Di rumah Qhairil …
Habis sahaja bercakap
dengan Qaira ,Qharil turun kebawah
sambil menyanyi-nyanyi . Seronok je dapat dengar suara Qaira , dah la kejap
lagi boleh tengok muka dia yang comel tu ,geram rasa macam nak cubit-cubit pipi
Qaira . Tapi dia tak pernah buat lagi laa , tunggu laa satu hari nanti ,dapat gak dia cubit pipi budak tu.
“Hah , apasal happy
jer nih ,tadi badmood bukan main lagi ,” tegur Adi bila tengok Qhairil
tersengih –sengih macam kerang busuk .
Tadi punya laa badmood bila balik dari UMIST .Adi dengan Qhairil satu course ,tapi Adi lagi muda dari Qhairil , sebab dia
pun buat accelerated A Lavel ,sama macam Qaira . Tapi diorang memang kamceng
gila laa , walaupun Qhairil lebih tua dari Adi .
“Weh !!! Main bowling
jom . Qaira call tadi ajak main bowling .Ikmal and the geng ada gak .”
“Patutlaa… happy
semacam jerr ,buah hati pengarang jantung call ,” usik Adi .
Adi tau yang Qhairil
sukakan Qaira ,kalau Qhairil tak cakap pun dia boleh teka.Masalahnya mamat nih
ego tinggi sangat ,suruh tackle tak mau
. Tapi cemburu bukan main . Masa first year
dulu ,ada budak Warwick
University nak tackle Qaira , masa kat
Warwick Games .Qhairil bagitaw kat budak tu , Qaira awek dia ,dengan sokongan Ikmal dan budak-budak umah
dia . Tak pasal-pasal timbul gossip diorang berdua ,tappi Qaira tak tau
langsung hal ni .Mesti dia musykil macam mana tetiba gossip dia ngan Qhairil .
Sebenarnya Adi pun
dapat rasa gak yang Qaira pun sukakan Qhairil .Sebab kadang-kadang dia
terperasan yang Qaira selalu pandang Qhairil , tapi dia aka da laa bagitahu
Qhairil . Takut dia tersalah tafsir ,
manalah tau kebetulan je Qaira pandang Qhairil pada masa tu . Tapi firasat dia
kuat mengatakan bahawa mereka suka sama suka .
Cuma Adi fikir Qaira takkan mulakan langkah pertama ,mungkin malu .
Susah la ,sorang pemalu,sorang lagi ego tinggi . Kalau macam ni ,sampai bebila
pun takkan jadi diorang berdua ni .
“Apa yang kau
menung lagi tu , jom la pegi,” gesa
Qhairil bila dia tengok Adi masih relax
atas sofa .
“Nak gi sekarang ke?”
“Ye la..Nak gi makan
dulu ,Qaira cakap dia masak asam pedas . Kalau dia masak memang best laa…Jom
laa..aku lapar ni.Cepatlah,” tak sabar-sabar si Qhairil nih .
“Kau tuh klu Qaira
masak semua best . Ok laa….oklaaa…Kejap aku nak tukar seluar ,takkan nak main
bowling nak pakai kain kot .
15 minit kemudian Qhairil dan Adi berjalan ke rumah Qaira yang
tak jauh dari situ .Dalam 5 minit je jalan kaki . Rumah Ikmal pun dekat-dekat
situ gak .
Qaira dan yang lain
sedang makan kat ruag tamu sambil berborak .Airil dah masuk round ketiga ,tak padan dengan badan kurus tapi kuat makan
. Baru je Qaira nak menyuap nasi kemulut , doorbell berbunyi . Cepat –cepat dia
bangun dan berlari ke pintu depan . Yang
lain-lain gelak saje dengan gelagat Qaira , tak sabar nak jumpa Qhairil lah tuh
.
“Assalamualaikum ,”
“Waalaikumsalam
,korang berdua jer ke ?” tanya Qaira sementara Qhairil dan Adi gantung jaket
mereka .
“Abih tu nak ajak sapa
lagi , kan aku da cakap tadi yang Ayie pegi Lancaster ,” kata Qhairil .
“Hehehe , lupa lak ,”
Qaira mnggaru kepala malu , tengok Qhairil lupa segala benda .
