Fitri ,Airil , Qhairil dan Adi datang . Baru Nampak muka , dah siap nak masak .Lepas tu , bukannya nak tolong masak ,tolong kacau diorang masak adalah . Tapi seronok jugak ramai-ramai ,rasa meriah suasana raya . Ikmal dan Qhairil siap bawak gitar  , kemudian mereka beramai-ramai menyanyi lagu raya . Bukan ingat sangat pun lirik tu ,diorang main hentam saja ,asal dengar macam lagu raya pun bolehlah .
“Weii…snow lah,” Kata Airil ,bila dia mengintai ke luar tingkap .
“ Snow? Patut pun sejuk gilerr hari nih .Snow nak turun rupanya .Lebat ke?” taya Ikmal ,turut mengintai luar tingkap .Fitri ,Qhairil dan Adi turut mengintai sama .
“Weii…girls, snow lah .” laung Ikmal pada Qaira ,Sya dan Nadia di dapur . Diorang melepak diruang tamu selepas dihalau dari dapur  tadi sebab asyik mengacau saja . Dapur dah lah kecik .
“Ye ke?” Semua keluar dari dapur .Qaira membuka pintu depan dan melihat keluar .
“Uihh….Lebatnya . Hari tu tak ada lah lebat cam nih ,” kata Qaira .
“White raya lah kita tahun ni ,ehehehh.”
Mereka memerhatikan snow yang turun dengan lebat. Manchester jarang turun snow ,kalau ada pun tak tebal . Kali ni memang tebal snow . Kemudian Qaira , Sya dan Nadia kembali menyiapkan juadah raya mereka .Hampir tengah malam semua siap .
“Adi mana?” tanya Qaira bila melihat Adia tiada .
“Balik , nak ambik dia punya digicam . Nak ambik gambar snow .”
“Lebat lagi ke snow?” tanya Nadia .
“Dah tak lebat . Wau!!! tebalnya salji .Semua putih je kat luar ,” Kata Qaira yang mengintai keluar tingkap .
“Weh!!!  jom buat snowman depan rumah korang . Esok orang mai biar snowman yang jadi  penyambut tetamu .”
“Hehehe… bernas jugak idea kau tu. Jom lah . Best gak main snow tengah-tengah malam noh .”
Semua memakai kot dan sarung tangan , dan kemudian kelaur kehalaman rumah Qaira . Seronok diorang main snow. Taklah sejuk macam siang tadi . Selalunya sebelum salji turun cuaca jadi tahap beku .Bila dah turun salji , kuranglah sikit sejuk .
Adi kembali dengan membawa digicamnya . Dia sibuk mengambil gambar kawan-kawannya yang tengah seronok  bina snowman . Salji dah pun reda , langit pun dah tiada awan .Nampak putih je sekeliling . Jadi cerah pulak sekeliling sebab semuanya menjadi putih diselaputi oleh salji . Qaira yang tengah sibuk membetulkan snowmannya yang dah pun tegak berdiri terasa lehernya tiba-tiba sejuk .
“ Arghhh!!!!!! Sejuk !!!!! ,” Ada orang letak snow kat leher dia .
Qhairil tergelak . Tahu lah dia siapa punya kerje . Apa lagi , dia pun kejar Qhairil yang masih ketawa . Susah jugak nak berlari laju ,sebab salji tebal diatas jalan .Kaki pun tenggelam bila berjalan . Berapa kali dia jatuh masa nak kejar Qhairil . Tak puas hati dia bila Qhairil tak berhenti gelakkan dia . Kawan-kawan yang lain pun gelak melihat adegan kejar-mengejar antara Qaira dan Qhairil .
Penat Qaira mengejar Qhairil tak dapat , dia pun mengambi sedikit salji dan membentukkan salji itu seperti bola . Dia melemparkan snowball itu pada Qhairil . Tak kena . Dia buat lagi snowball yang lain . Tengah dia buat snowball yang lain , Qhairil sempat dulu baling snowball kearah Qaira . Kena badannya . Qaira balas balik ,tapi tak kena . Kemudian dia mengelak dari serangan Qhairil , Airil yang berada dibelakang Qaira terkena .
“Weh!!! Aku lak yang kena . Nih kena declare war nih . Serang !!!”
Semua turut serta lawan snowball . Memamng dah tak rasa sejuk dah , sebab berlari kesan sini mengelak dan mengejar . Qaira tak puas hati sebab tak dapat balas kat Qhairil . Dia senyap-senyap pergi ke belakang Qhairil , dengan snowman di tangan . Qhairil tak sedar dengan kehadiran Qaira ,sebab sedang sibuk nak tuju kearah Ikmal .
“Ril !!!” panggil Qaira sebaik saja dia berdiri betul-betul dibelakang Qhairil .Qhairil berpaling kebelakang .Apa lagi , Qaira pun menyapu salji ke muka Qhairil .Qhairil memang dah tak sempat mengelak , habis putih muka dia dilumuri salji . Qaira tergelak melihat muka Qhairil , kemudian cuba melarikan diri . Tapi Qhairil lebih pantas  menarik tangan Qaira . Snowball ditangannya yang hendak dibaling pada Ikmal tadi disuakan ke muka Qaira .
“ Nak nih ?” ugut Qhairil , tersengih .
“Arghhh…tak nak tak nak …ampun Ril , tak buat dah ,” kata Qaira dalam ketawa , cuba menarik tangan dari Qhairil .
“ Sapu balik muka aku , kalau tak kena ,” kata Qhairil .
Qaira menyapu sisa-sisa  salji dimuka Qhairil . Kemudian dengan sekelip  mata  dia merampas snowball yang terdapat ditangan Qhairil  dan meletakkan di atas rambut Qhairil  pula . hairil melepaskan tangan Qaira untuk menyapu salji yang terdapat diatas kepalanya . Peluang itu digunakan oleh Qaira untuk melarikan diri . Qhairil mengejar Qaira . Susah jugak nak tangkap si Qaira nih . Akhirnya dia Berjaya memaut pinggang Qaira dari arah belakang .
“Ha!!! Kau nak lari mana lagi ?”
“Ampun Ril , tak buat dah . Betul nih ,” Qaira cuba melepaskan diri .
“Tadi dah minta ampun , tapi buat lagi . Memang aku tak lepas lah kau ,” kata Qhairil .Aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila  Qaira .
“Raya nih , kena bermaaf-maafan lah ,” kata Qaira , menarik tangan Qhairil di pinggangnya  untuk melepaskan diri . Qhairil melepaskan pinggang Qaira , tapi pantas mencapai tangan Qaira supaya tak dapat melepaskan diri .
Sebaik sahaja Qhairil melepaskan rangkulannya , Qaira dengan pantas cuba melarikan diri . Qhairil menghalang dengan kaki nya , menyebabkan  kedua-duanya  terjatuh ke atas salji .
“ Adui!!! “ jerit Qhairil bila Qaira terjatuh keatasnya .
“ Hehheeh… Padan muka , “ gelak Qaira , cuba bangun , tapi di haling Qhairil yang terbaring diatas salji .
“Ada drama Hindustan la pulak malam –malam nih ,” tiba-tiba suara Airil menyedarkan Qaira dan Qhairil yang kawan-kawan yang lain masih ada di situ . Asyik sangat usik-mengusik berdua , terlupa dengan kawan-kawan yang lain .
“ Serang!!!!!” tiba-tiba Ikmal menyerbu Qhairil dan Qaira ,dan menyerang dengan snowball .
Kawan-kawan yang lain ketawa dan turut menyerang sama . Qaira dan Qhairil tak sempat bangun untuk membalas atau melarikan diri . Teruk mereka kena serang . Habis mereka berdua berlumuran salji . Qhairil lagi teruk kena , sebab dia lindung Qaira , biasalah , kenalah tunjuk hero sikit .
“ Okey…okey …kitorang surrender !!!” Qhairil mengangkat kedua-dua belah tangannya keatas , tanda menyerah kalah .
“ Sebab korang kalah , dendanya , korang kena buatkan kitorang  semua  hot chocolate . Setuju kawan-kawan ?” tanya Ikmal , lagak sebagai  ketua .
“Setuju !!!” semua menyokong Ikmal .
Akhirnya mereka semua masuk semua kedalam rumah Qaira .Qhaira dan Qhairil ke dapur untuk menyediakan hot chocolate . Yang lain –lain terlantar di ruang tamu kepenatan . Selepas rehat dan minum hot chocolate , Ikmal ,Fitri ,Airil Qhairil dan Adi kembali kerumah masing-masing . Qaira , Sya dan Nadia masuk bilik dan tidur . Esok dah la kena bangun awal pulak nak masak roti jala dan kuah kari .
keesokannya nasib baik lah Sya terjaga awal , teruk jugak nak kejutkan Qaira dan Nadia .Tergelak Sya masa nak kejutkan Qaira .Budak tuh asyik senyum-senyum saja dalam tidur . Entah apalah yang di mimpikan ,mesti mimpikan Qhairil .
“Qaira , Qhairil call ,” kata Sya bila Qaira masih liat nak bangun .
“Ha !!! Qhairil call ?” terus bangun cari handphone .Tergelak Sya sampai tekan perut tengok gelagat si Qaira .
“Alaa…Apa nih K.Sya . Pagi-pagi dah kenakan kita .”
“ Dah susah sangat nak bangun ,. Sebut je nama Qhairil terus bangun yek , Cepatlah , roti jala belum buat lagi nih . Nanti tak sempat .
“Okeylah…okeylah… kita bangunlah nih .Nadia dah bangun belum ?”
“Tadi dah kejut , tapi tak tau la dah bangun ke balum .”