“Kitorang tengah makan
nih , jom laa join sekali ,”
“Boleh gak , Qhairil
ni dah kebulur ,tak sabar-sabar nak datang sini tadi , nak makan masakan kau ,”
Sempat lagi Adi mengusik Qhairil .Kena siku sekali dengan Qhairil . Adi gelak
saja dan Qaira pulak buat-buat tak dengar .Selalunya macam tu la taktik Qaira
kalu orang usik dia dengan Qhairil ,buat-buat tak dengar , tapi kalau eruk
sangat kena usik , merah menyala jugak la muka
. Tension gak Qaira sebab kalau malu
obvious sangat muka dia merah , bukan boleh control blushing nih .
****************************************
Pukul 8 lebih mereka
bergerak ke Megabowl , 15 minit je jalan kaki dari rumah Qaira .Seperti biasa , kalau ada Ikmal and the geng ,riuhlaa..keadaan .Qhairil pun tumpang sama .
Adi banyak gelak saja dari bercakap .K.Sya pun tak banyak cakap . Yang jadi
mangsa buli diorang seperti biasa ,Qaira lah .
Kat tempat bowling
diorang book dua line ,tak ramai sangat orang malam nih . Diorang guna student
card , dapat discount . Memang banyak tempat boleh guna student card , dapat
discount . Tengok wayang pundapat halfprice kalau ada student card . Kat
kedaikedai pun banyak boleh guna student card untuk dapatkan discount .
Qhairil dan K.Sya
memang terror gila main bowling . Yang lain-lain tuh boleh laa ,cukup makan .Qaira menang sorak
jerr . Habis semua orang dia sokong , tapi sokong Qhairil lebih laa .Alasan dia
sebab markah Qhairil paling tinggi .
“Strike!!! yehhh,”
gembiranya Qaira bila semua pinnya jatuh , baru strike yang pertama .
Qhairil turut tepuk
tangan sambil tersenyum melihat gelagat
Qaira . Suka dia tengok Qaira yang sentiasa riang ria tuh , kalau dengan Qaira
memang dia rasa macam nak senyum je memanjang . Dah budak tuh ceria
memanjang , berjangkit gak . Tapi
,walaupun perangai macam budak-budak ,dia tau Qaira Serius kalau belajar dan focus
dengan cita-citanya . Kiranya time study , dia study betol-betol , takada laa main-main .
Balik dari main
bowling , Qhairil ambik peluang berjalan dengan Qaira bila dia tengok Sya dan Fitri tengah asyik
berborak di depan . Ikmal , Adi dan Airil tengah bercerita tentang keputusan
bola sepak EPL . Dia dan Qaira berjalan paling belakang .
“Kau balik tak raya
nih?” tanya Qhairil .
“Tak baliklah , beraya
dengan diorang .Bila lagi . Kau balik tak?”
“Aku tak balik gak,”
“Summer ni pun aku tak
balik ,” jawab Qaira .
“Ha?!! Apa dia ?
Telinga aku silap dengar ke? kau tak balik summer ?” tanya Qhairil tak percaya
.
“ Alaa…Nyampah betul
laa. Apasal semua orang tak caya bila aku kata aku tak balik time summer .
“Yelaa..muka kau tak
balik summer ,” Qhairil gelak ,masih tak percaya .Mana taknya ,dia tau Qaira
sejak A Level tak pernah miss balik cuti
summer . Telefon kat Malaysia pun hampir tiap-tiap hari , dia tau Sya dan Nadia
selalu usik Qaira anak manja .Jadi tak percaya lah bila Qaira cakap yang dia tak balik ,cuti 3
bulan tuh .
“Betul . ingat nak gi
jejalan laa summer nih . Lagipun Ikmal and the geng dengan K.Sya balik lambat
Malaysia . Nak spent time dengan dioranglah . Next sem diorang dah takada , hilang tempat aku nak bermanja ,” sdih je
bunyi suara Qaira . Sebab dia memang rapat dengan budak-budak tuh . Nanti baik
Malaysia bukan senang nak jumap , ada
duduk utara , ada duduk selata ada
duduk kat timur .
Rasa cemburu tiba-tiba
muncuk dalam diri Qhairil . Dia tak sangka Qaira sanggup tak balik Malaysia
semata-mata nak bersama dengan Ikmal ,Airil ,Fitri dan Sya .Dengan Sya tak
kisah sangat , takkan dia nak jelous jugak dengan Sya . Fitri pulak dah ada
buah hati ,tak perlu bimbang jugak . Tapi Ikmal dengan Airil still single , 3
bulan lak tuh ,lama .Macam-macam boleh jadi .