**********************************************

Meriah jugak open house rumah mereka . Semua yang datang tergelak melihat snowman yang menjadi penyambut tetamu . Dah lah snowman tu siap pakai songkok dan kain sampin . Budak-budak lelaki lah punya kerja tu pagi tadi . Tak pasal-pasal snowman tuh jadi glamour , semua nak bergambar . Sampaikan mat salleh yang lalu depan umah pun nak bergambar dengan snowman tuh .

BAB 6 ASKLS

Nott’s Game Day…
Mereka semua bertolak ke Nottingham dengan menaiki bas yang telah disewa khas oleh UMIST mereka .Tak sampai 2 jam pun perjalanan ke Nottingham  .Tak semua pergi dengan bas ,ada jugak yang pergi sendiri .Kedua-dua team bola sepak pergi dengan bas ,jadi kecohlah suasana dalam bas .Qaira yang duduk dengan Nadia senyap aje , sekadar tergelak bila tengok gelagat budak-budak nih . Sya duduk dengan Lynn .Tak ramai sangat perempuan ,sebab kat UMIST memang tak ramai budak perempuan . Pukul 8.30 pagi diorang dah sampai kat Nottingham  university .Dh ramai pun orang kat sana .
Bukan ramai pun yang terlibat denga sukan ,diorang datang just untuk bagi sokongan . Ada juga yang menggunakan peluang ini  untuk berjumpa dengan kawan-kawan dari seluruh UK dan Ireland .Meriah betul , macam funfair aje .
Selepas mendaftar , team volleyball pun pergi ke tempat volleyball game bakal berlangsung .
Semua game kecuali bola sepak diadakan ‘indoor’ .
“Good luck Qaira ,” sempat lagi Qhairil berpesan sebelum berpisah .Nih semangat ,orang tersayang bagi kata-kata  semangat .
“Good luck to you too ,” balas Qaira .
Perlawanan berlangsung tak lama selepas tu . Game nih guna kalah mati . Setiap perlawanan diorang hanya bermain satu set aje . Kalau nak bermain full set , maknanya pengsan lah kitorang ,sebab kalau menang ,kena lawan dengan pasukan seterusnya pulak .Rehat sekejap je .tak disangkan team mereka dapat mara ke peringkat suku akhir .Boleh tahan juga . Tapi tak hairan laaa , sebab Fitri  , Luqman dengan Fadhil  dulu main utuk wakil sekolah .Qaira setakat nak main Antara rumah sukan je boleh lah  masa zaman sekolah dulu .
Masa suku akhir , lawan denga team UCL ,tangan Qaira terseliuh ,akiat terkena spike dari team lawan .Dia yang silap skill  masa nak sambut bola tu . Sakit sangat masa kena tu , tapi dia diamkan aje .Sebab diorang dah pun hampir menang .Terpaksalah dia tahan sakit ampai habis game .Nasib baik diorang menang ,dapat mara ke separuh akhir .
Sementara menunggu perlawanan separuh akhir ,diorang berehat sekejap  .Qaira senyap je , sebab tangan dia masih sakit . Entah kenapa ,nasib Qaira memang tak baik hari nih .Masa dia bangun nak pergi beli air , kaki dia tersadung dengan tali bag  diatas lantai . Apalagi jatuh macam nangka busuk . Tangan dia yang dah sedia sakit ,jadi bertambah sakit apabila tangannya terlipat bawah badan dia .Rasa mcam nak tercabut je sendi ,punya la sakit .Kalau tak ramai orang kat situ ..mau nya dia menangis jugak .
“Qaira , Qaira ok ke ?” tnya Fitri . Cis!!! Tangan aku rasa nak tercabut  ,dia boleh tnya ok ke tak .Tapi diorang tak tauu tangan aku memang dah sakit .
Qaira duduk sambil memegang tangan kanannya . “Sakit tangan laa, “ jawab Qaira .
“Meh…K.Lynn tengok  tangan tuh ,” kata Lynn . Dia memang pandai mengurut . Qaira menyinsing lengan bajunya .
“ Weh..lebam tangan kau ? Takkan baru jatuh terus lebam kot ,” terkejut yang lain tengok tangan Qaira dah biru campur merah sebab lebam dari pergelangan tangan  hingga ke siku .
“Uihh…Teruk nih ,” kata Lynn memegang lengan Qaira .
“Arghh!!! K.Lynn jangan tekan kuat sangat ,sakit lah ,” terjerit Qaira bila Lynn memegang lengannya .
“Macam mana boleh jadi nih ?” tanya Fitri .
“Rasanya terseliuh kena spike masa lawan UCL tadi ,”
“ Kau tak leh main dah macam nih . Suruh Nadia ganti ,” arah Fitri ,sebagai ketua pasukan .
“Nadia mana?” tanya Adi .
“Tadi dia kata nak gi tengok bola sepak ,” jawab Qaira .
“Nanti aku call dia suruh ganti Qaira ,” Fitri mengambil handphone nya dan call Nadia .
Panggilan tak berjawab .
“Budak nih tak angkat call pulak ,” kata Fitri ,bila tiga kali dia call masih tak diangkat .
“Try call budak-budak bola  ,kot-kot diorang Nampak Nadia ,” Adi memberi cadangan .
Fitri menelefon Ikmal ,juga tiada jawapan .Ada game kot .Dia call Airil pula , sebab diorang team lain-lain .Nasib baik Airil angkat call.
“Weh!!! Nadia ada situ tak?’
“Tadi ada , dia kata nak gi town dengan geng-geng Auni .”
“Laa…gi town tak cakap dengan kitorang .macam mana nih .”
“Kenapa ?”
“Qaira injured ,kitorang nak main untuk semi final dah jap lagi nih .” kata Fitri .
“Qaira injured ?Injured camna ?”
“ Tangan dia terseliuh .Teruk gak lah .Biru tangan dia . Nak gerak pun tak boleh ,kalau pegang lagi la ,menjerit-jerit ,” lebih-lebih pulak si Fitri nih .
“Habis tu ,takda orang ke nak ganti ?”
“Mana ada budak bola jarring ada game lagi .Mana ada budak perempuan lain dah ,” jawab Fitri .
“Dah tu korang nak wat macam man ?”
“Kena Tarik diri lah jawabnya . Klau tak cukuo dua orang perempuan damalm court kira disqualified .Kau dah habis game belom ?”
“Kitorang dah kalah .Tapi team Ikmal tengah main quarter  final sekarang .”
“ Takpe lah . Tapi kalau kau Nampak Nadia ,kot-kot dia tak jadi gi town ,kau suruh dia mai sini terus tau ,” pesan Fitri .
“Ok,”
Sebaik saja Airil memutuskan talian ,Qhairil yang berdiri di sebelahnya terus bertanya  .
“Qaira injure ke?”tanya Qhairil ,sempat lagi curi dengar tadi ,bila sebut nama Qaira disebut .
“Ha’ah , tangan dia terseliuh .Teruk gak Fitri kata ,” jawab Airil ,tak sedar dah muka Qhairil dah mula bimbang .Biasa la , buah hati sakit ,mesti susah hati .Airil yang sedang menonton perlawanan bola Antara UMIST dengan Southamtom Univercity  tak menyedari yang Qhairil disebelah resah semacam . Tak concentrate dah tengok perlawanan .
“Airil , aku nak masuk dalam la ,” kata Qhairil ,5 minit selepas tu .
“ Kau nak gi kat bebudak volleyball ke?” taya Airil .
“Err… aku nak gi toilet sat , pastu nak g jenguk Ayie kat snooker jap , dengan bebudak volleyball skali ,” Qhairil memberi alasan ,padahal nak gi tengok Qaira yang cedera .
Bila Qhairil sampai kat volleyball court ,dia tengok  perlawanan semi final dah pun bermula .Qaira pun turut berada dalam court  .
“Aik!!! Kata injured ,apasal main gak ,”fikir Qhairil sendiri . Dia pergi kearah Luqman dan Fadhil  yang berada di tepi gelanggang menyokong pasukan mereka .
“Man ,kata Qaira injured ?” taka da bagi salam ke dulu ,Qhairil terus tanya pasal Qaira .
“Ha’ah , tangan dia terseliuh ,” jawab Luqman .
“Habis tuh, apasal dia main gak?”
“ Fitri suggest diorang tarik diri , tapi Qaira tak nak . Dia kata rugi la , sebab diorang dah masuk semi final . Lagipun dia just jadi dummy je dalam court tu .Kau tengok la sendiri . Kalau bola datang kat dia ,orang lain tolong ambikkan .Qaira punya idea  la tuh .”
“Teruk ke tangan dia ?”
“Teruk …Biru tangan dia , lebam .Bengkak lak tuh .”
Qhairil memerhatikan Qaira dalam court , memang Qaira tak sambut pun bola  .Pasukan mereka dah ketinggalan  . Selepas berhempas pulas , mereka Berjaya merampas servis  . Tapi , tiba gilian Qaira untuk serve ,ahli yang lain seperti tak membenarkan Qaira serve . Namun Qaira berdegil . Lagipun tangan kananya yang sakit ,dia serve menggunakan tangan kiri .
Tapi masa nak serve ,tangan kanan masih diperlukan untuk memegang bola  . Qhairil yang ‘cocentrate’ tengok Qaira ,perasan yang Qaira menahan sakit .Dia rasa macam nak masuk je court hentikan perlawanan .Degil betul budak nih ,dah la sakit nak main lagi .Qaira pula , tengah menahan sakit lepas dia serve tadi ,dia tak sedar bola menghala kearah dia  . Fadhil yang berdekatan cuba menyambut bola ,sebelum kena Qaira ,tapi dia pula tak sengaja terlanggar  tangan Qaira .
“ Aduh!!!”Qaira terduduk , mata dia dah berair tahan sakit .Permainan dihentikan .Qhairil ,Luqman dan Fdhil turut menyerbu ke gelanggang .Qhairil menolak Adi ketepi untuk duduk disisi Qaira .