“Ishh…tak bleh jadi
nih .” keluh Qhairil dalam hati .
“Weh!” jerit Qaira
.Terkejut Qhairil dibuatnya .
“Apa?”
“Penat aku cakap
dengan kau , bukannya kau nak dengar . Takpe lah , tak mau layan aku ,” Qaira
buat-buat merajuk dan melajukan
langkahnya untuk mengejar yang lain yang
dah jauh kedepan .
“Weii..Qaira ,
tunggu,”jerit Qhairil , ambil menarik jaket Qaira .Membuatkan Qaira
berhenti . Terkejut Qaira bila Qhairil menariknya , dia main-main saja
merajuk .
“Sorry laa , aku
tengah fikir benda lain tadi ,” Kata
Qhairil .Fikir pasal kau jugak ,”kata Qhairil dalam hati .
“Apa kau cakap tadi
?”tanya Qhairil .
“Entah , dah lupa ,”
jawab Qaira ,saja menyakat Qhairil .
“Alaa..cik Qaira
sayangg , jangan lah camtu . Cakaplah .” pujuk Qhairil . Ishh!! Lemah lutut
Qaira bila Qhairil panggil dia saying . Walaupun Ikaal ,Fitri dan Airil memang
selalu panggil dia saying ,bagi dia tu perkara biasa je , tapi bila Qhairil
yang panggil , lainlah pulak .
“ Aku tanya , kau
balik tak summer nih ?”
“Aku pun tak balik ,”
jawab Qhairil .Sebenarnya dia belum buat
keputusan sebelum ni samaada nakbalik Malaysia atau tak , tapi bila tau Qaira
tak balik , spontan dia buat keputusan . Nak jaga Qaira punya pasal .
“Ooo..kau pun tak
balik yek . Best laa , lagi ramai lagi best ,”Qaira menjerit kesukaan bla dapat
tau yang Qhairil pun tak balik . Kalau tak merana lah 3 bulan sebba tak boleh
tengok muka Qhairil .Tapi bukan jerit betul-betul , jerit dalm kepala dia jer
laa .
“Tapi kan boleh caya
ke kau tak balik nih ? Lambat lagi summer holiday nih . Nanti kang tetiba ada
yang beli tiket balik ,” duga Qhairil ,nak memastikan samaada Qaira betul-betul
tak balik summer ni .
“Betul laa, tengok la
nanti . Aku siap bet lagi dengan K.Sya and 3 stoogies tuh . Kalau aku kalah,
aku kena belanja diorang . Kalau tak , diorang kena belanja aku . Mana boleh
kalah bet tuh ,”budak Qaira ni memang pantang dicabar .
“Ooo…cam tuh ke? Aku
pun nak join la cam nih .Sanggup ke ?”
“ Boleh
jer..yeaaa…bestnye..ramai yang kena belanja aku …tak leh share tau .” kata
Qaira bertepuk tangan , yakin je dia boleh menang .
“Ok ..set.”
Mereka melintasi
padang untuk ke kawasan perumahan mereka . Yang lain sudah pun sampai
keseberang padang sana . Taktau lau saada mereka berjalan laju , ataupun Qaira
dan Qhairil yang jalan perlahan .
Tiba-tiba terdengar anjing menyalak . Qaira mula memandang sekeliling , dan merapatkan
dirinya pada Qhairil . Qhairil yang sedar Qaira tiba-tiba diam melihat kea rah
Qaira dan tersenyum saja melihat gelagat Qaira , penakut rupanya budak ni .
Langkah Qaira semakin perlahan . Dia masih memandang sekeliling mencari-cari dimana bunyi anjing menyalak tu
, kalau kat kawasan rumah rang takpa la ,takut anjing liar . Bila mereka sampai
ketengah padang , kelihatan beberapa
ekor anjing ditepi padang .
“Qhairil , kita lalu
jalan lain laaa,” kata Qaira .
“ Alaaa… anjiing pun
takut ke,” kata Qhairil .Dia baru saja nak sambung mengusik Qaira ,bila
tiba-tiba dia rasa tangannya dipegang . Tak jadi dia nak mengusik , kasihan
pulak tengok si Qaira nih yang tetiba Nampak panic , kedua-dua tangannya Qaira
memegang erat tangan Qhairil .