“Dah la tuh ,jangan main lagi lah ,” marah Qhairil ,tak tau kepada siapa . Tak sanggup dah tengok muka Qaira yang comel tu berkerut menahan sakit .
“Tapi…”
“Betul kata Ril tu Qaira . Kita Tarik diri je lah . Lagipun kita memang dah ketinggalan pun,” Fitri menyokong Qhairil .
“Apasal nih? Eh !!! Qaira ,kenapa nih ?” tiba-tiba saja Sya muncul . Dia baru je habis main scrabble .
“Qaira injured .”
“Eh!!! K.Sya dah habis scrabble erk . Ha…K.Sya la ganti Qaira  ,” sempat lagi Qaira bagi cadangan dalam sakit-sakit tu .
“Ha? Ganti apa?”
“Sya ,kau ganti Qaira main ,” Fitri menerangkan pada Sya yang masih terpinga-pinga .
“Erk , Nadia mana ?”
“Nanti lah citer . Lagipun baik kau ganti daripada Nadia . Dia langsung tak practice ,at least kau selalu main dengan kitorang ,”Fadhil bersetuju dengan cadangan tu .
Permainan disambungkan semula .Sya menggantikan tempat Qaira .Qaira dibawa ketepi gelanggang .”Apasal kau pergi main gak dah injured pun . Kan dah jadi teruk nih ,” Qhairil memarahi Qaira . Belum sempat duduk dah kena marah .
“Game kau dah habis ke Ril ?” tanya Qaira ,menukar topic .
“Dah ,” jawab Qhairil sepatah ,mengambil tempat disisi Qaira .”Tengok tangan kau ,” perintah Qhairil .Qaira menyinsing lengan bajunya perlahan-lahan ,sesekali mengerut muka bila tersentuh lengannya yang dah mula bengkak .
“Ya Allah ,teruknya .Apasal kau pegi main gak teruk camnih ,” Qhairil kembali marah .Bukan niat dia nak marah pada Qaira ,tapi dia terkejut tengok lengan Qaira yang putih tu dah jadi biru .
“Alaa..Ril,aku tengah sakit nih kau marah-marah pulak ,” bunyi macam merajuk dah suara Qaira .
“Dah letak ubat belom ?” Qhairil melembutkan suaranya .
“Tadi K.Lynn dah sapu ubat sebelum game start .”
“ Hmm..tunggu jap erk ,” Qhairil tiba-tiba bangun . “Man ,tolong tengok-tengokan si Qaira jap,” sempat lagi Qhairil berpesan sebelum berlalu . Ishh…ingat aku nih budak –budak kecik ke nak kena jaga . Dia nak gi mana pulak , baru nak bermanja-manja sikit , dia tinggalkan aku pulak . Sempat lagi Qaira mengomel dalam hati .
**********************************************
“Hai…you’re Qaira kan?” Datang pulak mamat handsome tak lama selepas Qhairil pergi .Tapi Qhairil lagi handsome la , sempat lagi Qaira membuat perbandingan dengan Qhairil . Tapi kalau tanya Qaira , memang Qhairil la , paling handsome kat mata dia ,tak ada orang lain yang boleh lawan .
“Yup,that’s my name . And you’re…?”
“ I Hakim , from UCL . I yang spike bola kena u tadi , so I mintak maaf .”
“It’s ok , biasala … kena bola dalam game .”
“But teruk gak I tengok u injured . I rasa guilty pulak ,” Hakim memerhati lengan Qaira  . Dia mengambil tempat di sebelah Qaira .
“This ? its not your fault . Nih sebab I jatuh tadi .My fault ,careless .”
“Really?” tanya Hakim meminta kepastian , memandang wajah Qaira .Cutenya budak nih .
“Yup .”
“But I still want apologize because of what I did .”
“Ok . Apologize accepted .”
“So , nice meeting you then .”
“You too . How did you know my name ?” Soal Qaira ingin tahu .
“Adalah .”
“Hmmm…I hate that kind of answer .”
“Sorry ,I ask around  . Then Reen ,budak IC bagi tau I your name .” Reen rupanya yang bagitau nama , kawan dia yang study kat Imperial College .Bukannya kawan rapat pun ,kawan melalui kawan .
Pada masa tuh ,Qhairil masuk ke dalam dewan volleyball . Nampak Qaira sedang berbual-bual dengan Hakim .
Ishh…mamat mana pulak nih .Luqman tak ada  pun , tak boleh diharap .Aku suruh jaga Qaira kejap pun tak boleh ,sempat lagi Qhairil mengutuk Luqman .Kawan Qaira kot ,Qhairil sedapkan hatinya .
“Hai …,” tegur Qhairil ,saja je kacau daun .Dia mengambil tempat disebelah kanan Qaira .Kena kepit dengan mamat-mamat handsome la pulak si Qaira nih .
“Hai ,” jawab Hakim .
“Ril , nih Hakim ,budak UCL ,” Qaira memperkenalkan Hakim kepada Qhairil . Di tangan Qhairil ada setin pepsi  .Laa… tadi keluar pergi beli air ke , bukannya nak cakap ,boleh jugak nak kirim .
“ Hai , Qhairil .Kawan Qaira ke ?” Qhairil menghulurkan tangan bersalam dengan Hakim .
“Tak lah ,.” I’m the bad guy who did this to her ,” jawab Hakim .
“Takdelah , Ril ,dia saja exaggerate . Team kita lawan team diorang masa quarter final tadi ,”Qaira menyampuk .
“Oooo…,”
“Balasan buat kat dia kot ,team kitorang kalah .Congrates anyway .”
“Thanks ,” jawab Qaira .
Qhairil kemudian mencapai  lembut tangan Qaira yang sakit ,dan meletakkan diata ribanya . Dia mengambil air tin pepsi yang dibeli tali ,dan menuam kat kawasan lebam .  Rupa-rupanya pergi beli air tin untuk tuam tangan aku ,fikir Qaira .Tak baik betul aku kutuk dia tadi ,tak sangka Qhairil melayannya sampai begitu baik sekali .
Qaira yang terkejut dengan tindakan Qhairil tak terkata . Dah lah selamba je depan Hakim dia buat macam tuh . Dia cuba mengalih tangannya ,tapi kemudian menjerit kecil menahan sakit bila tin air yang dipegang Qhairil tertekan kuat ke atas lebam di tangannya .
“Syyy…sorry..sorry … okey . Jangan la gerak –gerak tangan tuh ,” kata Qhairil memujuk Qaira , tangannya yang satu lagi memegang lembut  tapi kemas tapak tangan Qaira .”
Qhairil memandang kearah Hakim .Hakim yang memerhati gelagat mereka berdua dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Qhairil . ‘She’s of limit’ . Melepaslah dia nak kenal lebih rapat dengan gadis comel ni , dah berpunya rupanya .
“Well , I ‘ll take my leave then .Sorry again .Hope you get well soon Qaira .Take care of your girlfriend Qhairil ,” Kata Hakim dan berlalu pergi .
“Ok ,nice meeting  you .Bye ,” Qaira menjawab bagi pihak dia dan Qhairil ,melemparkan senyman manisnya pada Hakim .Tergugat jugak Hakim tengok senyuman Qaira  , tapi nak buat macam mana ,dia tak suka mrebut orang punya , bukan style dia . Qhairil sekadar tersenyum pada Hakim  , tidak bersuara .
“Heheheh…Ada ke dia cakap aku ni girlfriend kau ?” Qaira tergelak selepas Hakim pergi .Qhairil tak berkata apa-apa .
“Ril , thanks ,”  Ucap Qaira bila Qhairil tak berkata apa-apa .
“Hmmm..Qhairil tak mengangkat mukanya ,concentrate angat tuam tangan buah hatinya .
“Sakit sangat ke ?” tanya Qhairil lembut ,memerhatikan muka Qaira , yang kadang-kadang kelihatan seperti sedang menahan sakit .Tangannya yang tak memegang air tin mengusap-usap lembut tapak tangan Qaira .
“ Ok dah sikit . Sayang jugak kau kat aku yek,” kata Qaira bila Qhairil diam saja . Resah dia tengok bila Qhairil serius sangat . Qhairil mengangkat mukka memandang tajam kearah Qaira . ‘Alamak ‘ macam mana dia boleh terlepas cakap nih ,” fikir Qaira ,macam nak tampar-tampar je mulut nih .Kemudian dia kembali lega bila Qhairil tersenyum .
“Aku memang saying kat kau , tapi kau je yang tak saying aku ,” kata Qhairil . ‘Aku memang saying sesangat kat kau Qaira , kau je yang tak sedar ‘.Kata Qhairil dalam hati .
“Sapa kata , aku saying jugak la kat kau ,” jawab Qaira ,bila diingatnya Qhairil dah mula bergurau macam biasa . ‘Kau tak tahu Ril ,aku memang syang gilerr kata kau ,” Bisik hati Qaira ,boleh lagi melawak dalam jiwang .
“Bagus la…kau kan girlfriend aku .kena la sayang aku ,” kalau betul  kan best ,fikir Qhairil .
“Aduh , Ril …pelan la sikit .”
“OK…OK …sorry yek sayang .
“Waaa !!! Qhairil ,janganlah buat aku menharap macam nih . Kau tak tau ke betapa seksanya aku terpaksa simpan rasa sayang kat kau sekian lama ,”Qaira menangis dalam diam .
“Uihh…romantic siot ,” muncul Fitri tiba-tiba di hadapan mereka .
“Eh..game dah habis ke ?”
“Laa…korang berdua nih .kitorang main kat depan mata pun tak sedar dah habis ke belum.”
“Err…sapa menang ?”
“Kitorang la menang . Nasib baik ada Sya jadi penyelamat  .”