“Qaira ,” panggil
Qhairil lembut . Qaira tak berpaling , matanya memerhati anjing-anjing tadi .
“Qaira ,” panggil
Qhairil sekali lagi ,baru lah Qaira berpaling kearah Qhairil . Nampak mukanya
yang takut , tak sampai hati pula Qhairil melihatnya .
“Jangan takut , anjing
tu tak kacau kita laa .” pujuk Qhairil .
Qaira masih diam .
“Qaira ,Qhairil ada ni
.Jangan takut ok .”
“Kita lalu jalan lain
lah ,”Qaira merayu .
“Ok…ok… kita lalu
jalan lain ,”kata Qairil , menarik tangan Qaira rapat ke sisinya dan mula
berjalan kearah hujung padang , jauh
dari anjing-anjing tadi . Mereka tak berkata apa-apa sehinggalah mereka keluar
dari kawasan padang . Qaira berpaling ke belakang , dan mengeluh lega bila
melihat anjing-anjing tadi tidak mengekori mereka .
Mereka diam saja
sehingga sampai didepan pintu rumah Qaira . Kemudian Qaira tersedar yang
tangannya masih memeluk tangan Qhairil . Segera dia melepakan tangan Qhairil ,
pipinya terasa panas , nasib baik lah
gelap , kalau ta mesti Nampak muka dia merah .
“ Ko nak singgah dulu
ke?” tanya Qaira , akhirnya baru Qaira
bersuara bila mereka sampai
didepan pintu rumah Qaira . Dia tak pandang pun muka Qhairil , malu lagi dengan
kejadian tadi . Qaira buat-buat sibuk mencari kunci rumah .
“Bunyi macam tak nak
ajak jer..Patutnya buat lah air ke, apa ke .Aku dah jadi hero selamatkan kau
hari ni .,” Qhairil cuba buat lawak ,dia tahu yang Qaira masih segan .
“ Ekelee…hero konon
,bukannya kau gi lawan anjing-anjing tu tadi ,”Qaira membalas .
“Ooo…tak kenang budi
erk. Jari aku cam nak patah kau pegang tadi . Kalau aku takada tadi mau nanggis
sesorang kat tengah padang tadi.”
“Yelah…yelah…En.Qhairil
Ikwan . Terima kasiih sebab dah jadi hero selamatkan hamba yang kerdil ini
daripada anjing-anjing tadi . Jasa mu akan ku kenang sehinggan hujung nyawa ok
,” akkhirnya Qaira turut gelak , menghilangkan rasa janggal Antara mereka .
“ Kasih diterima Cik
Qaira Aqira . Hehehe…rasa macam jawab
akad nikah pulak ,” kata Qhairil , makin seronok pulak mengusik Qaira .
“Ishh…apahal Qhiril
nih ,flirt aku ke ? Saja buat aku perasan ,” bisik hati Qaira ,tapi sebab dia nak cover dia mencubit lengan Qhairil . “Gatal ,” marah
Qaira , sambil tergelak .
“Adoii.. kau nih , tak
habis-habis nak cederakan aku ,” kata
Qhairil , padahal bukan sakit punsaja nak kenakan si Qaira ni .
“ Elehh..tadi kata
hero , baru kena cubit sikit dah sakit .”
“It’s ok..kau punya
pasal , sakit macam mana sekalipun aku sanggup .
“Qhairil ,” panggil
Qaira .serius pulak suaranya. “Terima kasih erk,” ucap Qaira .
“Qhairil memandang
Qaira , Nampak yang Qaira ikhlas mengucapkan terima kasih . Qhairil terkedu
pula , hilang semua yang nak dikatakan tadi bila melihat senyuman di bibir
Qaira . Manisnya uka dia . Menghadap muka Qaira sehari suntuk pun dia tak kisah
.Lama mereka berpandangan .Qaira terpaku dengan renungan mata Qhairil .Qhairil
pula bagai terpukau dengan wajah Qaira .Mereka tercegat didepan pintu rumah
Qaira , tak tau berapa lama .
Tiba-tiba pintu ruma
terbuka ,mengembalikan Qhairil dan Qaira dialam nyata .Kedua-duanya tersipu
malu dan berpaling muka kearah pintu .
“Balik dah korang ,
ingatkn dah kena kidnap tadi .”kata Ikmal .
“Err..er..Aaaa…,”Qaira
tak tau nak kata apa ,otak dia dah macam beku pula kena panahan mata Qhairil tadi .
“Nih ..kenapa
gagap-gagap nih ,ha…ni mesti ada apa-apa nih . Korang hilang kemana tadi erk?”
Ikamal mula erasan yang ada sesuatu yang terjadi Antara Qaira dan Qhairil
,sebab Nampak lain macam je mereka berdua .
“Err..tak..err…kitorang
lalu jalan jauh tadi .Ada anjing ,Si
Qaira ni takut ,”Qhairil pun tergagap-gagp nak bagi alasan .
“Ha’ah..ada anjing
tadi . Korang la , jalan laju sangat , tak tunggu kitorang , takut la ..aku
dengan Qhairil je tadi . Aku ajak la Qhairil lalu jalan lain ,” Qaira menyokong
kata-kata Qhairil .
“ Yang korang tercegat
lagi tu apasal , ta mau masuk ke?” tanya Ikmal , macam dia pulak tuan rumah
.Qhairil dan Qaira masih tak berganjak bagai tersedar dari mimpi ,dan menikut
Ikmal masuk ke dalam rumah . K.Sya ,Fitri ,Airil dan Adi sedang melepak diruang
tamu sambil menonton tv .
“Nih ha..balik dah
orang bercinta ,” kata Ikmal .
“Korang gi dating mana
nih ? Berjanggut kitorang tunggu baru sampai ,” kata Adi .
“Korang la jalan laju
sangat , tinggal kitorang ,” kata Qaira .
“Jalan laju apa nya,
korang la jalan romantic sangat ,tak larat la kitorang nak tunggu .
“Kitorang dah lama
sampai ha…Sya siap buat air lagi ni ,” Fitri menunjukkan mug ditangannya yang
masih berasap ,berisi hot chocolate .
“Kitorang lalu jalan
jauh tadi .Ada anjing, si Qaira ni takut ,” Qhairil memberi alasan .
“Qaira , kenapa pipi
merah menyala tuh . Sejuk sangat ke kat luar ? Tulah , siapa suruh duk kat luar
lama-lama ,”Sya pun tumpang sekaki mengusik . Alamak !!! kantoi .Diorang nampak
ke kitorang tercegat depan rumah tadi .
Qaira dah takada idea
nak jawab , kalau tak laju je dia . Debar didada bertentang mata dengan Qhairil
tadi belum hilang lagi , sekarang kena serang pulak denga bebudak nih . Kalau
otak dia tengah celar boleh gak dia melawan ,nih dia pun blurr.
“Oit !!! dah la tu
korang ,”Qhairil pun dah tak tau nak jawab apa ,jadi nak cover , dia marah balik
diorang .
Qaira pun dah tak
dapat jawab. Kalau tak laju je dia jawab balik .”Qaira rasa taka pa yang aku
rasa tadi erk?” sempat lagi Qhairil fikir pasal tadi .
“Hehehe…ada orang
marah kita kacau buah hati dia,” kata Airil .
“Yang korang tercegat
je tuh kenapa? tak mau duduk ke? tak puas lagi dating yek ?” usik Fitri bila melihat Qhairil dan Qaira still berdiri
kat pintu ruang tamu .
“Err..aku nak naik
atas jap erk ,” Qaira cuba melarikan diri ,sebab dia dah tak tau nak buat apa
dah . Otak dia masih takleh nak proses apa yang terjadi tadi , campur pulak dengan usikan bebudak nih .
“Ishh…Qaira nih ,
tinggal aku sorang kat bawah ., ngomel Qhairil sendiri bila Qaira berlari
menaiki tangga ke atas . Dia dah boleh berlari kemana , jadi dia tersengih-sengih saja macam kerang
busuk ,usika-usikan bebudak tuh ,dia buat tak dengar .
Bila Qaira turun
beberapa minit kemudian , mereka dah berhenti
mengusik . Qaira sengaja duduk
jauh dari Qhairil , tapi pandangan
mereka sempat bertemu .
Tanpa sebab mereka
masing-masing tersenyum , sebelum
mengalih pandangan kearah lain .Mereka tak sedar yang Sya dan Adi perasan
dengan kelakuan mereka ,tapi didiamkan
saja .