“Weh !!! Qaira sanggup main gak dalam sakit tadi korang tak nak berterima kasih  ,” Qhairil mengingatkn ,macam nak persalahkan Fitri pulak biarkan Qaira bermain juga walaupun cedera .
“Mestilah berterima kasih gak kat heroin kita hari nih .”
“ Camane tangan Qaira ?”
“Ok lah K.Sya , kurang dah sikit sakit .”
“Dah letak ubat belum .”
Qaira baru tersedar yang tangan dia masih diatas peha Qhairil .Dia cuba mengalihkan tangan nya perlahan –lahan , tapi Qhairil lebih pantas memegang jarinya , tak membenarkan dia bergerak . Nasib baik yang lain tak usik pun pasal tu , diorang buat tak tahu je .
“ Aku baru je tuam tangan dia , nanti letak ubatlah . Mana first aid ?”
“Ada kat tepi tu tadi .”
“Kau takada game ke Ril ?” tanya Nasruddin .
“Team aku dah kalah .Team Ikmal tengah lawan lagi tadi .”
“Eh…K.Sya ,scrabble camane ?”
“Dah ada kat sini , maknanya dah out la .”
“Ooo…korang bila final volleyball ? Lawan team mana ?”
“Jap lagi , lawan team tuan rumah .”
Mereka semua berehat sementara menunggu perlawanan akhir .Tangan Qaira dah pun berbalut .Sakit pun makin kurang , tapi tak boleh bergerak sangat , kalau tak ,rasa sakit balik .
“Qhairil . kau tak gi tengok bola ke?” tanya Qaira pada Qhairil  bila perlawanan akhir bermula dan yang lain dah masuk court ,kecuali Luqman dengan Nasruddin .
“Takpe laa . Ramai dah penyokong bola . Sini takda supporter pun,”
“Ayie menang tak?”
“Kalah gak .”
Pasukan volleyball mereka kalah dengan Nottingham Univercity  . Tapi kira ok lah dapat tempat kedua .Dapat jugak piala . Berbaloi jugak lah Qaira main dalam sakit .Pasukan bola sepak mereka yang satu lagi Berjaya menewaskan Warwick Univercity  untuk menjadi juara .
“Makan jom , lapar la .” Pelajar-pelajar Nottingham  Univercity ada membuka gerai menjual makanan ,jadi senang lah mereka yang datang nak membeli makanan .Mereka mengambil beg dan jaket mereka untuk beredar  . Disebabkan tangan Qaira yang tak boleh sangat  bergerak , nak pakai jaket pun susah , kena orang lain tolong pakaikan .Beg dia pula Qhairil tolong bawakan . Gentlemen jugak Qhairil nih .

*****************************************
Nadia kembali dari bandar Nottingham sebelum upacara penutup bermula .Dia terkejut tengok Qaira cedera .Telefon dia kehabisan bateri  ,sebab tu tak dapat duhubungi . Selepas habis acara penyampaian hadiah ,mereka bertolak balik ke Manchester . Kali ni , senyap je suasana dalam bas , berbeza dengan pagi tadi . Mana tidaknya ,semua keletihan , ramai yang tertidur dalam perjalanan balik  .Qhairil yang sengaja mengambil tempat disebelah tempat duduk Qaira  dan dia tak tidur pun sepanjang perjalanan  . Asyik dia perhatikan Qaira yang lena tidur ,sampai dia sendiri lupa nak tidur walaupun keletihan  .Nadia balik bersam Auni dan kawan-kawannya yang menyewa kereta ke Nottingham .



BAB 5 ASKLS

“ Weh!!! Adi kau dah masak belom?” tanya Qhairil yang baru baik dari latihan bola sepak . Adi sedang tengook tv di riang tamu . Ayie seperti biasa pergi Lanchester .
“Dah , camne dengan  practice hari ni ?”  tanya Adi .
“Biasa je ,” jawab Qhairil .
“Aku ada practice volleyball malam nih , kau nak ikut tak ?”Tanya Adi .
“ Malas..laa ,” jawab Qhairil ringkas . “ Aku nak naik mandi  la . Jap lagi aku turun makan .” Qhairil menuju ke tangga untuk naik kebiliknya , tiba-tiba telefon berbunyi .
“Hello ,”
“Hello , Ril , Adi ada yak ?” tanya Qaira .
“ Cari Adi wat apa , aku kan ada .” jawab Qhairil ,memang dia cam suara Qaira di sebelah sana .
“Tak mau la cakap dengan kau , aku nak cakp nga Adi .”
“Kenapa cari Adi ?” tanya Qhairil ,tak puas hati .
“Adalah…sibok la kau nih .Bodyguard  dia ke?”
“ Ha’ah , mak dia pesan kat aku suruh jaga dia ,” jawab Qhairil,sengaja melengah-lengahkan masa . Tak puas lagi dengar suara Qaira .
“Mak dia percaya kat kau ?”
“ Mestilah , akukan baik , berbudi bahasa , bertanggungjawab .Memang boleh buat calon menantu laa ,” kata Qhairil ,naik  lif tekan sendiri .
“ Heehehheheh…Kau nak jadi menantu family Adi ke ? Nak ngorat kakak Adi ye k,” gelak Qaira .
“ Laaa… apa pulak , jadi menantu parents Adi  . Jadi menantu Mustafa laa ,” jawab Qhairil ,sempat lagi bagi hint kat Qaira .
“ Heheheh…ye ke? patut laa , jumpa bapak aku kat airport hari tuh ,bukan main sopan lagi yek .”
“Biasalah , nak ngorat anak dia , mestilah ambik hati parents  dia dulu ,” kata Qhairil .Qaira , aku serius nih …bukan main –main  ,bisik Qhairil dalam hati .
“Heheh…kau jangan , bapak aku garang tau ,” gelak Qaira  ,disangka Qhairil begurau .
“Denga aku , bapak kau tak garang punya .Sebab aku kan bakal menantu mitahli .”
“ Dah lah …layan kau nih sampai esok pon belom tentu habis . Adi mana? tanya Qaira ,menukar topick ,bila Qhairil semakin melalut .
“ Ye laa…tak pe..orang dah tak sudi nak bercakap dengan kita ,” Qhairil buat-buat merajuk .”Adi !!! Qaira nak cakap .”
Adi  bangun menuju  kearah telefon . Qhairil masuk keruang tamu dan duduk di atas sofa .
Sebaik sahaja Adi selesai bercakap dengan Qaira , tak sempat lagi Adi nak duduk dia dah bertanya ,” Apasal Qaira cari kau ?”tanya Qhairil .
Adi senyum , jelouse la tuh .
“ Laa…aku tanya nih , kau senyum –senyum pulak .Apasal Qaira call tadi ?” tanya Qhairil ,tak puas hati bila Adi tak menjawab soalannya .
“Dia nak confirmkan practice malam nih kol berapa .”
“Aik ..Apasal Qaira lak yang nak kena confirmkan ?” Qhairil masih tak puas hati ,apa pulak kena mengena dengan Qaira .
“ Laa…dia kan main gak ,” jawab Qhairil .
“Qaira main gak…macam mana dia boleh main gak ?” tanya Qhairil tak faham .
“Vollyball main mix team  la. Qaira dengan Lynn main untuk team kitorang . Nadia lak jadi reserve , tapi dia tak mau main ,just nak cukupkan girl dalam team aje .”
“Ooo…macam tuh , “ Kata Qharil .Dia tak tau pulak yang Qaira pun join gak game nih .Ishhh…Jelouse laa camnih ,Adi dapat peluang habiskan masa dengan Qaira .
“Wehh..tadi bukan kau kata nak pergi mandi ke?” Adi mengingatkan Qhairil ,bila dia melihat Qhairil termenung atas sofa .
“Eh ..Ha’ah , aku lupa ,” Qhairil bangun menuju ke atas .Adi mengeleng-ngelengkan kepalanya dengan gelaagat Qhairil .Kalau suka t uterus terang je laa…,tak adalah pening macam nih .Malamnya Adi sedang bersiap nak keluar  untuk practice ,bila Qhairil masuk kebiliknya .
“Weh!!! Aku ikutlah ,bosan gak duduk kat umah sorang-sorang ,” kata Qhairil .
Adi menhan gelaknya , dia tau sebab apa  Qhairil  tukar fikiran . Kalau Qaira tak call tadi ,mesti dia tak nak ikut .
“ Tadi kau cakap penat practice ,” Adi sengaja nak menguji Qhairil .
“ Err… tak laa penat sangat . Lepas mandi tadi ,rasa segar pulak .Duk umah pun tak tau nak buat apa .Baik aku gi kacau korang practice ,” Qhairil memberi alasan .
“Dahlah tu Ril , tak yah bagi alasan laa . Ingat aku tak tau ke ,kau nak ikut sebab si Qaira pun ada ,” kata Adi .
“Heheheh…biasalah…dimana ada heroin , disitu lah ada heronya ,” jawab Qhairil ,bila Adi dapat mengagak kenapa dia nak ikut jugak .Memang tak boleh berahsia dengan Adi nih ,tau aje dia aku nak jumpa Qaira . Adi gelak saja .
“Jelouse lah aku ,kau boleh spent time dengan Qaira ,” kata Qhairil .
“ Tak apa ,kau boleh tolong tengok kan dia bagi pihak kau ,” kata Adi  sambil gelak .
“Jangan tengok lebih-lebih lak , dia aku punya dah ,” serius je bunyi nada suara Qhairil memberi amaran .
Terkejut gak Adi bila mendengar kata-kata Qhairil ,sebab jarang Qhairil mengaku macam tu , selalunya dia mengaku sambil melawak .

“ Relex-relex …kau jangan bimbang la, aku tak kan ambik kau punya buah hati tu ,” kata Adi ,sambil menenangkan Qhairil  .